Isnin, Januari 31, 2011

seluar polka dot cantik.

dibeli di reject shop. kebetulan seluar tidur macam dah tak ada. lepas tu corak polka dot. aku pula memang suka corak polka dot. yang buat best, kakak aku bayarkan. :D

sungguh cantik lagi selesa!

mug baru. lagi.

pergi seksyen 18 shah alam, sebab kakak ajak. dia bawa anak dia ke klinik. sebab klinik adalah antara tempat paling bosan dalam dunia, aku jalan-jalan. masuk butik avon, tapi tiba-tiba macam segan pula. keluar dan teruskan berjalan sampailah mata aku ternampak mug bersusun atas rak. aku tak tunggu lama. terus masuk dan tiba-tiba aku dah berdiri di kaunter dan bayar. taklah. aku pilih-pilih juga. habis satu kedai tu aku pusing dan beli sedikit buah tangan untuk anak-anak. dan akhirnya dua mug yang bertuah berjaya dibawa pulang.

mug starbucks tu yang diambil dari bentuk gelas kertas starbucks itu masa hampir selesai baru ternampak. sebab ia sangat cool aku pun beli. yang warna merah itu pula sebab sangat comel, walaupun kakak aku kata sama macam yang ada di rumah, tapi sebenarnya ia sangat, sangat berbeza.

ini yang sebelah lain mug starbucks itu. cool, kan?

lepas itu baru aku tersedar, koleksi mug aku dah makin bertambah. tiba-tiba aku macam pening kepala.

makan di ikea

orang pergi ikea beli perabot, kita datang semata-mata nak makan.

cadangan asal sebenarnya nak tengok wayang, tapi entah macammana jadi "brisk-walking" pula. lagipun dah lama aku tak berjalan-jalan. asyik rumah-pejabat-rumah. kalau berjalan pun, dengan ahli keluarga. makanya hari sabtu lalu itu aku bertungkus-lumus berjalan, dari ikea ke the curve ke street market ke the curve dan ikano. tapi sebelum itu, kami alaskan perut di ikea dulu, aku pula baru-baru saja bersarapan sebelum bertolak. dan alhamdulillah, dibelanja.

almondy daim yang sungguh seksi!

barisan sandwich yang juga seksi. kalau lapar sangat memang tangan ni laju saja mencapai.
satu hari nanti nak makan ini pula.

muffin yang kelihatan sangat sedap. tapi sebab tak lapar sangat.

kami berkongsi 15 bebola daging. aku tak lalu sebenarnya makan dengan jem krenberi itu, tapi okay, aku selalu menilai tanpa mencuba. sedap rupanya.

dan almondy daim tadi. ternyata seksi.

kemudian kami ke Daiso, kedai yang aku sangkakan kedai hardware. rupanya ia kedai cool yang menjual pelbagai barangan Jepun. aku beli pouch bunga-bunga dan sekotak pensel yang sangat sempoi. Nanti nak pergi lagi dan beli sesuatu dari street market di the curve dan daiso lagi. parah.

Ahad, Januari 23, 2011

when you think it's over.

it's not, actually. never, to be exact.

okay, aku cakap pasal panic attack, atau mungkin juga sejenis penyakit was-was, atau OCD. entahlah, aku pun tak pasti. dah banyak kali juga aku mengomplen pasal ni dalam entri-entri yang lepas. tapi yang pasti, penyakit gementar setiap kali hantar artwork untuk dicetak, tetap ada, walaupun tak seteruk dulu, dan walaupun kadang-kadang ia tak menyerang.

bongok betul. bila entah nak hilang. ni apa pula benda ketul-ketul kat dalam kerongkong ni.

Isnin, Januari 10, 2011

black

terus terang aku tak pernah ikut perkembangan dia masa dalam mentor dulu. malah aku menganggap dia sebagai "pathetic youngster who tries to make himself big by becoming a singer". lagi pula masa dia menangis-nangis mengenangkan betapa orang mengutuk-ngutuk dia dan dia ingin membuka mata orang-orang yang mengutuknya dengan berjaya sebagai penyanyi. masa tu dalam hati aku cuma "gila pathetic!"

kemudian dia muncul juara. kemudian lagu-lagu alunannya mula berkumandang di radio-radio. cis, sedap pula suara dia. akhirnya aku mengaku yang suaranya memang istimewa, dengan keupayaannya menyanyikan lagu-lagu bernada tinggi dengan muka selamba tak perlu bersusah-payah kerut-kerut muka.

aku mula jatuh cinta. dan persembahannya dalam AJL25 malam tadi, membuat aku akur dengan kehebatannya. cara dia membawa lagu sofea jane memang cukup meremangkan bulu roma. emosinya terasa di dalam suaranya. tak boleh jadi, aku kena mengaku aku minat dia. dan aku bukan senang-senang nak minat penyanyi lelaki tempatan. anuar zain dan faizal tahir yang menjadi pujaan wanita bertahun-tahun tu pun aku langsung tak berkenan. tapi kenapa dia tak menang? vokal terbaik ke apa ke. ceh!



harus lagu ni aku buat "lullaby".

Isnin, Januari 03, 2011

gara-gara jenayah

kelmarin (ahad), semasa dalam perjalanan pulang dari rumah makcik di kuala lumpur, ketika melalui lebuh raya petaling jaya jika tidak silap, kelihatan seorang lelaki tua dalam lingkungan 60-an, tetapi masih agak tegap, berbangsa India mungkin, sedang "hitch-hiking". jam menunjukkan 11.49 malam. tapi tiada siapa berhenti. bas sudah tentu tiada. aku pula sedang agak laju di lorong tengah. tiba-tiba rasa simpati menyelit di hati.

tetapi.

perbuatan menumpangkan lelaki itu mungkin berisiko tinggi. dengan kadar jenayah rompakan yang semakin aktif dengan pelbagai taktik yang kreatif dan licik, lelaki tadi mungkin satu ancaman buat orang yang membantu. mana tahu ada geng-geng lain sedang menanti habuan sebaik sahaja terdapat kereta yang berhenti. atau mungkin juga lelaki itu perompak persendirian, yang akan bertindak selepas kereta bergerak laju meninggalkan perhentian tersebut. walaupun dia mengepit suratkhabar, siapa tahu kalau-kalau di dalam kocek seluarnya tersimpan pisau, atau mungkin juga pistol? nah, tak pasal-pasal nanti kita ditimpa kecelakaan. terus membenci pepatah "buat baik, dibalas baik".

tetapi.

bagaimana kalau lelaki itu benar-benar memerlukan bantuan? benar-benar mengharapkan ada kereta yang sudi menumpangkannya untuk pulang ke rumah, ke pangkuan keluarga, dan seterusnya enak tidur di atas katil empuk tanpa resah dan runsing? bagaimana pula kalau dia terpaksa bermalam di perhentian bas itu, terdedah dengan segala macam bahaya?

gara-gara jenayah, yang ingin membantu terpaksa mementingkan diri. yang memerlukan bantuan terpaksa terkial-kial menyerah nasib kepada takdir. kalau yang ingin membantu itu mempunyai bekal pertahanan diri yang cukup tidak mengapa. kalau langsung tidak? sebagai perempuan, yang memandu cuma bertemankan ibu yang sudah tua, aku tidak berani menanggung risiko. walaupun pada mulanya aku yang bersimpati lebih ingin menumpangkan lelaki itu kalau aku terperasan kelibatnya lebih awal.

"biarlah polis saja yang membantunya," kata mak.

Sabtu, Januari 01, 2011

sebab iCity cuma di belakang rumah

jadi aku tak perlu sibuk-sibuk ke sana dan terpaksa menyelit dicelahan orang ramai yang bersesak-sesak nak menyambut tahun baru. cuma perlu berdiri di tepi lebuh raya dan rakam apa-apa yang patut.



nasib baik aku rekod video. kalau tak mesti aku kena upload gambar banyak-banyak.

notakakiayam: kesalan tak terhingga kerana ada bahagian bunga api yang sangat cantik, ingatkan aku rakam, rupanya tak. dah la lama pula tu. cis!