Jumaat, Februari 27, 2009

pulang nanti

aku akan menjengah carrefour lagi. kali ni aku akan dapatkan juga ayam goreng yang aku intai-intai semalam. walaupun dalam carrefour itu ada saja restoran ayam goreng amerika terkenal, tapi itu sudah terlalu biasa. malam ini juga ada pasar malam di rumah. ah, tapi ayam goreng pasar malam itu hari yang aku beli rasanya hamlau, tidak menggoncang rasa, tak cukup rempah, sejuk lagi. tapi kali ini aku akan meneroka sedalam-dalamnya pasar malam itu demi mencari gerai ayam goreng yang lain. seronok bukan, dapat makan ayam goreng dari dua tempat berlainan? aku dapat merasakan, makan malam aku malam ini sangat indah!

lega, walau tak puas

malam ni, lepas mandi enak-enak, aku berehat-rehat membaca majalah yang aku beli di carrefour tadi. tapi ada rasa semacam, rasa-rasa lemah badan, letih dan tak bertenaga. ah, patutlah! aku nak makan sebenarnya, lupa pulak. aku jengah dapur, ada ikan cencaru goreng taucu, kacang panjang goreng kicap dan sambal tumis kosong. ummm..boleh lah, lagipun ikan cencaru tu kira kegemaran juga. aku cedok nasi, ikan dan habiskan semua kacang panjang itu. dan sedikit sambal tumis sekadar mencukupkan rasa. lega, sebab rasanya dah hampir seminggu aku tak menjamah nasi. maklumlah, hari-hari aku di pejabat, cuma sandwich mentega kacang dan jem menjadi makanan utama. jarang-jarang aku makan makanan berat di hari kerja, melainkan kadar kelaparan aku meningkat atau berada di tahap optima.

tapi, mungkin lebih puas kalau nasi itu dikawankan dengan ayam goreng barang seketul dua. menyesal pulak tak beli ayam goreng waktu di carrefour tadi. tak apa, esok menjelma, ayam goreng akan sentiasa ada untuk aku.

Khamis, Februari 26, 2009

tak bolehkah barang keperluan rumah habis serentak?

petang tadi pulang dari kerja, aku merayau ke carrefour. ada saja barang yang kena isi semula di rumah tu. syampu aku la, perapi la, itu memang aku dah periksa. kemudian jem, mentega kacang, roti lagi. hish, banyak pulak nak kena beli. sedangkan baru isnin lepas aku membelanja hampir RM80 untuk barang dapur, lagi sekali. itu belum kira hampir lebih RM100 aku belanja dua minggu lepas, untuk isi semula bulanan wajib. sekarang kena belanja lagi. lalu aku mulakan dengan bahagian penjagaan diri. aku pilih-pilih syampu. sunsilk botol oren pilihan aku, tapi tiada pulak yang 385ml, sedang promosi tu, kurang RM10 sebotol. lalu aku sambar yang saiz sederhana. bolehlah, lagipun cuma kurang RM6 saja. ah, dan perapi juga sedang promosi! sambar, jangan tak sambar. kemudian aku meneruskan ke bahagian makanan. misi mencari roti dan pasangan-pasangannya. sambil melayan sms dari seorang rakan.

susah juga layout carrefour nih. berpusing-pusing aku mencari bahagian roti. aku berkira-kira, mesti duduknya berhampiran kaunter donut, pastri dan makanan-makanan lain. sekali lalu pulak di kaunter menjual ayam goreng, panggang dan smoked. huish, macammana ni? aku dahlah penagih ayam goreng tegar. serta-merta lidah aku memberontak, melompat-lompat ingin menjamah daging ayam, dengan deruan air liur yang mengalir keluar masuk turut ingin membantu sesi kunyahan daging. mujur juga cuma lidah dan tembolok, kalau gigi juga memberontak menuntut supaya dibelikan ayam, habis rabak lah mulut aku. aku berjalan melintasi kaunter itu, tapi kepala dan mata aku melekat pada susunan ayam goreng di dulang. oh tuhan, kuatkan aku. ahah! jumpa pun. itupun setelah pusing sepusingan di bahagian beras dan makanan binatang pelihara. selepas mendapat roti yang aku nak, aku datang lagi ke kaunter ayam goreng. berkira-kira. walaupun bukanlah setaraf ayam goreng amerika yang terkenal, tapi tetap juga menyentap-nyentap selera aku. aku melihat seorang lelaki berbangsa apa entah sedang sibuk memilih ayam goreng untuk dibawa pulang. tidak, aku perlu kuat. jadi aku tinggalkan kaunter itu, dan mencari pulak rak jem dan para mentega dalam tin. huh, memang pening di carrefour. dan akhirnya aku berjumpa. dan terus membayar. oklah, tak lebih RM30.

sampai di stesen, aku lihat tren sudah pun sampai. dan aku terlepas. "hamlau!" getus aku dalam hati. bila aku tunggu, taknak pulak muncul cepat macam tu. mujur tak lama lepas itu dapat tren. dan sampai di rumah, aku naik radang (dalam hati) bila aku angkat botol pencuci pinggan, dia pun dah ringan jugak!!! poin aku di sini, bukan aku marah sebab kena keluar duit beli barang-barang dapur, tapi boleh tak kalau nak habis, habis serentak? letih betul lah nak kena keluar banyak kali terjah pasaraya. ni pun mak aku bagitau serbuk cuci baju pulak dah nak habis.

Rabu, Februari 25, 2009

sistem otak yang tidak stabil

malam tadi, aku keluar berjumpa kawan-kawan. tapi, kesan kepenatan menunggu tren, dan tekanan akibat pemandu teksi yang sengal telah menyebabkan kawalan otak aku tak stabil. aku memandu laju (seperti kebiasaan), tapi masih boleh mengawal kenderaan. aku seperti di awang-awangan. sampai di satu tempat ni, ada lampu isyarat. kawasan itu bersimpang empat, dengan flyover melintang di tengah. lampu isyarat di laluan aku telah merah, sementara di sebelah depan pula hijau. aku seperti tak dapat mengesan, lampu merah itu untuk apa. mana yang betul? yang hijau atau yang merah? dalam aku berkira-kira itu, aku langsung tidak berhenti, malah meneruskan perjalanan, di mana kenderaan dari simpang sebelah kanan telah mula bergerak. tapi aku tak dapat melihat kenderaan-kenderaan itu. setelah hampir sampai di tengah-tengah simpang baru semua objek kelihatan. hah, nasib baik aku dapat mengelak satu kereta yang sedang membelok. "apa yang aku buat tadi?" aku seakan tidak sedar sikit pun. sepanjang perjalanan itu aku terpinga-pinga tidak percaya. dan kemudian, di satu lagi lampu isyarat, aku langgar juga. aku nampak lampu berwarna merah, tapi aku tak tahu itu apa. dan bersungguh-sungguh marahkan motor yang berhenti di depan aku. kawan yang berada di sebelah diam tak tahu nak cakap apa.

di perjalanan balik, aku hampir lagi tak dapat mengenal lampu isyarat. tapi kali ni aku bikin hal di roundabout. aku lupa melihat kiri kanan, apatah lagi memperlahankan kereta. kawan di sebelah cuma berserah nasib kepada Yang Esa. tapi mujur ketika memandu ke rumah seorang diri, seksyen kepekaan dan kebolehupayaan membeza aku kembali stabil. itupun lepas aku pekena ayam goreng dua ketul di restoran mamak. kemungkinan sebenarnya aku lapar, jadi sistem badan jadi tak tentu arah, dan terus mengacau keupayaan berfikir aku. dan sampai di rumah, setelah mandi dan sebagainya, aku tidur dengan lena, dibantu dengan rasa kenyang dan puas sebab dapat dos ayam goreng kedua.

pemandu teksi apa ni tak tahu jalan?

semalam petang, aku cuba menahan teksi untuk segera sampai ke stesen komuter. jam 7 malam baru dapat. aku ketika itu tersangat-sangat letih. mungkin kerana cuaca agak sejuk akibat hujan. "pergi komuter tak?" lumrah penumpang teksi, mesti tanya dulu sebelum naik. pemandu itu terdiam. "itu dekat carrefour sana kan?" "ya, kat situ," aku menjawab. dan dengan yakin aku pun naik. dek kerana keletihan yang semacam, aku tertidur. tidur-tidur ayam yang boleh tahan enak. nah, jalan di hadapan the summit sesak. seperti biasa. kemudian pemandu teksi itu menukar haluan, menuju ke stesen komuter melalui ss19 dan tembus ke ss15, di depan pusat karaoke neway. ketika itu aku terjaga, samar-samar, tapi masih dapat mengenalpasti lokasi. ketika itu lampu merah. dan kemudian bertukar hijau. pemandu teksi dengan yakin membelok ke kanan. aku masih bertarung dengan kemamaian, cuba menangkap apa yang sedang berlaku. kemudian aku lihat si pemandu menggaru kepala dengan kasar, mungkin bertanya pada diri apa yang sedang dilakukan, atau, mana agaknya jalan ke stesen komuter. aku terus segar. sudah, mana pulak nak dibawanya aku. kemudian dia membelok ke kiri. hah! dah kembali ke jalan dari arah the summit. "bukan tadi depan neway sepatutnya belok ke kiri?" aku bertanya. "ya ka?" si pemandu bertanya kembali, tidak pasti. "ni awak dah patah balik ni!" aku berkata dengan lembut, padahal dah mula rasa marah, ditambah dengan mengantuk yang masih bersisa.

teksi meluncur laju ala-ala pemandu F1. hampir semua kenderaan dilanggarnya. konon-konon pemanduan hebatlah. sampai di carrefour, si pemandu belok ke kanan, dan konon-konon hendak berhenti di kiri jalan. "turun sini boleh aa?" "boleh, tak kisah." kemudian dia membelok ke kiri. aku sangka dia cuba cari tempat untuk berhenti, tapi lepas belok itu, tak ada tanda-tanda dia akan berhenti. "awak nak pergi mana ni? saya nak ke sana!" kata aku sambil menunjukkan arah bertentangan. "oh, itu stesen sana aaa??? tak apa, saya pusing!" ceh, masih nak menawarkan itu ini pada aku. "tak payah, tak payah! berhenti di sini saja! nanti lagi jauh awak pergi!" aku dah mula tertekan dengan si pemandu. si pemandu segera berhenti di kiri jalan. "selalu berapa dia orang caj?" tanya pemandu. "RM5!" kemudian dia berkata, "RM6 boleh aa??" "aa..boleh la!" aku dah malas nak tunggu lama-lama dalam teksi itu. dan aku berjalan ke stesen komuter dengan mulut yang bergerak sama laju dengan langkah kaki aku.

hai, macam mana boleh jadi pemandu teksi kalau tak tahu jalan? elok-elok aku nak cepat, jadi lagi lambat pulak! hish!

Isnin, Februari 23, 2009

jerit

AAAAAAAAAARRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!! AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
AAAAAAAAARRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
AAAAAAAAAA

AAAAAARRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHH
HHHHHHHHHHHHH!!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA
AAAAAAAAAAARRRRGHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!


haaa..puas hati aku.......(sambil dada naik turun dengan laju)

Ahad, Februari 22, 2009

petang bersama mak

"nur, dah siap ke? aku dah mekap-mekap ni!" mak aku menerjah aku yang sedang khusyuk membaca APO? di bilik adik aku. bilik lelaki bujang, walaupun tak bercadar dan tilamnya juga habis hitam berdaki, tapi aku suka berbaring-baring di situ memunggah koleksi majalah adik aku. "err...jap jap.." aku balas sambil memandang muka mak aku, sebelum habiskan beberapa muka kartun yang sempat dibaca. "ko dah smayang?" tanye mak aku lagi. "belum." aku terus ke bilik air berwudu' dan solat zohor. hari ni aku ajak mak aku jalan-jalan di piramid sunway. nak hantar jam makcik aku untuk baikpulih di bonia sana. ingat nak pegi seorang diri, tapi aku bosan pulak. ajak mak la seronok sikit. boleh beliau melapangkan fikiran.

kami pergi bertiga, bersama dengan kakak ipar aku. cari parking haram tak jumpa. yang disangka kosong, dah ada kereta pulak. kereta kancil yang suka memperdaya. bak kata seorang kawan aku, "masa ni lah kancil menjadi babi!" wah, kasar sekali. akhirnya aku parking secara kurang ajar. parking secara zalim, yakni tidak meletakkan kereta di tempat yang sepatutnya. kami masuk, turun lif, dan keluar berjalan di hadapan lagun sunway. apa-apa hal cari bonia dulu, dan mesin keluar wang. dah jumpa, aku suruh mak dan kakak ipar aku tunggu, aku pergi keluar duit. "urusniaga tidak boleh dijalankan buat masa ini. sila ambil kad anda." cis, tak boleh pulak. tak apa, hantar jam tu dulu. kami kemudian berjalan-jalan sambil aku meliarkan mata mencari kelibat mesin keluar wang itu. sampai di ruang legar, semua mesin aku cuba, dialog sama juga yg keluar. ah, CIMB nampaknya bersimpati pada aku.

setelah puas berjalan, sampai buku lali aku yang cedera dulu kembali sakit, kami pun berangkat pulang. sampai dekat lif, aku lupa tingkat berapa aku parking kereta. setelah puas naik turun lif, jumpa juga. kali ni nak pergi makan. aku bawak mereka ke bawang merah, di depan SMC. makan soto dan teh o limau ais yang kaw. "hurmm, boleh datang lagi ni!" mak aku bersuara, sambil mengangguk angguk. satu baris ayat yang susah sekali nak keluar dari mulut beliau kalau makan di luar. "oh, nak cari jajan utk cucu!" "jom ke subang parade pulak!" aku mengajak. alang-alang keluar, biar sampai penat. biar sampai puas, walau tak bawa pulang barang pameran di rak-rak kedai.

ah, dah jam 7! pulang marilah pulang. kerja menunggu di rumah. setelah membeli donat epal besar barang enam biji, kami beredar ke kereta. hampir sampai di post bayar tiket, aku terlihat kedai perkebunan. "alah!!! nak beli baja sekali sebenarnya ni!!! dah sampai masa membaja bunga-bunga di laman!!! haisehh!!!"

lalu aku memutuskan untuk pulang ke rumah saja.

Sabtu, Februari 21, 2009

"ape tu blog???"

tanye aku buat2 tak faham. tidak. memang aku ikhlas tak faham. sana sini org sibuk dgn blog. blog itu blog ini. ade yg kena puja kerana blog, ade juga yg kene hentam kerana blog.

"blog menyediakan ruang untuk sesiapa sahaja meluahkan pendapat, komen, kritikan malah catatan hidup seharian.."

antara yg aku baca dlm artikel mengenai blog. "gile ke ape? adakah patut segala perasaan hati, luahan rasa dicurah dalam blog, buat seisi alam tahu?? diam diam sudahlah! bagitau pada rakan2 terdekat, manusia2 yg boleh dipercayai, kan dah cukup? nak mampus ke?" getus aku tak puas hati.

tapi di masa lapang, atau bila bila tercetus sesuatu bahan, aku mula menaip di setiap laman maya yg aku daftar. facebook, multiply. tentang apa saja. yg terlihat, dialami, yg dipuja malah yg dibenci. kemudian aku mula terfikir, selama ni yg aku post ke laman maya, bukan aku berblog ke? lantas aku tersedar, oh, ini lah blog rupanya!!

amacam, ada rasa nak lempang aku tak?

Jumaat, Februari 20, 2009

tidak...tak mungkin........

masa makan tengahari tiba. aku mulakan dengan sebiji epal yg aku rompak dari peti sejuk rumah aku. ummm..kurang rangup pula washington epal nih. mentang2 lah bush dah turun takhta. sambil makan sambil bekerja. memang tabiat aku macam tu. tak boleh nak buang tabiat tu. selepas habis segala isi epal dimamah2 gigi aku, aku buang bahagian tangkainye, beserta bilik2 bijinye ke tong sampah di luar pejabat. sambil mulut aku masih sibuk mengunyah saki baki isi epal yg tertinggal di ruang mulut. aku telan semuanya lepas lumat dilanyak gigi. tunggu. ada sesuatu melekat di gigi, yang tak lumat dibelasah kunyahan. melekat2 pula di sekitar gusi. aku cungkil keluar bendasing itu.

"errrr....aaaaa.....aaaaaaa.......apakah ini!!!!!!"

secebis bendasing, yg aku kira cukup buat sesiapa saja hilang selera makan. cebisan kuku kelingking sepanjang hampir 0.7cm, dengan dihujungnya terdapat kesan2 gigitan (mungkin pemilik asal kuku itu suka gigit kuku) adalah benda yg cube aku kunyah tp tak hancur itu. aku cuba menafikan. "tidak.....mana mungkin cebisan kuku termasuk dalam epal....epal itu dipetik dari pokok, bukan diadun tepung dan dibakar dalam oven...tidak..tidak....tidak.." mindaku berkata2 cuba menafikan imej yang dihantar impuls saraf ke otak dari kanta mata aku. aku membelek lagi, tp dari rupanye, bentuk lengkungan, tekstur (tp dah jadi kasar kesan gigitan kasar gigi aku) dan sifat pejal jelas membuktikan ia adalah cebisan kuku.kuku kelingking, yang biasa dijadikan cangkul untuk menggali lubang hidung!!!! kenapa?? kenapa ini terjadi pada aku???? dan yang paling "mengujakan", kuku itu berwarna kuning.

aku tak tau apa perasaan aku sekarang....

Khamis, Februari 19, 2009

aku cukup pantang kalo kete yg berkuasa lagi tinggi dr kete bapak aku bergerak slow mellow.......

ok, cam biasa aku terbangun lambat, jadi tak dpt la nak gi keje naik komuter. so aku drive ke opis, dgn ditemani bapak aku (sbb nnti dia bwk kete tu balik). ok, keluar ke highway dr umah aku tuh, peh, mata aku tibe2 mengantuk yg teramat2....nyaris aku langgar kete dpn aku tu..(tak pasti ape brand, tapi aku tau kete mahal). ok la kat situ takde ape sgt cuma aku bertarung dgn rasa mengantuk gile.

yang hangennya, aku dah la ngantuk, masuk je kt susur masuk ke usj tuh, depan aku ada satu kete mercedes, model tak la baru sgt, dan tak la lama sgt...halaaa.....stakat lalu atas jalan tampal yg boleh tahan rata...takkan la nak brek2 kot....nasib baik aku pasan dia brek...kalo tak, main blkg plak karang....pastu all the way slow..kamon la.....lu bawak mercedes tau berbanding aku yg memandu proton iswara aeroback 1.3 keluaran taun 2001 (agaknye la aku pon tak ingat)..haduuuhhhhaaiiii.....pas aku dah potong kete tu, tibe2 kt blkg aku ade satu kete mahal jugak hon2 nak cepat...ok la aku tuka lane tgh balik....skali ade plak kete persona kaler plum kt depan aku...dgn kelajuan yg layak utk duduk di lane kiri skali (atau lagi tepat lane kecemasan)..hadumaakkkk...tolongla ....paling koman ko punye kuasa kete tu 1.5...baru beli kete ke bang!!!!!! ke baru dpt lesen!!!! warrrghhhhh!!!! dah la mata dah start pedih, kepala tak stabil, perut lapar lagi.....ade je yg nak bikin aku panas.....hishh!!!

midnight rescue

tarikh sebenar entry : 12 Februari 2009

malam tadi tgh aku layan layan mata sambil dengar mp3....sayup sayup aku dengar kecoh kecoh di luar rumah....kemudian aku dengar mak dengan bapak aku bergerak ke depan ke belakang sambil bising bising...siap bukak pintu depan lagi...ni siapa pulak yang datang malam malam buta ni, tak tau ke orang nak tido ke apa ke? aku buat buat bodoh je sambil teruskan dengan lagu lagu dalam mp3 player aku.


kemudian sayup sayup aku dengar macam suara bayi menangis. alahai....ni takkan jiran belakang rumah aku datang mintak tolong mak aku diamkan anak dia yang meragam lagi sekali? aku pon bertindak. setelah menggunakan pendengaran untuk mendapatkan petunjuk, aku bangun pula untuk melihat dengan menggunakan penglihatan bagi mendapatkan penjelasan. hah, rupanya ada kucing yang terperangkap dalam salur air hujan. entah macammana dia lari lari kat atas bumbung terus termasuk dalam salur air tu terus terperangkap. kami menyangka itu adalah kucing dewasa, tapi hairan juga macammana boleh muat masuk dalam salur air tu? masa tu bapak aku dah cabut separuh salur air tu, tp di dasarnya susah sikit pasal letak kat bawah simen. aku macam biasa jadi penyuluh. guna lilin pulak tu. entah mana pegi semua lampu suluh yang ada di rumah kami tu. aku ingat nak panggil bomba. tapi karang dia datang dengan bunyi siren kuat kuat, malu pulak rasanya. selepas berhempas pulas, siap pergelangan tangan bapak aku terkelar dek salur air yang dah dipotong di tengah tengah, akhirnya baru la tau, anak kucing rupenye..dah dapat beza disitu, antara kucing besar, atau anak dia.

lepas je dikeluarkan, tengok tengok anak kucing tu ok ok je..takde sebarang kecederaan. comel boleh tahan, gebu pulak. tapi elok je diselamatkan, dia terus pergi tanpa menoleh ke belakang. cit! langsung tak ucap terima kasih!

in the mood for chocolate

tarikh sebenar entry : 11 Februari 2009

mlm td balik keje ntah pesal urge nak makan coklat tu begitu mendesak2...dalam pada tu aku igt nak makan aiskrim jgk.....tp pikir2, keadaan peparu mase tu tak mengizinkan bende2 sejuk beku masuk dalam badan...lalu aku decide, coklat lah! plan asal nak bedal dua2 skali...tp, takpe, satu2 dulu....lalu aku masuk dlm carrefour s.j. trus ke tmpt coklat....wah wah..susahnye nak buat pilihan......mula la perasaan tamak lagi rakus menerjah ke dada....selepas membuat saringan, aku amek reese's milk chocolate 2 peanut butter cups, vochelle's fruit & nut coated in white chocolate (oouuuuuu..) dgn cadbury's peanut & raisins...heh, aku amek pek kecik2 je la....kate nak makan sorg kan....so smpi kt komuter kt umah aku tuh, smentara tgg bapak aku smpi, aku test reese's tu...ok la tp sbb peanut butter dia lg byk dari coklat, rase masin smcm plak....yucksss.....


dan skang kt opis, smbil buat keje (ye, dan smbil bikin entry nih) aku indulge dlm vochelle tu...fuh...sambil layan lagu2 dlm itunes....asyiiiiiikkkkkkkk.....

tibe2 SEMUA org pegi keje...

tarikh sebenar entry : 4 Februari 2009

pagi ni aku smpi stesen dalam 7.50 pagi.......dah beli tiket, dah cek in....uik, ramai plak org.....aa..ni mesti karang dalam tren pek gile ni.......tgg dalam bape minit, tren pon sampai...ha, betulla..mmg pek amat2 tren pagi ni......aku berdiri dpn pintu, pk, nak let go ke nak naik je....aku usha gerabak blkg dah takde org naik....nak lari ke blkg takut tak sempat...ah masuk je la...perghh, nasib baik muat...ngam2 je jarak aku dgn pintu.


smpi shah alam, lagi menderu2 org masuk. tp tmpt aku tak terjejas sgt. aku masih boleh berdiri dgn selesa. smpi batu tiga yg tak bleh blah, pasal pintu bukak kt tmpt aku...perghh..dia punye squeezing nak masuk tuh...aku dgn minah dpn aku tuh smpi melekat kt cermin tepi pintu tuh....minah tu melekat kt cermin, aku melekat blkg dia..nasib baik aku pompuan, kalo aku lelaki, dah kene lempang agaknye dgn minah tu....ade beberape penumpang yg let go tren tu, tp tidak bg sorg pakcik nih, aku agak dia india kot, pasal aku nampak tgn dia je....dia masuk jugak jugak....bile tren jalan, aku rase cam ade bende kt blkg pinggang aku....haiyak....aku syak pakcik tu telah menggunakan blkg pinggang aku sbg tmpt berpaut. lama2 aku rase cam tgn dia dah sangkut kt pinggang suar jeans aku....nasib baik keadaan dalam tren tu mmg pek, jd aku pon takleh la salahkan pakcik tu...

sampai sbg jaya, pon berkerumun org nak naik tren. aaa..lagi sket je aku nak tersungkur kt pintu mase nak kuar tu.....ade sket rase tak stabil dgn usaha nak loloskan diri dari celahan org ramai...gilos apos....tibe2 sume org pegi keje arini........

halah halaahhh.....

tarikh sebenar entry : 4 Februari 2009

sakit lutut plak....dua2 belah plak tu........nak bengkok kaki pon susah...cam ade bende tersengkang kt tempurung lutut...datang gile dia, dia kacau skali muscle sekitar area atas lutut....dah lama gak, tp bile aku "cuti" dari joging, ok.....ye.......dia jadi lagi teruk (tak teruk sgt, tp cukup utk buat aku hangen) pasal beberape minggu lps, aku jatuh mase main badminton..jatuh tersungkur plak tu...perghh..malu.....aa...mase raya cina tu lak aku start balik joging....lps tu la....bile duduk lama tuh...peh..smlm turun dr bas pon nyaris tersungkur lagi...kaki susah nak bengkok.....bile dah bengkok, nak lurus kan plak problem..ade sket rase seriau......ade juga bunyi letupan kecil2an mengiring pergerakan lutut aku....nak bangun duduk pon dah serupe org mengandung daaaa.......lenggok jalan pon kadang dah cam forrest gump mase kecik....siot je..aku minom anlene pon lutut leh problem lagi...chaissssttt!!!!

uwekkkkk!!!!

tarikh sebenar entry : 2 Februari 2009

smlm aku YM ngan member aku, tentang satu perkara berbangkit, yg telah aku let go dan lupekan, dibangkitkan oleh seseorg, yg mencetuskan kembali rase marah dan tak puas ati yg terpendam lebih 3 taun dulu, dan mencetuskan juga tak pasal2 segala rase terbuku sejak bertahun2 lalu. dan dikala YM itu, kemarahan aku begitu memuncak, tp aku tak tau mane nak lepaskan, walaupun aku sorg je kt ofis mase tu. dan kemarahan yg memuncak itu, yg meronta2 mintak dilepaskan, terpaksa aku tahankan, dan aku telan balik supaya aku tak bertindak diluar kawalan. (hmmm....luar kawalan la sgt..). dan akibat dr pada gencatan tu, (ceh konon) tibe2 kepale aku rase sebu, dan terasa lemah seluruh anggota. oh, dah sampai masa balik. lalu aku gagahkan jugak berjalan ke bus stand. naik je atas bas, aku masih dihantui perasaan marah dan tak puas ati yg terperangkap dalam dada aku, yg akhirnye mencetuskan pula rase loya yg amat. nyaris je aku muntah dalam bas. ok, rilek, tgk pemandangan yg tak berape indah kt luar tu. dalam aku berhempas pulas menahan rasa loya tu, ketika aku menoleh ke seat di sebelah kiri, "eh, minah ramah yg berborak dgn aku hari jumaat lepas!" dalam hati je la...walaupun dia sedang sibuk bersms, tp aku cam bentuk idung dia. ye, mmg dia. tp takpela, aku pon takde mood nak beramah tamah.


sampai je kt rumah, aku bercepat2 mandi, pasal kene jumpe member aku yg mintak tolong ajarkan indesign. aku lagi serabut, rase marah, lagi loya tak ilang lagi, kene bergegas ke sane ke mari plak. lps mandi, sblm keluar tu, aku usha dapur. perghh!! mak aku buat mi sup! lps pekene semangkuk, baru ringan sgale rase kt badan.

dan serta merta aku rase lega, tenang dan nyaman. segala perasaan marah td hilang. rasa loya itu juga hilang. rupenye aku lapar. patutla emosi aku melampau lampau tak stabil ptg tu.

ohhhhhhhhh....

tarikh sebenar entry : 1 Februari 2009

setelah hampir setaun (rasenye) aku tak jejak kaki kt KL, arini berjaya jugak aku kesane.........memule gi CM dulu..carik supplier utk button badge...hurmmm..dah macam2 dah kt situ...aku pon dah terpinga2 kt situ. dah setel sume urusan, aku ngan member aku pon merayap keliling CM tu. bagus, kedai sewa novel tu masih ade lagi..tp takde tajuk yg best aku nak beli la...(kedai tuh pon jual jugak novel). so kitorg pon gerak la ke times square (sbb utama adelah nak makan KFC kt situ, tataula tp aku rase KFC situ paling sedap). pk2, nak naik bas ke naik tren. lalu kitorg putuskan utk naik bas. smpi kt tmpt yg biase naik bas ke sg wang tu, tgg2 tak nampak2 pon basnye..dahla lemas dgn asap bas, pegi lak berdiri dpn public toilet tercanggih kt situ. bosan tgg bas, kitorg pon jalan kaki ke masjid jamek, amek tren kt situ. sblm tu aku siap sajes kt member aku supaya jalan kaki je dr kotaraya ke sg wang (aku biase buat pasal aku malas nak tgg bas). aku bajet naik tren situ leh trus gi imbi. aku lupe, kene balik kl sentral utk naik monorel. padehal itu la yg kitorg nak elakkan. sikit punye jauh underground pedestrian walk dia...

so, sampai je kt imbi, trus masuk times square dan menuju ke KFC. dah makan kenyang2, kitorg mula tour times square yg dah lama gile kitorg tak jenguk...hurmm..dah tak nampak dah bdk2 yg pakai pelik2 tak serupe org. kt situ aku usha kasut2 high heels atau wedges yg boleh aku tangkap bwk balik. adela beberape yg aku berkenan. tp aku putuskan utk round abes2. tp takde yg betul2 menangkap..adelah tp glamer sgt dan melampau plak ketinggiannye..mau tonggek2 aku berjalan dalam kasut tu. dan kawan aku putuskan, "jom pegi sg wang, aku nak carik ink printer!" orait, mari kite pegi.

sampai sg wang, sesak cam biase. dah dpt ink printer yg dia nak tu, kitorg teruskan perjalanan ntah ape2 keliling sume tingkat yg ade kt situ. kaki, mmg dah serius nak tercabut, lg sket leh lumpuh aku rase. aku pon usha2 la jgk high heels kt situ....ok la..tp takde yg nak menangkap sgt. ade satu yg aku kira leh la aku tangkap..pk punye pk, kensel je lah! usha itu ini, last2 baliklah. penat lagi bosan.

smpi kl sentral, kaki dah hampir tak rase ape. dah la mase tgg tren tu dpt dok kejap je, skali dalam tren aku kene berdiri spjg perjalanan melepasi dalam hampir 10 stesen. abes tegang sgale urat kaki. smpi stesen aku, kene naik tangge plak nak ke seberang, smpi kt tmpt masuk tiket tu, kaki aku mmg dah rase kejang smpi ke pinggang...dah hilang dah lenggok aku....keras aku rase otot2 kaki....

pk2 balik, ntah camne dulu aku leh merayap ke KL dari pagi membawak ke malam. skrg pagi membawak ke petang pon dah separuh maut aku rase. ni baru aku pakai sneakers, kalo pakai high heels merayap, tak sampai dua jam kt KL aku dah balik umah balik agaknye. salut pade pompuan2 yg tabah mengharungi shopping kompleks dgn high heels sehingga setinggi 4 inci!!

what the hell is wrong with me???

tarikh sebenar entry : 31 Januari 2009

aku suke pakai sneakers ke mana2 je aku pegi.....tp sneakers aku pon tak la byk....cume 4 pasang je......tapi sekarang ni...............

aku dah mula obses dgn high heels & wedges/platforms........dannggggg!!!!!

(tp stakat nih baru ade dua...sbb aku tgh mengawal obsesi aku nih....)

gile ramah!!

tarikh sebenar entry : 31 Januari 2009

smlm aku balik keje...dpt la naik bas mini yg elok sket..usha2 kt blkg, hah! ade seat kosong...ade satu tu, kene dok sblh sorg mamat ni, blkg dia pompuan. aku amek seat yg pompuan tu duduk ah, takde la org kate aku nih gatal. so dah duduk tu..dalam bape minit perjalanan minah sblh aku nih tanye, "gi KTM ke?" aku plak mase tuh tgh sedap2 layan lagu dlm mp3 player. "ape dia? tak dgr." sambil matikan mp3 player aku tuh. dia ulang balik soklan, "pergi KTM ke?" "a'ah.." aku jwb sambil senyum. aku igt dia nak tanye tuh je. skali dia tanye pasal gelang yg aku pakai. berkenan katenye. aku pon jawab la beli kat mane dan sbgnye dan akhirnye perbualan kami membawak kepada perkhidmatan bas dan komuter. kira2 sepanjang jalan dr usj ke komuter sbg jaya tuh (sape2 yg dok subang jaya or usj taula berapa jauh dia pusing nak pegi komuter tuh) kitorg berborak2. kebetulan plak dia sehala ngan aku, balik klang. so sampai je kt KTM tu, train delay la plak 20 minit. haish, aku pon pegi la beli jagung dalam cawan tuh. ye, aku masih bersama dgn minah tu lagi. lps dia tunggu aku beli jagung tu, kami pon sama2 "check-in" sambil tunggu tren yg lambat tuh. borak2 lagi. akhirnya tren pon sampai dan kami sama2 berkejar ke gerabak yg depan skali sbb kitorg tau gerabak depan skali biasanye tak ramai org nak rebut. dan dalam tren tu kami senyap je pasal org punye la ramai sampai tak rase ekon tren tuh. adela borak sket2, sambil meneka2 kt stesen mane org ramai turun. tp biasenye kalo kt stesen shah alam baru la lapang tren tuh. ramai benau org dok shah alam gi keje naik tren. so, lagi sket nak smpi stesen aku tuh, minah tu pon ckp.."hmmm..awak dah nak sampai dah.." aku senyum je. ade sket muke kecewa kt dia...aku buat2 bodo je...tp dalam hati pelik gak....so bile dah smpi stesen aku, aku pon tepuk bahu dia sambil ckp, "ok, jumpe lagi insya Allah!" sambil tersenyum.

aku kagum sebenarnye, camne sesorg tu, leh mulakan perbualan dgn org yg dia tak penah jumpe dan tak penah kenal, dan boleh layan borak macam dah kenal lama. dan kira dia boleh bajet org yg dia tegur tu boleh layan dia borak. kalo nak harapkan aku, sampai sudah la tak bercakap lsg. bukan sbb aku nih eksen, meninggikan diri, tp aku nih jenis penyegan dan tak reti lsg nak mulakan perbualan dgn org yg aku tak kenal. kalo aku tegur org pon, takat tanye laluan bas, tanye arah. pastu diam. melainkan org yg aku tanye tuh yg start borak ngan aku.

hmmm....ape leh buat...aku nih pemalu.

rupenye pegi Bandung tu best (part 2)

tarikh sebenar entry : 18 Januari 2009

esoknya, aku gembira sbb kt cafe hotel tu ade sediakan bijirin. dan aku lupe aku tak boleh makan bijirin tu. nah, aku kene kembung perut yg teruk sehari suntuk. takpe, aku bertahan. kami pergi ke kompleks beli belah yg paling hampir disitu. cam biasa, mak aku cari tudung dan baju yg kakak aku kirim. kemudian ke kedai jeans. mmg murah, tp aku sakit perut, takde mood nak beli, lgpon tak perlu pon. kemudian makan di restoran ape tah namanye. sedap juga makanan dia. saya suka. lps makan teruskan perjalanan ke tmpt shopping seterusnye, pon aku tak igt nama, tp kedai baju jugak. kt situ beli baju utk anak2 sedara aku yg dari kaum adam. setelah itu, berjalan lagi ke elizabeth, kt situ mmg tmpt handbag je. 1st floor ngan 3rd floor. mak aku tangkap satu beg yg dia betul2 berkenan (tu pon setelah dinasihat oleh aku). aku juga adalah penasihat kewangan disana. sblm tu, ke cibaduyut dulu, tmpt jual barangan kulit, kt situ tak beli apa sgt, cuma kerepek2 je. lps elizabeth, ke rumah mode pula. ade kedai handbag dan kasut di sebelahnye, nama donatello. aku ke rumah mode, dgn sakit perut yg makin memuncak, tp aku gagahkan juga. malam tu hujan pulak. last minit di situ, akhirnye aku beli satu blaus lagi, jenama esprit. mmg murah. saya suka.


malam tu, balik hotel, kami sume packing segala barang sbb esok lepas ke tangkupan perahu, kami akan terus berlepas pulang. pergh, mmg aku bangga jadi penasihat kewangan mak aku. beg kami yg paling sket, dan paling ringan. org lain, berbeg beg, smpi tak cukup tangan nak bawak. aku buat bodoh, malas nak tolong. itulah, tak berbelanja dgn bijak.

di tangkupan perahu, kami bergerak ke atas. di kiri kanan terdapat rumah2 yg comel, aku lagi geram tgk bunga2an yg tumbuh subur. dengan arnabnya yg dijual. mase tu dah start sejuk. aku cuak, sbb aku tak berape tahan sejuk. smpi kt pintu masuk, kami naik pengangkut yg bwk naik ke puncak. mmg gile indah pemandangan disitu, dgn bau belerangnye yg cam kentut akibat makan telur. silapnye, byk sgt penjual souvenir yg mengelilingi kami, smpi tak nampak ape, nmpk muka diorg saja. mmg di indonesia begitu agaknye. susah nak jalan dgn tenang. mmg aku ralat di situ. tp di atas tu tak sejuk sgt pon. beria je org2 tu sume pakai jaket. turun bawah, pon masih dikelilingi penjual. rasa cam artis plak bila dikerumun begitu. kemudian terus ke kolam air panas. aku tak lepas peluang. oh, meloncat2 aku dlm air tu, panas gile doh! tp lps dah biase, aku try kt kolam yg lagi panas airnye. eh, sejuk gile! rupenye sensor aku dah konfius. aku try masuk dalam kolam tu. skali tergelincir, terduduk aku di tebing kolam. nasib baik bukan dalam air. nah, kt situ, kaki aku lebam. dan kemudian makan di restoran ape tah aku tak igt jugak. tp sedap juga makanan dia.

kemudian kami pon bergerak ke airport. airport kecik saja. airforce yg punya. seketika aku terasa sedih sbb sayang nak tinggalkan tmpt yg best, (walopun rimas dikerumun penjual cenderamata). apetah lagi dgn layanan tour guide yg baik dan pembantunya. lalu aku bertekad, aku akan jadikan destinasi bandung sbg tmpt percutian setaun skali. berpatutan, best, mengujakan. saya suka.

nota: "alright bebeh" yg aku dgr tu rupenye "flight attendant". pekak la plak.

rupenye pegi Bandung tu best (part 1)

tarikh sebenar entry : 18 Januari 2009

tanggal 13 jan yg lalu, berangkatlah aku bersama mak aku dan geng2 mengaji ke jakarta. pergh, cam tak caya lak rasenye. gerak ke LCCT jam 7.30 pagi, padehal flight kul 10.55 pagi. aku dah la tdo kul 3 pagi malam sblmnye. smpi LCCT, aku jadi teruja, dan juga sayu. mgkn sbb bapak aku tak ikut. smpi sana, dpt tag nama, gi mkan, gi timbang luggage bla bla..akhirnye dipanggil masuk ke balai pelepasan. tibe2 aku jadi nervous gile. pergh, sume makhluk yg terlibat dgn tour tu sume berpakaian lawa2. cume aku sorg je yg bertshirt, trek suit dan kasut lari new balance Ndurance 720. gile santai. aku tau mak aku kecewa sbb aku tak berpakaian lawa cam anak2 dara kwn2 dia. tp yg pentingnye aku selesa.


dalam flight, dah duduk kt seat yg ditetapkan (pegi balik aku dpt seat yg sama), smpi la masenye kapal terbang berlepas...dia kasi gostan smbil belok2 (hebat pilot ni, leh agak jarak nak gostan). kemudian aku dgr encik pilot ni ckp kt attendance dia, "alright bebeh! we're ready to take off!" dan kapal terbang tu pon dipecut laju. pergh, sensasi speed tu sgt best dirasakan, memberi adrenalin! dan kami pon terbang slame 2 jam menuju jakarta.

smpi dijakarta, kami disambut oleh tour guide, pak henry namanye, org muda, agak kacak juga. naik atas bas yg selesa dan dibawa melihat bandar jakarta. stret ke tmpt shopping di mangga dua. kt situ aku beli dua blaus. shopping smpi malam, tp kt tmpt lelain la. malamnye kami tido di hotel orchardz. selesa. saya suka.

esoknya slps sarapan, kami ke......alamak, tak igt. ye, ke tmpt shopping lagi..apetah namanye tak igt. lps tu ke taman mini indonesia. kt situ bermacam rupa rumah dan seni bena daerah indonesia ade kt situ, papua, bali, sumatra, minang dan sbgnye. kt situ amek gamba sket byk, blah gi makan kt restoran ape tak igt la plak. lps makan tu kami bergerak ke bandung, di atas highway slame dua jam. aku tdo hampir dlm 80% perjalanan ke sana, sbb sakit kpale. lgi sket nak smpi bandung aku terjaga. cis, terlepas byk pemandangan indah spjg perjalanan ke sana. di kiri kanan highway tu terdapat byk perkampungan, siap landasan ketapi yg tinggi kt atas bukit. tatau nak ckp, tp pemandangan tu mmg cantik. saya suka.

dan sampai saja di bandung, terus ke tmpt shopping, grande nama dia. kt situ aku beli tshirt, utk pakai balik nnti, pasal aku tak bwk cukup tshirt. murah, mmg murah, tgk harga nike lagi sakit hati, murah. aku susah nak terima kenyataan tu. selesai membeli disitu, kami berjalan pula ke kedai seterusnye, maafla, nama kedai tu mmg aku tak igt. ke kedai ke-3 yg aku pegi, yg aku tak igt nama gak, aku beli blaus lagi. lps tu pulang ke bas, tp masuk balik ke grande tu sbb mak aku nak dompet yg cam anak besan dia beli.

kemudian makan di restoran namanye dapur sangkuriang. kt situ pertama kali dpt mkn makanan panas. makanan dia sume sedap. saya suka. aku habiskan bermangkuk2 sup ikan yg org2 tua tu tak lalu nak makan. kemudian balik ke hotel namanye perdana wisata. kecik je, tp boleh tahan selesa. tp lsg takde port plug 3 pin.

aaa..lagi skali.........

tarikh sebenar entry : 31 Disember 2008

masih igt bangla shell yg aku citer dalam entry terdahulu? haaa, igt tak mamat bangla yg tanye dgn detail aku kawen bape taun sume tu? ok, ni kira second time dia menyibuk hal "rumahtangga" aku. hari sabtu tu, aku nak gi amek member aku, so, isi la minyak dulu. lps bayar tu, aku berjalan ke kete, dan mamat bangla nih dah stenbai kt tank minyak, sambil menggayakan jalan cimpanzee (nak kate aku gemok la tu) sambil tersengih sengih. kemudian dia tanye "awak punya suami suka ka awak badan ini macam?" "hah??" aku tanye dia balik. "awak punya suami tak marah ka badan ini macam?" dia ulang soklan, sambil senyum senyum. aku dah start nak menyirap. "ntah, dia suke je." aku jawab ringkas. "dia suka ka?" tanye dia, cam bajet aku menipu la tu, nak kasik sedap ati. "suka je, dia tak marah pon." aku jawab lagi. ok, aku igt sampai situ sudahnye.


"anak brapa org? sudah ada ka?" dia sambung interview. aku mmg dah stok tak pandang muke dia, "takde. takde anak." "dalam pon takda?" tanye dia lagi, sambil pegang perut. perut dia la, bkn perut aku. haishhh!!! "brapa taun kawen?" dia tanye lagi, konon pelik la apsal aku takde anak lagi kalo dah kawen. eeee..suke ati aku la, aku yg nak mengandung, aku yg nak beranak!!!! "baru setaun la...rilek la..ape nak kecoh kecoh??" aku jawab lagi, kira penyabar gak aku ni......"tak elok la suda kawen takda anak. lagipon pompuan bla bla bla....." dia membebel nasihatkan aku. wah, tak sangka shell dah ade konsultant perkahwinan! "kakak saya doktor, dia boleh tolong...." pangg!! sudah.......lebih dah mamat ni......"aaaa..takpe..takpe....time kasih je......lain kali ye.." aku terus masuk kete, start enjin dan blah dgn perasaan menyirap..ni dah stok sirap limau masam gile punye menyirap.

kali ketiga kalo dia tanye lagi, mmg slambe aku isi petrol RM20 stret masuk perut dia.

nota: ingin rasenye aku nak mencarut..............@#$%^&!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

pemberontakan perut

tarikh sebenar entry : 31 Disember 2008

ari isnin baru ni awal muharram. lalu kakak aku yg sulung berura2 nak adekan makan2 sambil bace yasin dan juge solat zohor secara berjemaah. ok, fine. dah setel sume acara keagamaan, tibe pule masa makan. menu ari tu ialah nasi briyani dgn pelbagai lauk pilihan, mak aku buat add-on laksa, ade plak kek dan puding batik. ni sume nak selebret skali besday anak2 sedare aku yg kuar pade bln 12. aku makan tak la byk, cume berselang seli ngan pisang, siap ngan air bandung lagi, tp pastu aku bedal air kosong plak. mase nih perut aku rase ok lagi, walopun simptom pemberontakan tu dah ade sikit sikit. dah duduk2 sambil borak2 ngan kaum keluarga, lalu aku pon ke dapur. fowww!!! skali ternampak aiskrim daaaa......ni anak angkat mak aku plak yg bawak...tak ble jadi.....tak makan kang kempunan. dah makan separuh gelas, teringat plak pisang. ni kene makan ngan pisang baru cun. pegi ke depan amek lak pisang brg sebijik. kerat2 dgn sudu campurkan ngan aiskrim td. puas ati rasenye, walopun perut aku dh mule rase penuh semacam.


lps makan aiskrim aku lepak dpn tv, sambil baring2...tibe2 kakak aku hidang plak kek. haisshhh.....aku dah rase bersalah kt badan aku....tp kalo tak makan kang........hurmmmm....ok, la, aku amek sepiring, tu pon share ngan anak buah aku. dia tak larat, maka aku terpakse abes kan. mase tuh perut aku mmg dah senak gile.

sampai malam, aku masih tak lapar. samada overload dgn makanan, ataupun mmg perut tgh merancang pemberontakan. tp bile aku tgk laksa yg mak aku masak, ish, bole jadi kempunan ni kalo tak makan. aku pon amek la semangkok kecik. uhhh...terus perut aku rase panas lain macam. sebelum tdo aku makan ubat utk membantu penghadaman. 4.30 pagi aku terjaga, sakit perut. igt selesai smpi disitu saje, rupenye membawak smpi pagi. tp sakitnye lebih pade gastrik...ape lagi, aku amek mc, pasal dah tak berdaya nak bgn. sehari suntuk aku menderita, nih gastrik ape nih. smpi la malam, akhirnye aku nekad minom air halia, adela sket sendawa, tp leganya tak lama. aku rase perut aku padat ngan angin balik. lalu aku nekad minom gaviscon, brg 2 sudu, sedapla gak, tp dia pekat sgt, hampir muntah aku tatkala menelannye. lalu aku terus tdo.

pagi nih bangun ade baik sket. tp maseh rase tak sedap perut, letih lagi. lps tu pg kt opis aku demam plak. dgn lapar gile lagi. lps makan baru aku rase ok, cume agak mamai dan blkg aku rase sakit penangan angin smlm. ni pon ade rase senak lagi. mgkn kene tukar perut baru.

aku ade dua hipotesis yg mengaitkan kpd pemberontakan perut aku ni:-
1) pada ahad tu aku makan nasi kenduri wedding kawan aku. utk pengetahuan, aku mmg ade sket elergik ngan nasik kenduri, aku pon tatau pesal, tp slalunye kalo nasi kenduri aku amek sket2 je, tp aritu aku pulun sume lauk yg diorg hidang,

2) sebelum mula acara makan2 tu, aku ade menggembur tanah pasu dan menabur baja (baja bunga yg kaler merah jambu bulat2 tu) dgn tangan yg tak bersarung. tp baja tu aku pegang dgn tangan kiri, dan aku juga telah membasuh tangan, siap mandi lagi sblm aku makan tu. adekah aku keracunan? hurmmmm..

tp aku rase, aku pilih no 1 la...tu yg paling tepat rasenye.

alahai si bangla shell....

tarikh sebenar entry : 25 November 2008

masih igt lagi dgn bangla yg aku citer ari tu? heh, smlm aku gi shah alam ngan mak aku. dan dalam perjalanan tu aku gi la isi minyak kt shell tepi highway tuh. dah sudah isi, aku pon dah ready nak jalan, tibe2 mak aku tanye, "bangla tu apehal asyik pandang ko senyum2 tu?" "bangla tu la yg sebok tanye dah kawen ke belom.." jwb aku tak kuase. mak aku punye la gelak, seraya menambah, "td mak senyum kt dia, punya la dia angkat tangan, seronok sgt la tu!" lalu terus mak teringat kt bangla petronas time dia hantar aku gi skolah dulu....tp bangla petronas zaman skolah aku tu mmg baik, dia la yg ajar aku camne nak isi minyak sume...hehehhehee....lalu aku citer yg ade lagi sorg bangla shell kt situ tanye soklan sama, dan segala kelentong yg aku ckp (rujuk entry "sudah kawen ka??"). pastu aku ckp kt mak aku, ade member ckp, bangla mmg attack pompuan yg kt jari dia ade satu cincin, atau takde langsung. lalu mak aku menyarankan supaya aku pakai cincin.


hah? ape??

jazz di mamak

tarikh sebenar entry : 20 November 2008

cam biase..nasik, ayam goreng, kuah campur....limau ais.....memula kt tv mamak tu pasang citer dongeng omputih versi indonesia...yg pasal laki bini dok blkg umah ahli sihir, yg dia nakkan salad ahli sihir tu.....tgh2 layan, tibe2 screen gelap. oiceh, dia dah tuka pegi channel radio plak....channel jazz lagi....apa kes beb lepak mamak tp layan lagu jazz..aku da tatau nak adapt suasana tu camne, nak kate scene kt lounge, tp lepak mamak, nak kate mamak, lagu dah cam kt lounge. perghh, mamak skrg, bercitarasa tinggi!


dan tibe2 kpale aku skang rase tak stabil.

arachnophobia

tarikh sebenar entry : 18 November 2008

pg td sementara tgg member aku kol nak gerak, aku sarapan siap2 dulu. dah setel sarapan. sakit perot plak. dah tuka uniform ke toilet, bkk je pintu toilet skali aku ternampak satu labah2 ni..besar, kt atas badan dia ade lain putih bentuk pentagon, stok badan kecik tp kaki besar2..dia besar kt pangkal dan meruncing kt ujung, panjang2...memula aku nampak dia tgh panjat dinding jubin tu. skali, pap! dia jatuh atas lantai..Aku dah rase nak pitam...trus lari kt dapur mintak tolong mak aku....nasib baik makcik aku ade, beliau la yg tolong halaukan lelabah tu. tp aku pon tatau la beliau nampak ke tak, pasal masa beliau sebok siram air kt lelabah tu, lelabah tu dah panjat dinding balik dah, tp beliau masih lagi menyiram di lantai. akhirnye makcik aku pon sua kan penyapu kt lelabah tu, lelabah tu terus panjat ke dinding yg lebih kasar permukaannye. makcik aku beria jamin, lelabah tu takkan jatuh lagi, pasal dia dah dpt cengkam kuat kt dinding. tp aku masih takut nak masuk. pas dah cek puas2, tgk tak nmpk pon kelibat dia, aku pon menunaikan hajat aku. dah setel sume, elok nak kuar, nah, skali ade plak kt pintu! mase tu aku dah tak peduli, lalu aku menjerit sekuat2 hati. makcik ngan mak aku dah menggelupur kt luar nak rescue aku. diorg soh aku bkk je pintu. nak bkk camne? labah2 tu betul2 kt tgh2 pintu, dkt lak ngan selak. aku plak mmg dah hampir hilang kawalan, menjerit sungguh2..agak2 kalo leh aku tembus dinding ke rumah sebelah, mmg aku tembus! mata aku mase tuh mmg dah terpaku kt lelabah tu, sambil menjerit penuh ketakutan. (serius beb, mmg aku takut mase tu). last2 lelabah tu jatuh atas lantai, mase sblh kaki dia masih melekat kt pintu, aku terus tarik selak dan lari keluar. mase tuh toksah ckp, aku smpi tak boleh tarik nafas, sbb dah terlampau takut dan dah start nanges, selop la kate org kan. pastu makcik ngan mak aku take over, cube halau lelabah tu. aku tatau ape jadi kt dia, pasal aku terus masuk bilik nanges2. bapak aku bengang je pasal aku menjerit sakan kerana labah2. dia tak tau ape rase fobia tuh.


ni la pertama kali aku menangis sbb takut gile kt lelabah tu. selalu aku lari je. mgkn sbb kali ni aku terperangkap kt tmpt yg sempit (toilet) skali ngan lelabah, dan tak tau mana nak lari utk slmtkan diri. cilakak, bikin malu aku je dihadapan keluarga. tp penangan lelabah tu, smpi saat aku menaip entry nih, aku masih tak berdaya nak bercakap cam biase, punye la luruh habis semangat aku. nasib baik bkn time aku tgh lelah, kalo tak, ke hospital agaknye hari ni.

rolling!! rolling!!!

tarikh sebenar entry : 14 November 2008

setelah hampir 4 bulan memandu dgn tayar botak keempat2nye (van damme bukan?), akhirnye td mase aku nak kuar gi keje aku terpandang kelainan pade tayar kete bapak aku. wow, bunga2 nye telah mekar! heh! tetibe aku berasa satu perasaan syok dihati. "sedap la aku nak pecut kt highway karang nih! wowww!!" tp bikin cool, kang bapak aku terkesan plak niat jahat aku tuh, lalu aku pon bertanye, "bile tuka tayar bah?"(nota: bkn intonasi bahasa org sabah ye..) yg mane dijawab oleh beliau, "smlm." "brape sume?" aku tanye pasal aritu aku beria2 kt bapak aku, share beli tayar. "400++. mak sponsor. tayar spare je tak beli lagi. kang kalo nak ganti balik duit tu, kasik kat mak. KALAU nak ganti balik la.." perkataan "kalau" tu ditekankan, cam tau2 je kan konfem aku tak ganti punye...hehehhehe...tp skang mmg takleh ganti, kewangan ketat. sbb aliran kuar masuk wang pade bln lps tak stabil lsg, ujung bulan betul2 aku tercekik....erkk..erkk...aa..camtu la lebih kurang bunyi dia..


dalam kete aku rase berbunga2..tak sabar rasenye nak meluncur jalan dgn tayar baru nih...mesti sedap punye lah! dan tibe2 aku jadi super ramah plak ngan bapak aku..hehhe..mood baik beb....cam biase la, borak hal ekonomi negara..politik..bla..bla.....tu je topik yg bapak aku layan..borak bende lain toksahla.....konfem hambar punye....

lalu di ofis, aku pk2 balik, aku igt aku support tayar spare la.....kan..kurang2 aku de gak meyumbang....kan..kan.....bkn mahal mane pon......

gagal

tarikh sebenar entry : 28 Oktober 2008

td ade org ym aku. tp nick dia mmg takde dlm list aku, dan aku pon tak kenal dia. tp gaya bahasa dan penulisan dia cam familiar gile..ah, lalu aku pon klik kt display image, mana tau leh dpt klu. lek ele.....member aku nih, nak menyamar konon, skali letak gamba muke dia. letak la muke lain, baru la leh panjang citer. kalo ikut nick tu, mmg dah hampir berjaya dah. silapnye kt display image. nasihat aku, kalo nak menyamar tuh, biar smpai org tak kenal, biar panjang2 sket citer baru dpt jawapan. waahahahahhahahahaha!!! lu dah gagal la weii!!!!

uh..uh....uh...uhhuuuu.....

tarikh sebenar entry : 20 Oktober 2008

pagi nih adelah pagi yg kecewa.....pagi yg gelap.....knape? pasal stokin kesayangan aku dah ilang sebelah......stokin tu cantik (dimata aku)...kaler pink, kt ujung dia ade muka lembu.....ade tompok2 itam macam kt badan lembu...uhuhuuuu......dan yg lagi aku bengang, pagi ni aku dtg keje tak pakai stokin, sbb aku yakin stokin kesayangan aku tuh (stokin lembu aku panggil) yg aku tinggalkan dlm kete member aku tuh ade dua2 belah..skali tgk tinggal sebelah je....huaarghhhh!!! dah aku terpaksa bekerja seharian pakai kasut smata2 tanpa stokin....eeeeeeeeeeeeee....geramnyeee!!!!!!! patutla aku rase nk bwk stokin extra td, tp tak plak gi amek, ayam betul!! agak2 kalo aku balik umah amek stokin, ade peluang tak kene lastik ngan bos aku?

sudah kawen ka??

tarikh sebenar entry : 19 Oktober 2008

masuk kali ni dah dua org bangla shell tepi highway tanye soklan camtu....damnn....aku plak tak reti nak tembak org tak tentu pasal, jadi dgn senyum manis aku pon bertanye, "nape kalo dah kawen?" "sudah kawen ka belom?" dia tanye aku balik. cilakak, dia tak puas ati, patut aku la yg tak puas ati..aku dah start goyang dah ni....lalu dgn slambe, dan masih dgn senyum manis (senyum bahagia la konon) aku pon jawab, "dah.." perghhh, gile yakin dan nekad! aku igt dah setel smpi situ je, skali dia tembak, "brape taun kawen?" waaahhhhh!!! gile detail mamat bangla nih, kang aku simbah petrol kang.....lelebih plak....aku pon, sambil tangan angkat nozzle dr tmpt dia, ligat pk brape taun yg aku kira logik dan bertepatan dgn gaya senyum "bahagia" aku tuh..."setaun." waaaaahhhhhhh!!!!! gile van damme punye statement!!! aku dah rase nak tergelak...tah sape la agaknye hasben aku tuh.....waaahahahaahhhahahah!!! tp demi selamatkan diri beb, ape pon boleh jadi! huuu..kalo tak, dah tentu aku dilarikan ke lombok...eh, itu indonesia....

aiiii..banjir lagi.....

tarikh sebenar entry : 15 Oktober 2008

smlm ujan stok sehari suntuk....kalo s.j nih kejap lebat kejap renyai kejap benti pastu ujan balik.....kilat petir sume toksah citer ah, tp sbb aku terkedap kt dlm opis, aku pon tak dgr la bunyi ujan sgt..cume arap2 takde la blackout..(kalo tak melepak kt tangge lagi la aku..) so ptg tuh kakak aku kol kate area dkt umah aku tuh dah banjir dah (siap ade polis buat sekatan takleh masuk jalan nak ke umah aku, melainkan turun kt highway (kwsn perumahan aku tu tepi highway je)..


on the way kuar dr s.j tu ujan sket punye lebat, kul 7 malam dah cam kul 10 malam...smpi susur kuar ke pdg jawa dr highway tuh, dah start jem dah....ok la, so lalu la highway...perghhh..hangen gak, nak balik umah sendri pon sket punye byk cabaran (slalunye kalo time ujan yg membawak ke banjir)..sbb nak turun kt highway, tp member aku leh plak dah ke tengah lane...haiyaakkk..camne nak turun nih, agak segan gak kan...tp takpela, lgpon celah mane nak benti..mmg kete dah stok cam jemaah haji dah sesak dia....dah tgk dpn blkg sblm kuar kete (mane la tau ade motor sengal yg speed kan, takdela aku ditimpa kecelakaan)..aku pon turun..elok2 turun, pang, kete depan kitorg tu suda langgar bontot kete dpn dia..wah, ini berpotensi meningkatkan lagi kadar kesesakan ekoran wujud pula aktiviti perdebatan dibwh tajuk "apesal ko sengal sgt smpi leh terlanggar bontot kete aku dan langkah2 penyelesaiannye"..aku pula tidak ingin melihat ape kesudahan dan implikasi pasal dah start rase sejuk....skali tgk, alamak, tinggi la divider nih..tidak leh gak aku panjat je..tp drpd kaki aku tersangkut ke ape ke yg boleh membawa aib, tahan gak la aku jalan smpi jumpe lorong kuar utk penunggang motor...dgn baju ujan, sambil jinjit beg plastik berisi pisang..punye la laju air yg mengalir, aku hampir konfius, mane satu parit, mane satu lorong..aku pon da lupe pasal da lama tak masuk ikut "pintu blkg" kwsn perumahan tu...

kira2nye, taun 2008 nih mmg taun banjir la.....ada masa lapang je banjir......banyakla 2008 taun ong....

kakak kerani maybank

tarikh sebenar entry : 3 Oktober 2008

td mase aku bikin kad baru kan...ade la sorg kakak kerani nih...eh...kerani ke....pegawai kot...ah..ape2 je la...eh eh, lawa la plak....tinggi, madaahh gamal...(eh, masok plak iklan maybank) ye, beliau mmg tinggi lampai....muka dia stok muke zaman 70-an..ala2 muke saripah aini, tp lagi cantik....aku asik tgk kakak tuh sementara tgg nama aku kene panggil...skali smpi nama aku, kakak tuh la yg serve aku....heheee.....leh aku tgk dekat2 muke dia.....gile lah....lembut je beliau....suke aku tgk....hei, aku bkn lesbian tau! aku mmg mengagumi keindahan yg diciptakan Allah...memberikan inspirasi....kan..kan... ^_^

haa..puas ati aku....

tarikh sebenar entry : 3 Oktober 2008

5.55 petang, lps ke toilet, aku tuka suar trek, capai mp3 player ngan stokin....hurmmmm...pk pk, ah, sarong sweater ah, baru la byk sket aku peluh....dah siap sume, mp3 player pon dah gantong kt leher...eh, awal lagi....baru kul 6...lek lu...bace paper gitu2...6.15 baru aku on kan mp3 player, kasik warm up sket....dan mulakan misi joging aku di sekitar kwsn perumahan aku (tu pon pasal dah mula rase berpinar ngan semput2)...memula kasik jalan kaki dulu seround......agak2 dah peluh, dah ringan sket kaki, baru la aku lari....itu pon diselangi dgn berjalan...gile..mane larat sehh..lama gile aku tak joging.....tp prestasi tak menurun sgt la...kira aku masih mampu berlari barang beberapa minit..dalam larian dan jalanan aku tuh, barula aku sedar, la...dah ramai rupenya kaum hindraf kt kwsn perumahan aku nih.....ntah la bile diorg masok pindah pon aku tak pasan....ah, takpela, janji tak kacau org, kan...joging tanpa bantuan penglihatan...aku tawakal je jgn la terserempak ngan anjing....tu pon mase aku kuar umah, ade la sekor anjing dpn umah aku nih baru balik dr mana tah...tetibe je lari kat aku, smbil menyalak...sudah, ape kejadahnye...takkan tak kenal lagi muka aku (info: anjing nih dulu slalu tgg aku balik keje pasal nak sergah ngan nak kejar...tp lama2 dia pon da malas...dah cam..nampak aku je buat bodo je...) tp aku agak dia cuma nak menyapa kot..pasal lama tak nmpk aku kan (dr gaya dia berlari ngan menyalak tu kan)..aku agak la...lari2, ciss banyak plak anjing kt kwsn umah aku nih....takpe la...lari je la...tgh2 lari tuh, tibe2 terpk lak, ish, kalo la aku dpt mp3 player utk runner tuh (sony) kan best...bergaya je lari kan..gerek sehh..ikat kt lengan..kan....perghh..tuh kalo aku tangkap satu, maknanye aku ade dua mp3 player utk tujuan yg berlainan...ishh..ni dah kira membazir....tp...kalo beli.....mesti aku lagi smgt nak joging (tuh sume alasan...) hurmm..tp ape pon, aku mmg puas ati ari ni, pasal niat aku nak joging akhirnya tertunai...dan aku harap kali nih aku serius, smpi aku leh jadi runner...bole la aku lari jejauh sket...rentas desa..kan...mase tuh plak kene la kasut yg gerek2 lagi...tp aku ckp la kan, kalo dpt kasut avia tuh...huuuuuuu.......aku sanggup lari 20 km sehari (janji palsu sume tuh..) perghh! mesti solid ah badan aku pastuh! hooww!!!

tu kan Tuhan dah kate.....

tarikh sebenar entry : 2 Oktober 2008

td aku gi bank rimau.....nak masokkan duit kt akaun member aku (adat membeli, kene la membayar..) padehal kalo nak masok akaun org lain, takyah kad kita pon takpe...tp ntah la knape dan ape kejadahnye, aku nak gune gak kad aku.....skali aku tgk, kad tu tiade di tmptnye!! panggg!!!!! aku tertampar...seyyy...mane lak peginye nih......aku punggah punya punggah punya punggah dompet buruk aku tuh.....sah, takde.....tidak...tidak tidak tidak......ko sudah lari ke mana??? aku dah mula panik suam2 kuku (ye, walopun itu ade lah akaun pembayaran aku, aku ttp panik, walo tak hebat)...damn, adekah mase aku bank in duit kt akaun aku tempohari, aku lupe nak amek kad? aduuuuuuhai......dah la aku nih mengingat balik kejadian susah gile...yg baru berlaku 5 minit pon aku jarang dpt ingat, inikan plak yg 2 hari sblm raye....aduuuuhhh...gawat nih....takpe, aku bank in kan dulu duit member aku...kes aku setel kemudian....selesai sumenye, lantas aku pon tepon customer service...bla bla bla citer itu ini, dah sah aku la pemilik kad tuh, maka dibloknye sudah kad aku tuh...jadinye, sok aku kene masok sarang rimau tuh balik, bikin kad baru...melayang lagi duit haku....


imbasan semula kejadian yg membawa kepada kehilangan kad aku tuh....
pada hari kejadian, aku telah cuba bank in kan duit menggunakan cash deposit machine kt dlm jusco...mase tuh diorg baru repair mesin tuh, lalu aku dgn yakin dan tanpa syak apa2, masokkan kad aku dlm tuh...pap! kene telan...aku dah mula rase tak best...sialan...(dalam hati, pasal mase tuh puase)..aku mula mengitik angsa mencari mane dia org2 yg repair mesin tuh td....ha, ade pon...dah komplen begitu begini, dpt la balik kad tu...k la, dah setel laburkan duit kt kedai kasot tuh, aku pon berangkat la ke bank rimau cwgn bukit raja..(dkt je ngan jusco tuh)...dan aku berjaya masokkan duit dgn slmt....tp ape terjadi lps tu? aku igt aku ade amek resit tuh, tp aku tak ingat aku ade amek kad tuh tak..tp mase tuh aku yakin gile aku dah amek sumenye skali..sbb slalu pon camtu...nih first time yg pertama aku lupe amek kad...tuh la, kalo dah Tuhan kate hari tu aku hilang kad, camne pon akan hilang gak...cumenye baru la ari ni, pade hari raye kedua, baru aku sedar kad tuh dah takde...jd, doa aku pade Tuhan yg Maha Kuase, jgnla Kau hilangkan skali duit yg ade dlm akaun tuh...Kau tau tujuan duit tuh dibank in kan dlm akaun tuh.....kasihanilah hamba-Mu yg bekerja keras memerah otak demi mencari rezeki menyara diri sendiri dan keluarga....Amin, ya rabbalalamin.......

igau

tarikh sebenar entry : 29 September 2008

berlaku bile kita terlalu serius dgn mimpi yg sedang dialami...tak mengape kalo kita tak sedar yg kita mengigau, tp sgtlah memalukan bile kita sedar dan lagi best bile ade org nampak dgn jelas igauan tersebut, dan kita sedar akan hal itu!! perghh....pertama kali aku kantoi mengigau ngan mak aku ngan makcik aku, mase kt kampung baru nih....siol sungguh...kitorg baru smpi dr kl dlm kul 4.15 pg..sbb nak ziarah nenek sedare aku yg meninggal pasal sakit jantung...so, pas sahur tuh, pas dah bace yasin kt jenazah, aku pon tdo la....pastu mak aku dtg kejutkan...aku cam mamai2...masih bermimpi walopun aku menjawab soklan mak aku...ntah camne dlm mimpi tuh aku ketawa pasal ade org wat klaka...skali aku termengigau, aku ketawa dan mak aku nmpk ngan makcik aku...aku dpt dgr ngan jelas mak aku ngan makcik aku gelakkan aku...huiiii...malu la gak, tp aku pura2 tak sedar....dan teruskan tdo smpi la aku terbangun kul 9 pagi.........


dan kemudian, minggu lepas..aku mimpi stok mesti mengarut punye....malaysia turun salji...perghh....mase tuh aku mimpi tengah berborak ngan sape tah aku tatau, kt mane pon aku tatau tp aku tau tuh kt malaysia...skali tgh borak2, cam ade abuk2 putih berterbangan..skali tgk, wow! salji....kami berdua dilitupi salji..dan sejuknye mmg gile...menikam ke tulang itam, dan menggetarkan peparu aku...dan tak semena2 aku menggigil bagai nak rak di alam realiti (mengigau la tuh)..padehal cuace malam tuh tak sejuk pon...stok kalo tak pasang kipas, mmg lencun la tido (dan boleh membawa kepade amokan)....lalu aku tersedar (tak sepenuhnya), dan aku masih lagi terase dinginnye salji itu...dan aku juga masih menggigil, smbil mengerekotkan badan (gile menjiwai watak dlm mimpi dowhhh..) terus bangun tutup kipas..(???) dan kembali ke katil....tp aku sempat mempersoalkan tindakan aku tu....kurang bape minit, aku on balik kipas tuh..perghh...panasss......

dua citer di atas adelah kes mengigau yg berlaku ketika pade bulan puase nih, dan igauan yg masih berlaku walopun aku dah tersedar dr tdo..sbnrnye byk jugak kes mengigau yg aku alami...tak kira tempat, siap dlm bas pon aku mengigau....itu mmg malapetaka besar.....dah la dok seat dpn skali....malu nyahhh.......tp itu la fitrah alam..(kot..)..hehhe...korg pon mesti ade kes mengigau gak kan..hehehehheee.....

ooooouuuuu..seksi....

tarikh sebenar entry : 29 September 2008

aku tidak spt pempuan biase...tp aku tidak pengkid..cuma aku sgt la sukenye bertshirt dan jeans dan sneakers ke mane je aku pegi, ye, juga ke tmpt keje (biase la..keje cam aku, mane leh nak pakai kemas2..stuck ohhh!!) aku mempunyai 4 snickers..eh, tu coklat..sneakers, dan cume sepasang sandal ipanema?? (tu pon mak aku belikan..sbb beliau tensen aku asik pakai sneakers je..) tp td, aku gi cari kasut raye..(bertaun gak aku tak beli)..tu pon pasal aku terberkenan kt kasut yg adik angkat aku beli...(wedges?? noooo...) yessss....raun punye raun punye raun, akhirnye aku berbalik ke kedai pertama aku pegi...dan aku angkat satu wedges (bape inci tah tumit dia..4 ade kot..) perghh..seksi plak aku rase...hahahahah!! takpe la...lgpon sepasang je......tu pon tah la bape kali setaun aku pakai tuh...ntah2 time raye nih je la kot.....haiyakkk...tp, aku nak pakai ngan ape lak kasut tuh? baju kurung je pon yg aku ade....yg lain sume tshirt, jeans...hurmmm..baju kurung, wedges kaler purple....statement tuh!! statement!!! tp, kalo beraya, aku yg akan memandu, dah sah la aku pakai siper...cume pakai wedges tu bile nak berjalan ke rumah sedare mare dr kete, dan balik semula ke kete dr rumah diorg..hoo...lain la kalo bwk kete auto kan...nih manual..mau eksiden aku kalo pakai wedges 4 inci tu utk memandu...huhuhuuu...ah, janji seksi! ^_^

first time yg kedua

tarikh sebenar entry : 27 September 2008

hei hei...pg td aku bgn agak awal (10 a.m) pasal aku mimpi mak aku buat kuih tat sensorg, padehal aku da janji nak tolong..kan....skali tu aku bgn rupe2nye mmg beliau tgh buat pon, dah siap pon sbnrnye...hehehee.....lalu aku pon..takpela, dah siap kan, ape leh aku buat..lalu aku sediakan bahan utk projek biskut aku yg kedua plak...masuk butter, tepung, bla...bla.....skali lembik gile...dah cam leh wat kek plak....lalu aku bengang, aku tunjuk kt mak aku, "mak, nih nak kene tarok tepung lagi ke?" yg mane dibalas oleh mak aku, "ha, tarok lagi..lembik nau tuh...mane leh nak bulat2 kan dia..." aku pon tarok lagi..ish lembik jugak...tp aku pk, jap karang nak masok dlm peti sejukkan, dlm tiga pat jam cenggitu...aku igt ok kot...ah, blasah, masok je la...dah tu, gi aa mandi..pasal mak aku nak gi jusco lak ngan makcik aku..yg mane aku la drivernye dan juga bendahara yg bakal mengeluarkan wang ringgit utk didermakan ke akaun jusco tuh...beli..beli...last2 mak aku byr...(alhamdulillah..) oh, beliau serta makcik aku nak jenjalan plak cari kasut la ape la kan...lalu aku simpan segale brg yg mak aku beli td, (termasuk bahan kuih yg aku tumpang sekaki) dlm kete..dan bergegas mencari mak aku dan adiknye...tu dia, dah siap2 dok dlm kedai kasut..(mak aku mmg pantang tgk kasut, gatal2 je kaki dia nak cuba)..nengok..try...test...tak kenan..k la, gi masuk jusco tmpt kain baju, kasut henbeg sume tuh.....uih...jalan2 jumpe lak kemeja nih sgt smart ye, lalu aku terpikir nak kasik kt abah, kerana baju beliau aku pon da boring tgk.....adela dkt seratus lebey aku banje utk beliau..lgpon aku tak penah beli ape2 utk beliau, eh, ade, aku beli siper ngan towel (yg akhirnye dipakai oleh org lain..grrrrr.....) dah setel sume, dompet pon da kosong, balikla kami ke rumah....aku nye la excited tunjuk kt abah baju raya beliau yg telah aku belikan...terkejut la beliau melihat kemeja kotak2 merah yg aku beli....dia tembak skali "lain kali nak beli tanye la dulu..." aku tertampar, lalu membalas, "abah, baju nih ok, cantik..." dia tanye plak, "ni beli kt mane? jusco sini? (jusco kt umah aku nih je, bukit raja)"..haaaa...tu nak gi tukar la tu....aku dah mula rase pengecutan dihati (kecik ati la kan)....aku beli mahal2 (walaupun da diskaun 50% kan)..ye la..aku da nampak beliau dalam baju tuh..perghh..kacak doh...(beliau mmg masih kacak walopun dah berumur 67 taun..cume kdg pemakaian dia tuh cam org lsg tak berduit..jauh beza ngan mak aku..) aku bidas, "la, baju nih ok, takde salahnye pakai baju kaler nih, bkn abah nak gi kelab malam pon!" aku kalo dah nak merajuk ngan bapak aku, mmg mulut aku hilang kawalan..beliau lak cam berkeras nak tukar...aku sound, "baju nih je yg paling cantik zehan tgk kt jusco td, takde kaler lain, kaler lain sume tak cantek!" lg sket kalo beliau gado jugak, mmg rasenye aku nanges kt situ jgk (hihi..aku nih manje sket..sket je...ngan mak bapak aku je..) last2 bpk aku kalah, "yelah, terima kasihlah!" skali bunyi beliau ckp tuh cam gaya arwah nenek aku lak..eh, ye la..dah mak beliau kan..sikit sebanyak mestila ade bunyi2 yg same kan....ok, kes dah menang.....


berbalik pade kuih raye aku td, dah kuarkan dr peti sejuk, aku gi aa lapor diri dulu..sblm tuh dah buang mase pujuk abah supaya terima pemberian ikhlas aku tuh..tup2 tgk, cisss...dah lembik plak doh tu....hishhh...camne mau bikin aaaa.....lalu aku rujuk pade pakar..."mak, nih nak kene tarok tepung balik ke?" "ko tarok lagi, buat cam biskut yg mak bikin td.." tp aku sgt risau, ye la, taun ni la pertama kali aku bikin kuih kan..."jgn takot jahanam, dr jahanam tuh la dpt pengajaran!" tuh mak aku dah rimas la tu aku asik tanye je.....k la, aku pon van damme je la masokkan tepung, kebetulan tepung gandum tuh pon da tggl sipi2 je kan..tuang sumenye, tepung jagung pon aku main tuang je..agak2, tak sukat pon...eh, berjaya la!!! aku soh mak aku test..."ha, dah ok la ni..." hik hik..aku pon terus smgt bikin kuih....kasi bulat2...pastu tekan tgh dia ngan ibu jari....bakar...ceiittt!!! yg aku tekan tuh ikut naik lak! camne aku nak isi jem ditengah2??? haiyakkk.....ah, blasahla...lgpon eksperimen je...kalo leh idang, idang, kalo takleh, bedal la....hei heiii!!! dah isi2 jem sume....time buke td, biskut tu yg aku telan dulu...waaaaa...sedapla.........k la, boleh la aku buat batch yg kedua...heh??? seyyy..butter abis la....td gi jusco tak beli......haissshhhhh!!!!!!

kuih raya aku yg pertama

tarikh sebenar entry : 25 September 2008

mlm td, pas buka, pas setel "melapor diri", maka aku pon terlelap jap...tgh syok2 tuh, tibe2 ade sore kejutkan aku.."mama zehan, bgnla...kate nak buat kuih..." haiyakk, anak sedare ku....lupe lak janji ku pade beliau nak buat kuih raya...aku pon bgn dgn mamai2 dan pitam2 pegi dapur...foww!! bertimbun encik pinggan mangkuk di singki...k la, setelkan pinggan dulu....kang kalo trus buat kuih kang, bertambah plak populasi singki tu...eh, camne eja singki...sinki ke singki?..ah, blasah..janji same bunyik....dah setel2 tuh...maka tubuhku pon mulai berpeluh dan berminyak2 (sungguh menambahkan kemarahan kerana tak selesa)...skali dah setel2 basuh pinggan tu, kakak aku (mak budak2 tu) balik plak...lagila mereka menggelupur takut tak sempat, pasal masing2 dah teruja nak tolong aku. aku tak peduli, aku gi mandi kasi bersih, lapor diri utk waktu akhir...pastu baru la bikin kuih....ala kuih bodoh2 je....koko krunch salut coklat....pas cair2 coklat tuh, aku pon gaulkan la koko krunch tuh...ceh, cam tak cukup je coklat tuh..last2 adik aku yg lelaki tuh usha, "ko nih kacau pon segan2...cenggini kacau dia.." mentanglah dia dulu amek kulinari art kt ittar...kan.....lalu servis bertukar tangan...dia pon mengacau penoh kasih sayang..smpi la sume koko krunch tuh bersalut coklat..heh, skang tibe mase nak menyusun atas dulang (aku ikut dgn penuh patuh segala arahan dlm majalah tuh..) skali, apsal lak tak bersatu koko2 krunch nih?? berpeluh2 aku cube bgi diorg lekat...ala..nih mesti pasal coklat tak cukup nih..pasal setiap satu koko krunch tuh agak nipis je salutan dia...lalu adik aku sound seround, "ko kene proportion kan dia dlm cup tuh....baru la jd, cenggini ko buat, smpi sudah la..." cisssss......mane lak aku nak cari cup tu memalam cenggini....haiyaakkk...dlm hati menyesal pasal ari tu aku dh tengok kt tesco, tp tgn ni tak tercapai lak..ekoran tiade arahan dr otak utk mencapainye dn meletakkan dlm troli....kemudian bpk aku cube recall, "ari tu abah ade nampak dlm laci.." dan di"iya"kan oleh anak sedare aku...maka operasi mencari pon bermula..aku dh start nak ngamok, igt nak makan je koko krunch trus...takyah aa buat kuih...tp kalo dh jodoh kan...akhirnye aku jumpe gak cup tuh...trus aku pindahkan yg atas dulang tu ke dlm cup, dan ditaburkan hiasan bulan bintang oleh anak sedare aku...dah setel sume...aku kasik biar supaya dia keras sendri....dkt satu stgh jam gak aaa (pasal aku sempat tgk the nanny back to back 12-1 pagi)....tgk2 tak keras gak..ape kejadahnye kuih ni...degil sgt....last2 aku pon dah penat, aku sumbat je dgn dulang2 tuh masuk peti sejuk..abis citer...time sahur td, dah cantek dah melekat. lalu aku pon mencari bekas nak simpankan...k, dah setel bekas pertama, masuk plak bekas kedua...skali, pangg!!! terbalik dulang tu jatuh atas kusi, dan sbhgn kuih raya tuh bergelimpang atas lantai.....mengucap panjang aku (tp dlm hati menyumpah2) kerana kesengalan sendri..punye la besar meja tuh, tahan gak aku letak dulang tuh kt tmpt sempit2 (punye la malas nak alehkan pinggan mangkuk atas meja tuh..) k la, memandangkan mak aku takde di tmpt kejadian, aku kutippp....sayang beb.....tp abis bertabur dia punye bulan bintang tuh...huuuuuuuu.....tp kuih tu masih ok lagi...jgn irau.....nengok tu rimau bak betis apai.....ha...cenggitula lebih kurang kan....dah setel sume, hapuskan bahan bukti (sapu2 bulan bintang yg bertabur tuh supaya tak terkesan oleh mak aku yg boleh menjurus kpd soal siasat)..masuk blk peti sejuk pasal coklat dia dah mula menunjukkan tanda2 cair...aiiiiii......first time yg pertama aku smgt nak bikin kuih, hampir musnah plak oleh kesengalan aku...(tgn aku pon agak pengkau bile tibe bab bikin kuih ni...susah nak kontrol pressure, tak gemalai la kate org...nmpk sepah je kuih aku td..) tp takpe....itu baru percubaan pertama..ade lagi 3 jenis kuih..eh??? dua lagi kot, pasal lg satu tuh kek, malas plak aku nak bikin....jd, malam ni aku akan berusaha lagi! huuuu..bestnye, taun nih kuih raya byk gile....yg aku beli ade 4 jenis (pasal aku tak mampu menahan nafsu)..mak aku order lagi 3...aku bikin 3, mak aku bikin 2 kot......huhuhuhuuuu!!! buntat la perut aku dgn kuih raye....