Rabu, Jun 17, 2009

manisan india oh manisnya!

tengahari tadi (sebenarnya dah membawa ke petang) aku ke restoran nirwana maju di usj 9 (belakang restoran ubi kayu). restoran itu buka tahun lepas, tapi aku tak pernah jengah. sombonglah katakan. tapi selepas bos aku bagi rasa nasi goreng dia, terus jatuh cinta. dua minggu lepas aku makan mi goreng (beli bungkus pasal situ susah parking). memang seksi! banyak pula tu dia beri. penuh satu polisterin. sesak nafas juga mau habiskan. RM3.50, itu mi goreng biasa. lepas itu mata aku melekat pada gerobok kaca berisi manisan india pelbagai jenis. mysore pak lah, gulab jamun lah dan entah apa-apa lagi entah. menarik juga. siap ada yang dibentukkan menyerupai epal dan pisang. kemas saja buatannya. tekak mula huru hara maukan sedikit "tasting" terhadap manisan tersebut. aku tak berapa berani cuba manisan india, sebab asyik terbayang rasanya yang manis gila-gila, balik rumah boleh potong kaki. lalu aku tinggalkan saja.

dan tadi aku makan di sana. "eat in", kata orang caucasian. walaupun memesan mi goreng biasa, mata aku meliar ke gerobok manisan itu. ah, tak meriah seperti hari itu. banyak yang tiada. tapi yang dipotong 4 segi berwarna kuning itu, mysore pak namanya, ada dan juga sasaran sejak sekian lama, gulab jamun pun ada. baik, makan dulu mi goreng yang dihidang dalam daun pisang. dan sebelum pulang aku membeli mysore pak dan gulab jamun tersebut.

sampai di pejabat, aku merasmikan mysore pak dahulu, sebab ia lebih mudah dimakan.

"anak-anak, inilah mysore pak." - pemakan/pengulas
gambar dari sini

gigitan pertama, rasa ghee (minyak sapi kan dalam bahasa melayu?) menular ke seluruh lidah. nikmat! kuat rasa susu juga! (padahal tadi usha resepi tak nampak pun dia tulis susu). manis tak manis sangat. sesedap rasa saja. ada rasa macam biskut arab atau biskut sugee (suji kalau mak-mak yang eja) tapi biskut suji itu rangup-rangup, ini jenis yang lembut dan cair di mulut, berkrim atau "creamy" kalau nak eksen-eksen. tak taulah anda bagaimana, tapi sebagai penggemar susu juga, aku memang suka rasa-rasa yang iras-iras dengan susu. susu lembu tau, bukan susu lain! tapi dalam manisan ni, memang tak terasas dari susu, cuma ghee semata-mata dan gula dan apa entah lagi. tekstur lembut, sangat rata dan strukturnya padat. tak ada pori-porilah kalau pakar kulit punya bahasa. cuma, boleh tahan juga rasa muak walaupun cuma makan sepotong (dah memang beli sepotong saja pun, mana nak dapat lagi sepotong). tapi kalau makan semasa perut tak berapa penuh, ok mungkin.

kemudian, aku belasah gulab jamun pula (demi ulasan ini).

"ini pula adalah gulab jamun, manis berdenting!" - pemakan/pengulas
gambar dari sini

selepas menguatkan semangat, dan menabahkan hati, aku capai sudu di pantri dan menjamah sedikit kuah gulab jamun itu (sirap cardamom). foww!! pekat, manis! cepat-cepat aku cuci dengan air kosong. ah, mungkin aku tak sekalikan dengan gulab jamun itu sendiri. potong sedikit. keliatannya seperti bebola ikan yang digoreng. tekstur dalaman dan luaran pun lebih kurang. kemudian aku suap ke mulut. gulab jamun ini rasanya berat ke cengkih, walaupun bahan asasnya terdiri dari susu juga. kunyahannya tak adalah liat sangat, cuma ada struktur yang rasanya macam kita mengunyah ligamen ayam goreng, liat-liat keras. ini kalau orang yang rendah gula dalam darah, boleh lah makan 4 biji sekaligus. pesakit diabetes makan, umm...boleh kena lempang dengan doktor. cari penyakit. aku pun hairan juga, sebab dulu makan yang jiran bagi, berat ke susu rasa dia. memang sedap. tapi ini dah ke cengkih sangat pula. mungkin kalau gulab jamun itu sekadar dibasahkan saja dengan kuah sirap "cardomum" (entahlah apa benda itu, malas nak kaji) itu, mungkin masuklah juga ke tekak orang kita ni. tapi kalau dah sampai dibanjirkan begitu, pandai-pandailah menyukat. hoh! manis betul! berapa tan gula agaknya dia guna untuk kuah sirap "cardamom" tu.

jadi, setakat ini sajalah ulasan manisan india yang aku makan hari ini. harga boleh tahan mahal juga, sepotong/sebiji RM1. ada juga yang berharga RM1.50. tak tahulah kalau kedai lain. ah, ya, ada lagi satu manisan itu. dia bulat-bulat juga, tapi macam berasaskan kacang dal, keras-keras tapi bila kunyah lembut dan cair di mulut juga. rasanya manis-manis pedas, berat ke rasa cengkih juga, lebih kurang rasa gulab jamun. itupun sedap juga. tak adalah sampai boleh potong kaki macam gulab jamun tu. entah apa namanya aku tak tau pula.

8 ulasan:

  1. Waaaaah ... manisnya sampai keluar terasa. Aku rasa melekat sampai kat komputer aku ni.Bagusla kau makan manisan-manisan ini supaya wajah engkau bertambah manis dan berseri.

    BalasPadam
  2. gua kalo makan tempe, xsampai sejam lepas tu gua boleh ngomong2 kosong dah....

    lu mkn jenis ni bole cakap2 ngn raju ke apa?

    BalasPadam
  3. abu muaz: hahaha!! sekali sekala merasa masakan org lain..

    jaisyul: bole..bole....ckp2 dalam bahasa yang masing2 faham....

    BalasPadam
  4. namanya laddu..warna kuning-oren dengan tompok merah ngan hijau kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah. kalau yang tu sekejap je setel. addicting tol manisan india ni.

      Padam
  5. Ahhh manisnye smpai ke tekak gua...hihihi

    BalasPadam