Ahad, Disember 26, 2010

makan malam

hari ini mak tak ada. ke kuantan, rombongan pengantin. jadi, memandangkan di rumah cuma tinggal aku dan abah, dan adik, maka amatlah tidak bermakna kalau memasak nasi beserta lauk pauk dua tiga jenis.

jadi, lepas bangun tidur hampir tengahari tadi, aku mengikut kakak sekeluarga ke jusco. dalam kepala dah "setting" makan malam nak makan fish & chips. senang, tak renyah macam makan nasi.

agak bersungguh-sungguh juga aku sediakan makan malam ni.

sebenarnya aku terlupa pasal kentang goreng, tapi nasib baik kakak aku beli prosperity burger untuk abah, tapi sebab abah dah makan tengahari, makanya burger tu tak berusik. terus aku curi "curly fries" tu buat side dish fish fillet tu.

jadi, inilah dia. jumlah keseluruhan makan malam untuk malam ni, filet ikan tu beli jenama ramly pasal murah sikit, harga RM10.99 untuk 4 keping, salad beli yang genting garden punya, RM6.99 sepeket, mayonis beli yang paket jimat, RM1.00. bolehlah. tapi kalau hari-hari makan, boleh terus makan biskut kering untuk 3 minggu seterusnya. umm..biskut gula la sedap sikit. yang pentingnya, abah suka. abah memang suka makanan ringkas macam ni, tekak orang putih la senang cakap. nak sediakan pun tak leceh.

tapi, tak kiralah masak orang putih ke, masak orang melayu ke, cuma yang aku perasan, tak ada yang lebih gembira selain sediakan makanan untuk abah, dan dia sangat menyukainya.

sepatutnya aku jadi tukang masak kot.

Jumaat, Disember 24, 2010

Selasa, Disember 14, 2010

pernafasan yang melegakan

ahhh...kerja semua dah selesai (untuk bulan ni). meja pun dah berjaya kemas. kepala otak aku rasa semacam lapangnya.

semalam balik awal. sepanjang perjalanan pulang memandu bersendirian ditemani abang michael, abang kurt, kak mariska, adik paloma dan beberapa lagi, aku hampir menitiskan air mata kerana terlalu gembira dapat pulang awal.

terus malamnya aku terbeli seluar jeans dan blaus baru.

Ahad, Disember 12, 2010

..........

kalau tak ada apa-apa nak cerita, baik jangan pos langsung kan?

Selasa, November 30, 2010

eitt...

rasa macam nak pos sesuatu...tapi nantilah.

haishh..asyik tidur lewat saja sejak akhir-akhir ni. dah 12.30 malam, mandi pun belum lagi.

Jumaat, November 26, 2010

pilihan terbaik

ada lagi 40 minit sebelum pukul 6. bos dah balik. so, masa yang tinggal tu, nak buat kerja, atau nak main?

ummm...




mainlah.

Rabu, November 24, 2010

Isnin, November 22, 2010

sensitif

adalah sangat bosan memiliki perut yang sensitif yang perlu dimulai dengan makanan lembut-lembut dipagi hari. (ini saya tidak ada masalah, saya memang suka pun.)

sesungguhnya niat tidak membantu apabila anda memiliki perut seperti ini.

anda ingin menikmati makanan berat dipagi hari sebab terpengaruh dengan ketulan-ketulan nugget yang sepatutnya dihidang untuk anak-anak buah anda, di samping sebekas bihun goreng yang nampaknya agak seksi. dan anda bangun tidur dengan perasaan lapar walaupun sebelum tidur itu telah menjamah dua ketul ayam goreng KFC perisa terbaru.

anda pun bersimpuh makan di samping ibu bapa dan anak-anak buah tersayang. bukanlah sepinggan besar pun, cuma guna mangkuk bunga percuma yang diperoleh dari KFC dua tahun yang lepas agaknya. dengan niat supaya sepanjang masa di pejabat sementara sampai waktu rehat, anda dapat bertahan dan boleh bekerja dengan gembira kerana tiada gangguan "muzik" tambahan selain itunes anda.

rupanya usaha anda gagal. perut anda menjadi kembung berangin seperti ribut taufan sedang melanda kerana perut anda gagal menyesuaikan diri dengan makanan seberat itu pada permulaan hari. ekoran serangan itu, anda jadi tidak selesa membuat kerja, dan akibat dari serangan itu, anda dilanda lapar yang teruk, yang turut menyebabkan serangan angin bertambah, tetapi anda tidak berapa berjaya membuangnya (kerana ramainya orang di dalam pejabat).

menyangkakan dengan makan tengahari berlaukkan ayam goreng berempah, sedikit paru dan sayur sawi dapat meredakan, saya dengan yakin makan perlahan-lahan supaya makanan dan angin tidak berentap. usaha ini turut gagal.

kenyang, tetap kenyang. tetapi perut masih berangin. esok pagi baru baiklah nampaknya ni. bukan tak biasa. malam ni pula "birthday party" salah seorang dari 12 anak buah. hei, perut, cepatlah sembuh!

Jumaat, November 19, 2010

just to remind you that...

penyakit panic disorder aku masih ada, dan kembali teruk.



ARRRGGHHHHH!!!!!

Khamis, November 11, 2010

buktikan yang kamu tidak radikal.

okaylah, sementelah tak boleh tidur ni, angkara cik semah yang tak mau balik-balik lagi, aku pos la sikit entri untuk tatapan yang boleh membawa kepada perbincangan.

tadi makan tengahari bersama seorang kawan yang kerap kali berdepan insiden perkauman kerana memakai tudung. lalu tadi dia bercerita yang terbaru ada satu syarikat tidak mahu mengambil dia bekerja kerana pada pendapat empunya syarikat, dia akan menjejaskan reputasi syarikat dan dia dianggap radikal kerana memakai tudung.

lalu, dia menyuarakan pendapatnya pada aku. iaitu kita boleh buktikan pada tokeh-tokeh kompeni besar itu yang kita tidak radikal dengan membuka tudung pada permulaannya, kemudian baru mula pakai sedikit demi sedikit, kerana ketika itu mereka telah mula melihat betapa kita tidak radikal sebenarnya.

i say it's a foolish idea. kalau kita sampai membuka tudung demi membuktikan betapa kita tidak radikal, itu adalah bodoh. itu menunjukkan mereka itu telah menang, dan membiarkan kita diketawakan kerana kebodohan mengikut kata mereka sehingga mengingkari Pencipta kita, iaitu yang berhak kita taat dan patuh. sepatutnya, dengan kepala yang bertudung itulah, kita buktikan yang itu bukan petanda radikal, tapi kita biaskan sangkaan radikal itu kepada mereka, yang mereka itulah sebenarnya radikal kerana berfikiran sempit.

ini soal pendirian, soal fahaman, soal kepatuhan dan ketaatan. soal akal itu berfungsi atau tidak. bukan menuruti mereka demi mendapatkan peluang pekerjaan yang belum tentu membahagiakan.

beginilah, sifat syaitan itu menghasut kita supaya mengingkari perintah Yang Maha Kuasa. disalurkan pula melalui tokeh-tokeh besar yang menganggap wanita bertudung itu radikal dan menyuruhnya menanggalkan tudung jika mahukan diberi pekerjaan. dan kita sebagai hamba Allah, yang faham benar selok-belok permainan syaitan, seharusnya dapat mengelak tipu daya syaitan itu, yang kemudian memberi idea bodoh yang telah disebutkan di atas tadi.

aku percaya, keradikalan seseorang manusia itu bukan pada pakaiannya, tetapi pada pemikiran dan fahamannya. dan sanggup mengingkari perintah-Nya demi membuktikan diri pada si kafir yang memang tidak setuju dengan Islam, itu adalah kebodohan yang nyata dan membuktikan kepada mereka betapa orang Islam ini memang mudah kena kencing.

Sabtu, November 06, 2010

stalker or what?

yesterday i received an email from a reader, or maybe the reader's mother asking about some things from the previous, previous issues of the magazine that i'm in charge now, but not then. i answered her, nicely and professionally.

and today, to my surprise, she requested for a friendship on my facebook. it amazed me because, i don't know how the hell that she found mine, or how did she know that it's me? seriously, it's kinda freaky when someone (customer/client) ask you something about anything regarding the product, and then had the effort to search for you all over the internet and ask for a friendship online.

freaky. i don't know whether to approve or ignore. i don't really know what to do.

Isnin, November 01, 2010

T_T

dengan kadar kebodohan dan permintaan melalut yang buat aku stres, harap-harap punca kematian aku bukanlah kerana serangan jantung atau strok.

AMIN.

Sabtu, Oktober 30, 2010

rimmel oh rimmel!

berminggu-minggu juga aku usha benda ni. ye la, aku dah ada 4 lipstik merah. tapi masalahnya warna dia sangatlah mengujakan. hari ahad lepas aku membelek lagi. segan juga dengan tuan punya kedai. dan akhirnya, aku nekad, hari selasa lepas, lipstik bertukar tangan.

DSCN0932edited

abaikan kulit muka yang huru hara itu. lipstik ni bukan finish lipstik. jadi maknanya ia boleh disapu terus pada bibir. tapi bagaimanapun untuk kesejahteraan bersama, sapulah lip balm secara kecil-kecilan dahulu. kalau yang terer tu boleh terus sapu lipstik merah ni pada bibir. tapi aku lebih suka sapukan dengan berus dulu, supaya tepi-tepi bibir tak comot dan kucar-kacir. lepas dah puas hati dengan kekemasannya, barulah aku sapukan terus lipstik tu ke bibir bagi meratakan warna serta menyerlahkannya sekali.

Jenis: Rimmel Colour Show Off in Red Fever (230)

Harga: RM26.90

Mana nak beli?: Guardian, Watson's dan farmasi atau kedai-kedai yang turut menjual.

Sabtu, Oktober 23, 2010

promo promo!!

hai!! lupa pula nak promo blog lagi satu, http://make-uplollipop.blogspot.com/ hasil kolaborasi aku dan sahabat, cik ungu_violet! baru saja bermula, jadi tak banyak yang kami kongsi lagi. kalau senang, singgah-singgah la ya?

dan jangan lupa juga singgah di blog gedik-gedik saya http://lovesthat.typepad.com/blog/ okay?

daaaaaa!!

Khamis, Oktober 21, 2010

hari ini

genaplah aku berusia 28 tahun.

aku agak nerves juga.

Isnin, Oktober 18, 2010

bye, i unfollowed your blog!

aku baru berhenti mengikut blog seorang mamat ni.

mula-mula memang aku suka entri dia. tapi lama-lama aku baca lebih ke obses diri sendiri pula.

ish, blog aku sendiri macam la best sangat. tapi hak masing-masing nak komen kan?

YEEAAAHHHHHH!!!!

Rabu, Oktober 13, 2010

confirm

tadi masa tengah huru hara siapkan kerja, bos datang ke meja. hendak bincang sesuatu katanya. tapi memandangkan aku sangat sibuk, hal itu tertangguh. tapi sempat juga dia ucap tahniah sebab aku dah "confirmed" kat situ. wah, baru 2 bulan lebih probation dah confirm. aku ada rasa satu perasaan aneh di dada.

terus aku berkobar-kobar nak siapkan kerja.

lipstik merah idaman

jungle red, nars. tapi sangat mahal. kalau beli pun mesti aku sayang nak pakai. arrghh!! tensennyaa!!

Photobucket

Isnin, Oktober 04, 2010

3 tempat, satu punca

masuk kali ini sudah 3 kali saya berpindah syarikat. semua disebabkan masalah yang sama. gaji. saya melompat-lompat kerana saya mahukan sesuatu yang stabil dan yang boleh saya bergantung harap demi menyara diri. tapi yang saya harapkan tidak saya kecapi. lagipula, gaji saya tidaklah mencecah RM10k sebulan, jauh sekali RM3k, RM2.5k pun tidak.

tetapi entah apa masalahnya, saya selalu berhadapan dengan masalah gaji. macamlah saya minta RM5k sebulan sehingga kucar kacir syarikat hendak membayarnya.

sekarang pula, gaji saya tidaklah sedikit, tidaklah pula terlalu mewah. sedang-sedang kata orang. tapi ada pula masalah lain. kali ini melibatkan akaun saya. entah macammana, gaji saya termasuk ke akaun orang lain. mengakibatkan saya mendapat lewat kerana pihak akaun membuat pembetulan. itu cerita bulan lepas.

bulan ini, perkara yang sama berlaku. tetapi pihak akaun memberikan cek. dengan gembira saya memasukkan cek ke akaun saya. saya menunggu dengan sabar kerana cek mengambil masa 3 hari untuk "clear". saya berkira-kira esok bolehlah saya keluarkan sejumlah wang belanja. sementelah sudah tinggal beberapa sen saja di dalam dompet. dengan teruja dan penuh debar saya memeriksa akaun saya secara "online". tiba-tiba jumlah "floating" hilang. saya pelik. saya cek dalam-dalam. "CLRNG CHQ RETURNED" katanya. returned kenapa pula? saya mendapatkan pendapat pakar. kata mereka ada masalah pada cek itu. setelah diperiksa, rupanya ada perkataan tertinggal di cek itu, lantas menyebabkan ia dipulangkan semula.

saya kecewa. sangat-sangat kecewa. kecewa sehingga saya bermain-main membuat kerja. apalah salah saya sehingga saya menghadapi masalah sebegini? dari mula bekerja sehinggalah sekarang, sehingga 3 syarikat, masalahnya tetap sama. segala timbunan kerja yang diserahkan semua saya selesaikan sebaik mungkin. saya tidak merungut kerja terlalu banyak walaupun saya sedar cuma saya seorang yang mengendali semua kerja tersebut. tetapi kenapa perkara bodoh sebegini yang tak sepatutnya terjadi, terjadi pada saya? dalam ramai-ramai pekerja, saya seorang yang dua kali dilanda perkara bodoh ini.

lalu sekarang saya kembali membenci kerjaya saya. kembali membenci pengurus-pengurus yang cuma tahu melambak tugas banyak-banyak pada staf, tetapi perkara semudah gaji amat sukar untuk mereka selesaikan. saya tidak minta banyak. saya tidak minta faedah yang bukan-bukan. saya bukannya cuba menggapai bintang. saya cuma mahu mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga di zaman kos sara hidup yang semakin tinggi ini.

adakah permintaan saya ini terlalu tinggi?

tidak, bukan?

ibu saya mula berpendapat mungkin terdapat "binatang-binatang haram" yang menumpang di badan saya sehingga saya bernasib malang begini. saya tidak pernah mahu berfikir sehingga ke situ. tetapi sekarang saya mula mempertimbangkan perkara ini. okaylah, mungkin ini ujian dari Tuhan yang tidak henti-henti mencabar saya dalam soal kewangan. tidaklah saya sehingga kebulur, tidak berganti baju. tetapi ujian-ujian dengan majikan-majikan yang mungkin mengambil kesempatan atas sikap saya yang tidak bercakap banyak. mungkin Tuhan mahukan saya menjadi seorang yang lebih lantang. baiklah, saya terima.

cuma, saya sudah naik muak dengan perkara ini. tiga syarikat berturut-turut, masalah yang tetap sama. sudahlah.

Jumaat, Oktober 01, 2010

malas

saya malas. ya, itu saya akui. saya malas. mula-mula saja saya rajin.

hari ini saya bermalasan dengan separa bersungguh kerana terdapat kerja yang harus diselesaikan. dan juga kerana adanya bos di pejabat. tetapi saya bermalasan juga bila ada kesempatan.

saya tidak tahu kenapa. sedangkan sebelum ini saya sangat bersemangat untuk bekerja. saya mengeluarkan banyak idea baru untuk dimuatkan dalam produk kami.

tapi sekarang saya dah malas. dan apa yang akan keluar nanti, keluarlah.

Ahad, September 26, 2010

review lipstik. heh!

okay, jadi aku dah order lipstik NYX LSS569 Snow White dari satu kedai online dalam FB. aku sekarang tengah gila lipstik merah, jadi percayalah lipstik ini juga merah gila. so tadi masa tengah basuh pinggan dengan tekun abah datang bagi sampul pos ekspress, dia letak atas meja makan. aku pun naik teruja semacam dan terus dengan rakus membuka sampul itu sebab aku dah tau apa isinya.

lalu tadi mak ajak beraya rumah pakcik abah. jadinya aku berpeluang menerai lipstik ini. mekap kena ala vintage, baru jadi. elok aku sapukan (atau oles) pada bibir, apa yang aku dapat kesan ialah warnanya yang sangat pekat (hampir seperti warna plum) dan serta merta bibir rasa kering. mengikut pengalaman review yang lepas, aku rasa lipstik ini adalah finish lipstick, iaitu lipstik yang dilapis atas lipstik "base" (apa-apa warna lisptik biasa dan finish lipstick ditambah untuk menaikkan lagi seri warna. ikut faham aku la. korang kaji la sendiri). jadi aku pon sapu nivea lip care strawberry yang masih tak habis-habis lagi, dan menyapu lipstik tadi dengan berus supaya sapuan lebih kemas dan sekata.

Photobucket

beginilah hasilnya. kalau sapu terus dengan lipstik, warna dia akan lebih gelap, macam gothic pula. dan warnanya juga hampir sama dengan bibir snow white (kalau sapu dengan berus). mula-mula kecewa juga dengan lipstik ni. tapi selepas menyedari yang ia mungkin finish lipstick, aku kata, proceed!

ekstra: cari NYX Cosmetic dalam FB dan "like" kalau mahu. korang boleh bertanya lebih lanjut pada tokey kedai online ni. korang juga boleh pergi ke http://sharondoodoo.blogspot.com (tapi ni orang lain dan harga lipstiknya ngam-ngam RM10. kalau yang di FB tu harganya RM9.90 saja). selamat mencuba!

Isnin, September 20, 2010

bilakah?

ingin aku bertanya pada Tuhan.

"bilakah serangan panik ini akan selamanya berakhir?"

adakah ia akan berakhir sebaik sahaja aku berhenti bekerja, atau sebaik sahaja tempoh kehidupan aku tamat?

Ahad, September 19, 2010

lesson learned

rumah kosong. tak ada orang. mak, abah dan adik ke kedah. selasa baru balik. adik-beradik lain bersama keluarga masing-masing.

aku bukan tak biasa tinggal seorang diri di rumah. malah aku suka. sebab aku boleh buat apa yang aku mahu tanpa memikirkan orang lain.

semalam, aku tak ada masalah, sebab abang aku sekeluarga ada. hinggalah petang tadi, bila mereka berangkat ke rumah sendiri.

masa terasa berlalu begitu lambat, walaupun sekarang sudah jam 10.30 malam dan dalam sejam dua lagi aku perlu tidur. dan aku merasa sangat sunyi. dan bila sunyi, "depression" aku kembali menyerang. dan aku rindukan "anak-anak" aku.

sekarang aku faham kenapa kawan-kawan semua menggesa supaya aku cepat-cepat dapatkan pasangan hidup. mungkin aku dah patut lupakan kenikmatan hidup sendirian.

aih, esok nak kena hantar magazine untuk dicetak, dan esok mesti kena panic attack lagi. macam biasa.

Sabtu, September 04, 2010

kegemaran semasa ini

demon lover oleh shocking blue. brilliant!

Selasa, Ogos 31, 2010

shopping

heh, mentang-mentang semalam baru dapat duit upah dari seorang kawan, hari ini aku pergi shopping. habis RM50. beli selendang 2 helai, satu anak tudung, kerongsang chunky dan penyangkut tudung. pantang ada duit saja aku ni.

Khamis, Ogos 26, 2010

sibuk

sejak dua menjak ni kerja aku sangat sibuk. aku memegang dua jawatan sekaligus, editor dan designer.

sebagai editor, aku kerap dipanggil bermesyuarat tentang isi majalah. meeting bukan sekejap-sekejap, kena lama. banyak hasil yg didapati hasil dari bermesyuarat tadi. bertimbun-timbun idea baru keluar. bos gembira, aku pun senang hati sebab otak aku akhirnya berfungsi dengan baik dan aku juga sudah hampir pulih dari rasa "useless" yang membelenggu hidup aku.

tapi sebagai designer, bila masanya aku nak buat semua idea-idea yang dikeluarkan ketika aku membawa watak editor tadi? baru nak buat kena panggil meeting lagi, tak pun ada idea baru keluar.

masih tak pandai multitasking lagi nampaknya ni.

Isnin, Ogos 23, 2010

lagu gembira

dah tentulah lagu yang dimainkan oleh jam "punch card" setiap kali tepat pukul 6.

Ahad, Ogos 22, 2010

old age

aku suka lagu ni. suka sangat. tapi lagu ni tak siap. sepatutnya masuk dalam album nevermind tapi sebab kurt tak dapat siapkan lirik, lagipun dah nak "deadline" jadi lagu ni tak dapat masuk. kurt ada bagi lagu ni dekat hole, tapi lirik dah ubah lepas tu courtney nyanyi tak sedap, tak ada jiwa tak macam kurt nyanyi, walaupun lirik main "mumble" saja. aku paling suka lagu ni main masa aku tengah memandu. rasa macam tengah memandu dalam filem, lepas tu lagu ni jadi soundtrack untuk scene tu, lepas tu terus main sampai kat kredit filem. bukan main lagi berangan. tapi lagu kalaulah lirik dia siap, finalised....

Jumaat, Ogos 20, 2010

a fifth of beethoven

lagu symphony no. 5 oleh beethoven adalah lagu beethoven yang paling aku suka. sebab cara muzik tu dimainkan, fuh, bergetar jiwa. tapi hari ini aku terdengar versi disco oleh walter murphy and the big apple band. sama level. tidak syak lagi!

mengantuk

bulan-bulan puasa ni tak elok tidur lewat sampai dekat 1 pagi baru nak tidur. rugi. nanti nak bangun sahur dah pukul 5. dalam 4 ke 5 jam saja tidur. lain la kalau esoknya hari cuti.

Selasa, Ogos 17, 2010

80's!

oleh Killing Joke. aku tau pasal lagu ni pun dari info pasal nirvana yang dengarnya kumpulan ni pernah saman nirvana pasal ambil "riff" lagu ni pakai kat lagu Come As You Are. tapi diorang wakilkan krist novoselic pergi mahkamah, tak tau apa krist cakap kes tu selesai selamba saja.



aku suka betul gaya gitaris, basis dan drummer dia main. basis dia pula macam comel-comel je. lepas tu tak pasal-pasal lagu ni jadi faveret aku.

malam ku bermimpi

bukan malam la, dah pagi juga. singkat tapi boleh tahan berkerut dahi juga memikirkan.

dua kali aku mimpi tempat ni. dia macam apartment, ada lif semua. tapi yang bongoknya, lif itu juga merangkap bilik mandi bagi semua penghuni apartment tersebut. so, ala-ala korang tengah mandi, tiba-tiba ada orang tekan nak buka pintu lif, korang kena la berkongsi lif dengan orang yang turun naik tu.

tapi mimpi tadi aku jadi orang yang nak guna lif. agak ramai juga bersama aku, dalam 4, 5 orang. dalam lif tu ada lelaki tengah mandi. dia bagi kitorang masuk. lepas tu berhimpit-himpit, mana dengan lelaki tu nak mandinya, kitorang yang ramainya. tapi seorang pun tak basah kena air mandi lelaki tu. lepas tu kitorang semua macam pandang je lelaki tu. lelaki tu macam blur kejap sebelum menjawab, "oh, nak saya keluar ke? kejap, kejap," sambil tangan sibuk mengutip barang-barang mandi beliau. aku tak pasti dia bogel ke tak tapi yang paling jelas dia pakai kasut tumit tinggi warna "hot pink" buat selipar jamban. aku macam "wow!" sekejap.

kemudian kami sampai di tingkat bawah, tiba-tiba ada gelongsor yang tinggi, kira-kira dari tingkat satu ke ground floor. dua orang anak buah aku yang dah besar duduk kat situ. diorang tengah "horse around" kat situ, aku sound duduk elok-elok nanti jatuh. yang seorang ni sibuk nak duduk kat tepi-tepi, yang seorang lagi tengah cuba duduk kat bukit tepi gelongsor tu. tiba-tiba dia tergelincir tapi sempat berpaut dekat gelongsor tu. aku macam panik-panik juga sebab masa tu tangan berpeluh, takut licin nak tarik dia. tapi disebabkan perasaan sayang yang sangat kuat, aku berjaya menarik dia dengan sekali tarik saja. kemudian yang seorang lagi pun ditimpa musibah juga dekat atas gelongsor tu, tapi aku tak ingat apa jadi kat dia, tapi aku berjaya selamatkan juga.

seterusnya yang aku ingat ialah aku membebel-bebel siap menengking-nengking kat diorang.

hidup

awal ogos, dan nampaknya sudah ada 7 entri, 8 termasuk yang ini. dan akan datang bakal ada peningkatan jumlah entri. well, looks like i'm getting okay!

Isnin, Ogos 16, 2010

nak bagi hampers aidilfitri?

ha, kalau ada sesiapa kat sini yang teringin nak bagi hampers kat saudara mara, kekasih kekasut, sahabat handai, bos-bos tercinta, bolehlah pergi tinjau-tinjau kat cahaya hampers. macam-macam stail hampers yang ada yang boleh korang pilih untuk dibagi pada orang-orang tersayang. ni antara contoh hampers yang diorang sediakan:


ni pula antara biskut raya. tak pasti pula kalau masih boleh tempah lagi.

so kalau berminat, singgahlah kat blog cahaya hampers okay?

Sabtu, Ogos 14, 2010

dan inilah hasilnya..

bila semakin jauh dengan Allah, dan membuang Al-Quran jauh-jauh, dan memandai-mandai buat hukum sendiri.

"Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain telah beriman." Mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu telah beriman?" Ingatlah, sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu." A'-Baqarah ayat 13.

"Dan jika kamu (tetap) dalam keraguan tentang Al Quran yang Kami wahyukan kepada hamba Kami (Muhammad), buatlah[31 satu surat (saja) yang semisal Al Quran itu dan ajaklah penolong-penolongmu selain Allah, jika kamu orang-orang yang benar. " Al-Baqarah ayat 23.

"Maka jika kamu tidak dapat membuat(nya) - dan pasti kamu tidak akan dapat membuat(nya), peliharalah dirimu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu, yang disediakan bagi orang-orang kafir. " Al-Baqarah ayat 24.

Jumaat, Ogos 13, 2010

bubur kacang

semalam mak buat bubur kacang yang paling sedap sepanjang seumur hidup aku makan bubur kacang mak. bubur kacang mak memang sedap, tapi semalam sedap semacam. sedap sungguh-sungguh!

Rabu, Ogos 11, 2010

is everything alright?

dah lama aku cari lagu ni. bertahun-tahun! akhirnya jumpa! nah, untuk korang! :)

hari pertama berbuka

dan aku sudah mula dibebel oleh mak. setiap kali pun macam tu. aku pun tak dapat ingat apa yang bestnya bulan puasa.

kisahnya, mak masak nasi. atas dapur. nasi sahur mak panaskan guna bekas pengukus plastik yang khas untuk periuk nasi elektrik. lepas tu aku nak cedok nasi untuk hidang. tapi bau plastik tu kuat gila sampai aku rasa nak muntah. aku boleh rasa kadar keracunan pada nasi tu memang tinggi juga. bahaya kalau makan. aku suruh mak bau. memang busuk la. mak kata mungkin yang dalam penapis saja. tapi masalahnya seluruh isi periuk bau plastik. lepas tu mak nak makan nasi tu. aku dan abah tak bagi sebab bahaya, nanti sakit kan susah. mak tak puas hati, sebab dia rasa membazir dan dia rasa takkan matinya kalau makan nasi tu. "takla mati, tapi kan bahaya makan nasi tu. sebab bahan kimia dalam plastik tu dah masuk dalam nasi," kata aku dengan penuh kesedaran bahaya bahan kimia. abah pun warning macam tu juga. mak tak puas hati. "kalau mak, mak makan saja. mati pun mati lah," katanya masih berkeras. lepas tu mak bebel-bebel suruh aku masak nasi sebab nasi tadi bahaya sangat. lepas tu aku ambil periuk lain. periuk tu kurang ajar sikit kena sentiasa perhati kalau tak nasi cepat hangit. lepas tu mak pertikaikan pengetahuan aku tentang ilmu dapur sebab ambil periuk yang bahaya. lepas dah ambil periuk yang selamat sikit, lepas mak dah solat maghrib, mak datang dapur dan lihat api tak cukup besar. pada aku api tu dah besar dah. mak kata macam tu bila nak masak nasi tu. masak nasi pun tak reti macam mana ni. dipertikaikan lagi pengetahuan aku tentang hal ehwal masak nasi padahal aku lah "chef ganti" kalau dia tak larat nak masak.

kemudian mak bersuara lagi tentang nasi "beracun" tadi. "siti khadijah tu makan daun kering je sebab dah bankrap membelanjakan harta membantu nabi muhammad. tak jadi apa pun!" aku terdiam sekejap mengenang kedegilan mak. "tu daun mak, ni bahan kimia. sikit lagi kalau kena kanser kan susah. duit nak merawat tu dah la beribu-ribu. baik rugi beberapa ringgit ni dari terpaksa belanja beribu-ribu nak rawat penyakit yang dicari sendiri," aku akhirnya membetah mak. mak diam. "huh, kalau mak, makan saja nasi tu!"

degil betul mak ni. tapi akhirnya tak makan juga. tak heran mati konon.

bila puasa

bila bulan puasa, orang lain semua nak balik awal. semua nak gegas-gegas shopping lama-lama kat bazaar ramadan. tapi aku tak. sebab aku tak suka bersesak-sesak masa tengah lapar-lapar macam ni. nanti pitam, kan dah malu? lagipun nanti duit jalan laju.

lepas tu semua nak balik awal. nak sampai rumah awal. nanti boleh bancuh sirap canggih-canggih buat lumba minum masa berbuka. tak pun boleh baring-baring sementara tunggu waktu berbuka. tak pun boleh siap-siapkan hidangan berbuka, setting meja cantik-cantik, boleh sempat tambah lauk-lauk ekspress buat pemenuh perut. tapi aku tak.

kenapa?

sebab..............kalau sampai rumah awal, nanti nak kene tunggu sejam setengah macam tu sampai waktu berbuka. aku tak tahan. sebab tu aku suka sampai rumah ngam-ngam je terus azan. gedik tak aku?

notakakiayam: haa..masa ni la tiba-tiba teringat kuih kole kacang.

Selasa, Ogos 10, 2010

dari melayu untuk melayu.

please don't fuck the people who are sincere to you. thanks.

Jumaat, Julai 30, 2010

hello semua.

dah lama aku tak menulis dalam ni kan? kalau aku tulis pun gaya menulis aku dah lain, tak macam dalam entri-entri terdahulu. aku pun dah tak tau macam mana nak tulis macam dulu.

okay. ummm....hurm. aku pun tak tau mana nak mula.

pernah tak korang rasa macam nak "escape", maksud aku macam, ummm...ada sesuatu dalam korang, yang buat korang rasa macam tertekan, sedih, macam dah bosan dengan semua perkara. korang nak buang semua tu, tapi tak tau macammana. macammana nak cakap ye, okay, senang cerita depressed, atau murung.

aku dah mengalami benda ni sejak berbulan lalu. aku tak tau macammana nak buang perasaan ni. aku mudah rasa tertekan, sikit lagi aku benci dengan semua orang, lepas tu benci dengan semua yang ada kat sekeliling aku. lepas tu aku mula hidup dalam dunia aku sendiri, yang aku cipta, bertemankan teman-teman imaginasi yang, oh well, memang takkan ada kat alam realiti. cuba mereka suatu keadaan yang sepatutnya aku berada dalamnya, keadaan yang tak mungkin berlaku, kerana muaknya aku dengan keadaan sekeliling aku sekarang. (ye, tempoh ini telah menyebabkan aku mengabaikan blog ni. entahlah berapa lama aku tinggal.)

kemudian, aku akan mudah merasa sedih, kadang-kadang menangis tanpa sebab. lalu bertambah aku mengasingkan diri dari orang. tapi taklah sampai tak keluar rumah. keluar juga, tapi aku mengelak dari bercakap dengan orang, atau berkenalan dengan orang.

aku tak suka semua ni.

aku dapat kerja di tempat baru. aku ingat aku akan lebih gembira. ya, sehari dua. tiba-tiba hari ni aku jadi depressed balik. macam, "aku taknak buat ni lagi!" aku rasa marah, bosan dan aku tak nak bekerja lagi. aku taknak buat apa-apa. aku cuma nak tidur dan tidur dan tidur. tak ada benda yang mengujakan aku lagi. tidak anak-anak saudara aku yang comel lagi keletah. tidak lagi tv. tidak lagi internet. aku juga semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan, kecuali yang betul-betul rapat.

aku cuba menulis. tapi, naaahhh..tak jalan. aku tak faham kenapa aku masih berahsia dalam jurnal peribadi aku sendiri. bodoh gila. oh ya, hari tu aku jalan-jalan di the curve. aku sangat amazed, yang ia tidak mengujakan aku juga.

so hari ni, aku cuba menulis dalam blog ni. mana tau boleh lega sikit. okaylah, lega la sikit. tapi aku tau perasaan bongok ni akan kembali lagi sepertimana mana kembalinya Tora dengan permainan baru.

dammit, i hate myself, i hate my life.

plan aku ialah nak berhenti kerja, dan berhuha-huha selama sebulan sebelum mencari kerja baru. tapi duit untuk menampung hidup sepanjang tempoh tu tak ada pula.

ah, mungkin aku ni terlampau merungut. atau mungkin aku patut mendapat bantuan perubatan. i tell you, this depression thing really sucks.

Jumaat, Julai 23, 2010

secret recipe

my boss asked me.
"do you hang out at secret recipe often?"

i replied.
"rarely."

my heart said.
"i'm not rich enough to hang out at that place often."

i wish it was my mouth that had said it.

Isnin, Julai 19, 2010

sila jangan jeles



aku minta seorang kenalan yang pergi melawat seattle tolong sign kan nama aku kat mana-mana tempat yang dia boleh sign. dan dia sign kan bangku kat rumah kurt cobain (lake washington blvd) untuk aku. hinsss..hinssss...hinssss...

Isnin, Jun 28, 2010

motivation

desperately in need of it! i'm so tired, tired of everything!

Khamis, Jun 24, 2010

detox

selamba saja padahal dah berniat nak buat kerja, boleh tersinggah sini pula.

baru-baru ini aku beli kzanah detox and shape tea dari cosway, pasal aku rasa badan aku dah macam bertoksin banyak sangat. mana tahan, perut asyik rasa senak, kembung, rasa penuh tak selesa siap water retention semua. lalu isnin malam tu aku ajak abah pergi cosway (sebab beliau ahli). dah beli tu, tokey tu cadang supaya aku ambil fibre plus sekali, baru berkesan cepat katanya. mendengar penerangan dari tokey kedai yang berpengetahuan tinggi itu, aku pun tak ragu-ragu mencuba.

sekarang dah masuk dua hari aku tak berhenti berulang buang air. memang detox betul. rasa ringan sikit badan.

Selasa, Jun 22, 2010

bagaimanapun....

tiba-tiba teringin pula.

morph muka aku dengan kurt cobain. kuat ke muka aku nampaknya.

WAAAAHAHHAHAHAHHAHAHAHHAHAHAAHAHHAA!!!!!!!!!!!!!

Isnin, Jun 21, 2010

17 Julai

tak sabar! mungkin bermula dari situ, aku akan menggapai impian dan merealisasikan cita-cita!

hidup lagi?

hello pengikut semua!!

okay, kali ni aku nak tau kalau-kalau masih ada pembaca lagi yang singgah kat blog aku ni. sebab kalau dah tak ada, aku ingat nak tutup saja blog ni. lagipun dah lama aku tak pos entri baru yang mampu menarik perhatian pembaca untuk singgah di blog ni.

jadi, aku minta tolong pengikut-pengikut yang ada ni, untuk tinggalkan komen dalam pos ni, samada aku teruskan atau hentikan saja blog ni. aku bagi masa seminggu untuk anda komen, kalau lebih dari lima komen, aku teruskan. kalau setakat 3 komen atau tak ada langsung, maka, sedarlah, aku akan hentikan blog ini. okay?

jadi, aku berharap pada anda semua, sebab aku pun sayang blog ni, banyak dah entri aku letak. jadi, tolong eh? :)

Jumaat, Jun 18, 2010

love buzz

versi kumpulan asal, shocking blue.




versi nirvana.



dua-dua sama hebat. XD

shocking blue

aku tahu kumpulan ni pun dari krist novoselic sebab dia minat sangat kumpulan ni. nirvana pernah buat cover lagu love buzz dari kumpulan ni, pasal krist minat sangat. tapi ada satu lagu shocking blue yang aku suka betul dengar, send me a postcard. suara mariska veres ni memang best.
sila dengar ya.



best kan?

Jumaat, Mei 21, 2010

nirvana

dua tiga hari ni tiba-tiba aku kembali melayan nirvana. daripada menonton video-video di youtube hinggalah ke album-album diorang. dan tiba-tiba aku sangat merindui kurt cobain. sayang benar, pemuzik dengan bakat yang hebat itu telah pergi. menonton home video beliau, aku dapat rasakan dia sebenarnya seorang yang baik, dan seorang ayah yang penyayang. kerinduan makin menebal bila menonton video ni. pertama kali aku dengar dia nyanyi lagu ni. dan dia bawa dengan baik sekali, walaupun dia main bantai saja lirik yang dia lupa, tapi lagu ni nyata lebih mendalam bila dia yang nyanyi. aku pun tak tau kenapa.

Rabu, Mei 19, 2010

black out

semalam, lagi 15 minit nak balik, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. aku terdiam. kemudian, menarik nafas, dan berpura-pura tenang dan mula mengemas beg. dang!! teringat air di bilik air belum tutup lagi. berbekalkan cahaya dari telefon bimbit yang tak berapa nak terang, aku bergegas ke belakang dan menutup air dan terus ke menutup suis-suis yang lain dengan debaran di dada.
kemudian menutup suis lampu utama dan mengunci pintu dan ya!! aku berjaya keluar dari pejabat dengan selamat.

nasib baik sempat "copy" semua fail yang aku dah download sebelum tu.

Jumaat, Mei 14, 2010

neglected

semalam ada orang tegur kenapa aku dah lama tak menulis dalam blog ni.

aish....aku dah terlebih membelai "this and that" sampai mengabaikan blog ni. aku pun dah tak tak ada idea nak sumbat dalam blog ni.

cuma sekarang yang boleh aku beritahu ialah aku dalam misi untuk berhijrah ke tempat baru. cuma setakat ini belum ada apa-apa isyarat lagi. request dah lama dah.

Ahad, April 25, 2010

bisnes anak buah aku

lepas tu sebelum makan ramai-ramai, anak buah aku sempat berniaga kerongsang. disebabkan aku memang mudah respon pada benda-benda remeh dan cantik, aku terpaksa beli. alah, tolong-tolong anak buah kan...

menu hari ini

hari ini harijadi mak yang ke 64, jadi hari ni makan special sikit. ada ikan bakar, gulai ikan kering, ulam-ulam dan yang paling penting ialahhh!!!!

TA DAAAA!!!

AYAM GORENG REMPAHH!!!!

dalam pembikinan. :)

Jumaat, April 23, 2010

in my room

antara lagu the beach boys yang paling aku gila. enjoy!

Rabu, April 21, 2010

mengapakah???

ianya sangat, sangat, sangat, sangat cantik!!!! nasib baik mahal...huhu...

cantik ke tak?? cantik sangat kan?? kan?? jumpa dari blog ni, atau terus tengok kat sini. :)

Selasa, April 20, 2010

errr...

tadi pulang dari kerja aku ke seksyen 2 shah alam, cari sampul surat dan setem. kemudian ke kedai maria. aku beli ini:-

dah sampai!!

buku yang aku pesan dari reader's digest! semangat nak menjahit sudah mariii!!!!

yeay!! yeay!! yeay!!

pelik ke?

huh! langsung tak!

aku pakai ni masa pergi kenduri kahwin seorang sahabat ahad lepas. dengan kasut tinggi hitam. oh so cool!

nah!

lagu untuk anda hari ini. :)



We are a lullaby
and everlasting song
Taken as prisoners
To a place where we belong

If the tune stops
I will not wake, oh no
Without us Im no one
My soul swells and aches

So on the day
When the music dies
So will our love
Therell be some pain
But I keep it in my locket

If youll lead the band,
then I will have to follow
Theres no escape for me

(Chorus:)
So play on!
Keep me dancing in the air
No one else they can compare
To the harmony of our sweet rapture
You have a supernatural flair
Push me further than I dare
Play on, play on, play on
Play on for me

So if this melody
Should stop or fade away
The oceans will drain out
and the stars disintegrate

Its like voodoo
Ive lost all my control
I look into you
You make me rock n roll

So on the day
When the music dies
So will our love
Therell be some pain
But I keep it in my locket

If youll lead the band,
then I will have to follow
Theres no escape for me

Repeat chorus x 3.


kredit: zaharaJ

Jumaat, April 16, 2010

lipstik merah saya

sejak kebelakangan ini, aku amat menggemari warna merah (selalu aku on off saja dengan warna ini, walaupun beberapa tahun dulu aku amat gila dengan warna merah, mata akan bersinar-sinar bila melihat apa-apa barang yang berwarna merah). tapi kini cinta itu kembali. setakat ini aku ada dua batang lipstik warna merah, tapi yang aku jumpa awal tahun lalu, betul-betul menepati ton warna yang aku bayangkan.

aku memakai rimmel london's lasting finish lipstick code 170 alarm. lapis dulu dengan nivea lip care strawberry, sebab kalau pakai dia saja nanti macam kesat sangat. nama pun finish lipstik. finish lipstick warna ni pun sangat masyuk dengan maybelline watershine R22.

heh, tiba-tiba jadi pengulas kosmetik pula. *blush*

petang yang indah

balik kerja, dengan badan dan mood rasa macam suam-suam kuku. masuk bilik dan pergi ke dapur tanpa harapan yang tinggi.

tiba-tiba, sesuatu yang indah, yang mak buat, berada di bawah pengayak tepung. harap anda kuatkan hati.

selesai!

Khamis, April 15, 2010

hotel colonial pujaan

hari tu masa nak ke padang kota lama (sebenarnya tersalah jalan) aku terpandang satu bangunan zaman colonial yang pada aku paling cantik kat georgetown. Eastern & Oriental Hotel namanya. memang cantik.

di awal-awal dahulu.

penafian: gambar-gambar semua hasil google. kredit kepada fotografer yang menyumbang gambar-gambar.
sekarang

lalu aku menanam cita-cita, satu hari nanti aku mesti menginap di hotel ni. :)

Isnin, April 12, 2010

baju renang

aku tidur dengan penuh sabar semata-mata nak berenang dalam ni.

sekarang dah tegas, kena pakai baju renang. sebagai seorang yang tak peduli tentang semua itu, aku masuk juga dalam kolam itu dengan memakai t-shirt dan seluar pendek. alah, kita-kita saja.

kakak ipar aku dan seorang dari anak saudara aku juga memakai t-shirt. kemudian pak guard berdiri di tepi kolam. "ha, pakai t-shirt!" aku jawab selamba saja, "takde baju renang la.." dan berenang pergi. tapi nasib baik pak guard tak kerek, walaupun ada lagi seorang pak guard yang mengintai dari celah rimbunan pokok bunga kertas.

yelah pak guard, lain kali saya datang saya pakai bikini. tapi saya yakin pak guard akan kata, "sudahlah, tolonglah pakai semula t-shirt dan seluar pendek. T_T" heh!

tewas

aiskrim potong

masa dekat port dickson hari tu, hari bertolak balik, kami cari port untuk lepak sambil makan tengahari. dekat port cadangan pertama, aku makan dua aiskrim, nestle crunch dengan black forest drumstick. sekali ketua rombongan kata makan dekat tapak pesta lama. ada pakcik jual aiskrim. mula-mula anak saudara aku minta aku belanja aiskrim, aku bagi RM4 dan dia pun beli aiskrim potong kacang merah. aku minta sikit, sebab nak rasa. terbaik okay!!! kacang dia stok kacang dalam ABC tu, dengan aiskrim dia memang cukup lemak, macam pakai santan original! mana nak dapat kalau kat sini!

aiskrim ketiga aku dalam masa satu jam.

mi udang

mi udang pak ngah sungai dua pulau pinang. ni mi udang kecil, RM7. mi udang kecik dah macam ni, kalau yang mi udang galah tak tahulah macam mana. sedap, memang sedap. cuma kalau dia pedaskan lagi sikit lagi asyiiikkk. :)

Selasa, April 06, 2010

semasa aku di penang: tujuan asal

kronologi.

27 mac 2010:
bertolak dari rumah dan sampai junjung petang hari yang sama.

28 mac 2010:
bertolak ke pulau pinang dan terus ke hospital pulau pinang.

29 mac 2010:
pembedahan dijalankan. masuk dewan bedah jam 12.oo tengahari dan selesai jam 3.30 pagi

30-31 mac 2010:
ulang alik ke hospital, ada melawat saudara mara lain juga sekali. dan berjalan-jalan ke padang kota sebab nak rasa angin laut.

1 april 2010:
dapat panggilan dari sepupu. pakcik kena operate tebuk lubang leher sebab kahak banyak sangat, tak boleh bernafas. doktor rancang nak buat hari jumaat.

2 april 2010:
tak jadi. dewan bedah penuh. rancangan nak balik kl hari sabtu pun ditunda. stenbai, mana lah tau kan. jumpa pakcik yang lagi satu kat seberang jaya. ambil baju yang mak pesan. terus ke kedai mi udang pak ngah kat sungai dua. best.

3 april 2010:
penebukan selesai.

4 april 2010:
balik kl. bilik bersepah macam apa entah.

tamat.

Isnin, April 05, 2010

semasa aku di penang.

secara seriusnya, aku jatuh cinta dengan penang. bukan semasa pemergian aku ke sana minggu lepas. tapi sejak aku mula-mula kenal penang masa kecil-kecil dulu. sebab penang ada banyak bangunan-bangunan lama yang menarik. nama jalan pun unik-unik. tepi jalan dia pun cantik dengan pokok-pokok besar berdiri kukuh bertahun-tahun walaupun kulit dah terkopek-kopek. kalau dekat area padang kota tu lagi la dengan macam-macam bangunan zaman inggeris.

di bawah ni gambar sepanjang aku ada kat sana.

ops, ni bukan. ni kat simpang ampat, nak ke kulim. masa ni baru sampai dari kl.

yang ni pula dekat hospital kulim. kebetulan pula ada sepupu terkemalangan motor pula. nasib baik beliau ok.

ini tangga dekat hospital pulau pinang. bangunan lama. tangga pun vintage lagi. tapi anak tangga yang ni dah bikin baru. yang betul vintage tak shoot pula.

ni lobi blok A.

barang-barang perubatan vintage.

keluar dari hospital.

sampai sini dulu lah. letih pula nak up banyak-banyak.

hello!

aku telah kembali dari penang. nanti aku up cerita dan gambar-gambar dari sana.

oh ya, aku ada exam SPA sabtu ni. banyak nak kena ulangkaji nampaknya.

Jumaat, Mac 26, 2010

hilang seminggu

esok aku akan bertolak ke pulau pinang, cekingaut keadaan pakcik aku yang akan menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di otaknya. doktor tak berani jamin, but he'll give his best shot. so, aku akan berada di sana seminggu. nak bawa laptop ke tak payah aa?? macam menyemak kereta saja. bukan ada wi-fi pun.

jadi, mungkin aku akan mengumpul bahan kat sana juga untuk tatapan anda semua.

ah, baru 9.40 malam aku dah mengantuk. hasil tahan mengantuk kat pejabat tadi, meleret-leret pula sampai malam. nak kena packing baju pula. malas betullah!

Khamis, Mac 25, 2010

oh ya!

nampaknya ada pengikut baru (anda tahu siapa anda)!

terima kasih banyak-banyak kerana sudi mengikut cerita repek-repek saya!

dah gila ke?

sejak kebelakangan ini, aku fobia pada semua program adobe. bila kena buka fail adobe, rasa tak selesa semacam, macam kena buka baju depan khalayak ramai. rasa gementar, peluh-peluh sikit dan rasa macam nak lari pecut bila tengok program tengah proses nak buka.

serentak itu, aku juga jadi gementar gila bila dengar bunyi telefon bimbit aku, tak kiralah SMS ke panggilan ke. rasa terhenti jantung dan macam "pissed off".

Rabu, Mac 24, 2010

salute brunei!!

Brunei lebih takut laknat Allah

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.

Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.

“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.

“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.

“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP

syukur, ada yang tau berfikir. :)

tahniah

kerana aku berjaya membeli barang yang diperlukan saja di tesco tadi. yess!!!

Selasa, Mac 23, 2010

pengumuman lagi satu

nampaknya blog ni akan dikekalkan. sayang pula.

dan di sini ialah blog baru saya. tempat gedik-gedik, namanya this and that
jangan lupa singgah ye!

Isnin, Mac 22, 2010

niat tak betul

tadi teman mak pergi jusco, nak beli kasut katanya. aku pula berjanji dengan dompet tak nak keluar duit walau sesen pun (kalau boleh).

lepas tu teringat nak beli pencuci kereta, konon-konon nak cuci sendiri kereta, tak payah hantar kedai lagi. sebelum tu belek-belek pewangi untuk kipas dan kereta (gel yang sebenarnya untuk bilik). akhirnya letak balik pencuci kereta dan ambil pewangi-pewangi tu.

lepas tu terjumpa beg pensel berbentuk tiub ubat gigi, wasabi dan super glue. beli la pula. aku beli yang tiub ubat gigi. gedik betul. :)

pengumuman

kepada sekalian pengikut.

blog saya akan bertukar konsep sepenuhnya dalam sehari dua lagi (ikut mood la..kalo terajin, malam ni dah bertukar). ini bermakna tiada lagi cerita sia2 yang akan dipamerkan, yang lama-lama dulu tuh akan dibuang, ada yang dikekalkan. blog baru ini akan lebih kepada art & design (dalam semua bentuk) dan akan ada sikit-sikit saja perkara-perkara merepek.

mungkin juga blog ini akan lenyap langsung. itu masih dalam pertimbangan.

notakakiayam: saya sedang menyiapkan material-material baru untuk blog baru saya.

Jumaat, Mac 12, 2010

My Yiddishe Mama

lagu klasik, atau lebih kurang lagu rakyat Israel. ya, aku tau ini adalah lagu orang yahudi (macamlah tak ada artis-artis terkenal dunia yang kita puja-puja berbangsa yahudi, jadi jangan cakap banyak). lagu asal aku tak pasti siapa yang mula-mula nyanyi tapi rasanya yosef rosenblatt. tapi yang itu bahasa hebrew, aku pun tak faham sepatah haram. jadi lebih baik dengar bahasa yang kita faham. versi ni dinyanyikan oleh leo fuld. lagu ini berkisarkan tentang ibu. memang menyentuh gila dengar lirik dia. yahudi tak yahudi, yang penting lagu ni memang untuk menghargai seorang ibu.



notakakiayam: nama-nama yang aku sebut tadi tu pandai-pandailah korang google kan. malas aku nak tarok link.

Jumaat, Mac 05, 2010

the drowning human and the rescuer

a human is drowning. he cries frantically for help. somebody comes to rescue him. but he is reluctant to be saved. he's in the middle. his precious possessions are floating on the water. but his chance of living is on the land. the rescuer still tries to reach his hand, he wants the drowning human to survive. "take my hand!!" cries the rescuer. but the drowning human is so afraid that his precious possessions will be carried away by the waves, forgetting the fact that he can make new more precious possessions on the land. "take my hand!!!" the rescuer cries again, louder. the drowning human turns his head towards his floating possessions, reluctant to leave them there. he turns to the rescuer, the rescuer shakes his hand, asking the drowning human to grab it. " i want to live...." the drowning human says, helplessly. "that's why i'm here!! take my hand!! i won't let go!!" the rescuer replies. "but my possessions....my precious possessions.." the drowning human moans. "forget about them!! don't let them get in your way!! come on! take my hand!!" the rescuer keeps trying to save the drowning human. "your chance of living is only on the land!! think about it!!" the rescuer persuades the drowning human. deep in his heart, he knows that only the drowning human can help himself, all depends on his decision. all the rescuer can do now is to put all his effort to save the drowning man, and pray.

Rabu, Mac 03, 2010

dia mungkin sedang lapar....

tatkala berjalan dari meja ke meja untuk meminta sedikit wang ehsan dari pelanggan-pelanggan sombong yang asyik melayan tekak haloba masing-masing.

aku ketika itu sedang duduk termenung menantikan menu pesanan aku tiba. tiba-tiba seorang lelaki cina yang tua, berpakaian ala apek zaman perang dulu, datang ke meja dan menghulurkan cawan plastik berisi tiga keping wang syiling, aku kira dalam 25 sen, dan sekeping duit kertas seringgit dalam genggaman. wajahnya tua, tapi masih menguntum senyum tatkala memohon belas ehsan agar dihulurkan sekeping dua rezeki untuknya hari itu. tidak memaksa-maksa seperti segolongan peminta sedekah lain. aku menolak sambil senyum, tapi dalam masa sama seperti ingin memberi, tapi kerana tiada wang kecil, aku terpaksa batalkan niat. dan dia berlalu dengan senyuman, seperti mengucap terima kasih, walaupun tiada hasil yang diperoleh dari aku.

dia ke meja yang diduduki tiga perempuan yang sedang asyik melahap makanan tengahari masing-masing. mereka terkejut, dan seakan takut melihat kehadiran lelaki cina tua itu. kenapa takut? dia bukan orang gila yang datang mengancam keselamatan kalian, dia cuma mengharapkan rezeki agar dapat mengalas perutnya hari itu. kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari kumpulan perempuan itu, lelaki cina tua itu terus bergegas keluar dari kedai. dan ketika itu aku teringat aku mempunyai wang sepuluh ringgit, itupun dikira duit kecil. ah, kenapa aku sangat mementingkan diri sendiri? sekurang-kurangnya, aku masih punya makanan di rumah, kalau aku tak mampu membeli makanan tengahari di waktu pejabat.

menu pesanan sampai, dan aku makan dengan penuh rasa berdosa. kesal dihati teramat sangat, kerana mengabaikan seseorang yang sangat memerlukan.

keluar dari restoran itu, aku cuba melihat-lihat kiranya ada kelibat si lelaki cina tua itu di mana-mana. tiada kelibatnya. mungkin sudah jauh berjalan, mencari rezeki di tempat lain. harap-harap ada rezeki dia hari ini.

Isnin, Mac 01, 2010

aha!!

dah bulan mac!!

bermula bulan ini, bermulalah juga harapan-harapan tinggi untuk memulakan hidup baru. segala usaha yang mendorong ke arah hidup baru itu diharap dapat ditunaikan.

setakat ini, cuma penampilan saja yang dah dilaksanakan. karier baru? aku cuma mampu bertawakal. harap-harap ditunaikan.

amin.

Ahad, Februari 21, 2010

insomnia's kicking

malam semalam aku bermalam di hospital putrajaya, sebab kakak aku yang bersalin secara C-Sec itu beria-ia minta orang temankan, dan semua orang risau-risau siapa yang patut tunggu dan bagaimana mau selesaikan masalah tersebut (yang mana bikin aku agak kecil hati sebab masa aku masuk hospital dua malam sebab kena denggi, tak ada siapa pun yang peduli nak tunggu aku kat hospital. sendiri-sendiri tanggung sakit, nak buka botol air pun tak boleh sebab tapak tangan dua-dua naik ruam tebal sampai macam melepuh).

tidur terganggu oleh jururawat-jururawat yang asyik keluar masuk periksa, bagi injeksyen, cek bayi dan sebagainya. dan aku pun tak nampak apa perlunya aku menunggu di situ sebab ada saja jururawat yang masuk dan mengganggu tidur aku.

jadi hari ini sangat letih walaupun dah tidur sekejap kat rumah kakak. menjelang malam aku dah letih melampau-lampau. mata rasa kering. tapi lepas mandi, baring-baring di katil, mata tak mau lelap. badan rasa letih semacam.

tengok, aku dah online sampai dekat pukul 4 pagi, mata masih tak mengantuk.

Rabu, Februari 17, 2010

dangerous

entah kenapa aku ketagih sangat dengan tarian lagu ni.

yang ni masa dia perform tahun 1993, mula-mula kot.




lepas tu, yang ni masa tahun 2005.




yang ni pula masa perform dekat munich, tahun 1997.



aku suka sebab dia pelbagaikan versi lagu, dan juga tarian. dan semua versi itu buat aku sangat teruja. dan semestinya semua persembahan dia buat aku teruja, cuma lagu ini yang lain sikit "feel"dia. enjoy!

Sabtu, Februari 13, 2010

entahlah

tapi aku rasa macam........aku tak benar-benar disayangi...

sebab.....senang-senang saja aku dimarah, dimaki bila dia tak puas hati, walaupun bukan dengan aku. tapi dengan puncanya, dia masih mampu menapis kata-kata, dan menenangkan hati sebelum bercakap dengan punca kemarahan dia, sebab takut si punca itu kecil hati.

sebab aku gemuk, tak ramai orang puji aku cantik depan dia, bodoh dan tak banyak duit kot.

Jumaat, Februari 12, 2010

kelantan, aku datang.

esok kami sekeluarga akan bertolak ke kelantan. menyertai rombongan kahwin sepupu aku. dah lama sangat tak pergi kelantan. kiranya esok adalah kunjungan kedua aku, selepas berbelas tahun, atau 20 tahun kot. mak sangat teruja. dah siap packing pagi tadi. dan ini akan jadi pertama kali aku memandu ke sana. tapi satu apa pun tak siap lagi. jadi aku akan senyap selama 4 hari. jangan rindui aku.

oh ya, selamat hari kekasut semua, dan sempena hari raya cina ini, semoga kita semua menjadi sekuat harimau. AUUMMMM!!!!

Khamis, Februari 11, 2010

1 jam tanpa henti

tidak, bukan bersenam. bukan juga berlatih menari tarian "dangerous" michael jackson.

tapi makan.

tadi tengahari aku makan maggi hot cup semata-mata. dan minum banyak air. bukan sebab nak tampung rasa lapar, tapi sebab aku dah rasa terdehidrasi. tapi air mineral tu buat aku rasa lagi sakit tekak.

kemudian, rasa menggigil tiba. aku tau aku kurang apa. mungkin kurang gula. lalu tiba-tiba mengidam benda-benda manis. biskut tim tam lah, romeo lah. singgah kedai sebelum pulang, beli chipsmore, itupun sebab dapat keychain free. comel keychain dia. maskot chipsmore tu. oh, dan biskut chocolate fudge tiger. tapi tak dapat tim tam, sebab kat 99 supermarket tu tak ada pula.

lalu pulang ke rumah dan mendapati mak buat ikan goreng cili. ikan terbaik punya, ikan apa entah. aku bersabar, mandi, solat dan menonton tv sambil menunggu bila mak nak keluar makan nasi ni? tak tahan lapar, aku terjah bilik mak. mak tengah baring atas katil sambil kipas hala dekat-dekat dengan dia. "mak, tak makan ke?" aku tanya dengan nada manja-manja minta kesian. mak cakap dia dah makan siap-siap dengan abah, lauk tu dia simpan untuk aku dan adik. aku pun terus berdesup ambil pinggan dan ambil potongan ikan paling besar serta secebis sisa ikan untuk di makan. oh ya, sebelum tu aku dah bedal sekeping dua biskut chipsmore buat bertahan. sedap juga makan nasi bersulam air zam-zam sejuk.

selesai makan, berehat sambil jilat-jilat jari depan tv. kemudian ke dapur, basuh-basuh apa yang patut, sebelum belasah lagi 3-4 keping lagi biskut chipsmore. kemudian datang dapur lagi. ya, mak ada buat jeruk mangga bercili. semangkuk tu aku bawa ke depan tv, dan makan entah berapa keping entah, sampai rasa senak dan pedas-pedas. aku cuma berhenti makan pada jam 11 malam, itupun masih fikir-fikir nak kunyah apa lagi. tapi aku rasa cukup. sebab aku dah mula rasa bertenaga. dan sekarang aku sangat jinak. dan aku mau tidur.

tekun

hari ini aku bersungguh-sungguh!

berjaya upload semua artwork yang ada ke flickr. dahlah semalam selamba saja meng"jpeg"kan artwork depan bos!.

nak tengok? meh!

Khamis, Februari 04, 2010

melepas

sepatutnya entri ini dipost semalam juga, tapi penat punya pasal, terpaksa dipost hari ini.

semalam adalah hari pelancaran bangunan baru Yayasan Hepar Malaysia di Taipan 2, Ara Damansara. pertama kali aku menghadiri, bukan menghadiri, umm..bertugas di majlis dengan memakai kot, itupun abah punya sebab aku tak mampu nak beli kot sendiri. ok, panas gila rupanya pakai kot disiang hari. belum sempat siang pun aku dah berpeluh-peluh. jenis pulak memang cepat berpeluh. oklah, bukan nak cerita pasal proses perpeluhan yang aktif dari sistem badan aku.

majlis itu dirasmikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad. Satu-satunya PM/bekas PM yang masih aku kagum sampai sekarang walaupun Malaysia dah dua kali tukar PM lepas beliau bersara. gila lah, aku macam jakun gila tengok beliau. masih kuat dan tak nampak tua sangat walaupun dah 80 lebih umur beliau. lepas perasmian, beliau dan angkatan VIP lain menikmati makanan di tingkat paling atas bangunan itu, sambil melihat-lihat suasana dalaman pejabat. lepas makan, beliau menandatangani buku pelawat, dan aku beserta bos aku berhajat mau bergambar dengan beliau. sekali jurugambar hilang entah ke mana. adalah seorang lelaki india ini pantas gila menyelit dan bergambar dengan Tun. tak apa, aku dengan bos berharap dapat bergambar di bawah.

sampai saja di bawah, beliau dah masuk kereta pun. tapi sempat lah kami melambai-lambai beliau. lambai sajalah, itu saja yang dapat pun. ralat betul. entah bila dapat jumpa lagi.

bersungguh-sungguh aku melambai, dengan senyuman lebar dari telinga ke telinga.

Ahad, Januari 31, 2010

it doesn't hurt, really....

.....if you queue up and wait for your turn. nobody died of standing in line. don't be afraid. if you cut the line, it won't make you magically be at your doorstep on the spot. you still have to drive or walk or whatever. so, you're a celebrity. and that doesn't grant you a ticket of express access, like when you need to pay for your parking ticket. stand in line. wait for your turn. don't worry, your status is not jeopardized by doing that.

so does when you're waiting in line at the toll plaza. yes, everybody has to queue. if you really need to cut the line, be polite. or at least, be reasonable. tolerate. you don't have to honk the other driver. really. he/she is not blind. he/she saw you. but the way you're pushing like you think you'll get home in a blink of the eyes if you cut the line, is really annoying. come on, you're in the car. with air-cond. and good songs coming out of your radio. relax, it's not that you have to stand on the road on your feet. be tolerance. it's not painful. it doesn't hurt, really.

and this reminds me of the government's plan not so long ago to stop using traffic lights at junctions. seeing the way malaysians treat each other on the road, wow, i can imagine there will be car crashes every minute. besides, they are not even capable of throwing any kind of rubbish in a proper way, and the government expect them to be tolerate? on the road??