Selasa, Ogos 17, 2010

malam ku bermimpi

bukan malam la, dah pagi juga. singkat tapi boleh tahan berkerut dahi juga memikirkan.

dua kali aku mimpi tempat ni. dia macam apartment, ada lif semua. tapi yang bongoknya, lif itu juga merangkap bilik mandi bagi semua penghuni apartment tersebut. so, ala-ala korang tengah mandi, tiba-tiba ada orang tekan nak buka pintu lif, korang kena la berkongsi lif dengan orang yang turun naik tu.

tapi mimpi tadi aku jadi orang yang nak guna lif. agak ramai juga bersama aku, dalam 4, 5 orang. dalam lif tu ada lelaki tengah mandi. dia bagi kitorang masuk. lepas tu berhimpit-himpit, mana dengan lelaki tu nak mandinya, kitorang yang ramainya. tapi seorang pun tak basah kena air mandi lelaki tu. lepas tu kitorang semua macam pandang je lelaki tu. lelaki tu macam blur kejap sebelum menjawab, "oh, nak saya keluar ke? kejap, kejap," sambil tangan sibuk mengutip barang-barang mandi beliau. aku tak pasti dia bogel ke tak tapi yang paling jelas dia pakai kasut tumit tinggi warna "hot pink" buat selipar jamban. aku macam "wow!" sekejap.

kemudian kami sampai di tingkat bawah, tiba-tiba ada gelongsor yang tinggi, kira-kira dari tingkat satu ke ground floor. dua orang anak buah aku yang dah besar duduk kat situ. diorang tengah "horse around" kat situ, aku sound duduk elok-elok nanti jatuh. yang seorang ni sibuk nak duduk kat tepi-tepi, yang seorang lagi tengah cuba duduk kat bukit tepi gelongsor tu. tiba-tiba dia tergelincir tapi sempat berpaut dekat gelongsor tu. aku macam panik-panik juga sebab masa tu tangan berpeluh, takut licin nak tarik dia. tapi disebabkan perasaan sayang yang sangat kuat, aku berjaya menarik dia dengan sekali tarik saja. kemudian yang seorang lagi pun ditimpa musibah juga dekat atas gelongsor tu, tapi aku tak ingat apa jadi kat dia, tapi aku berjaya selamatkan juga.

seterusnya yang aku ingat ialah aku membebel-bebel siap menengking-nengking kat diorang.

4 ulasan:

  1. mimpi apa tu jac..repek2 yg x thn tu share bilik mandi ngn lif..imagine kalo ko tgh shampoo rambut ngn mata pon trkena shampoo apo nk wat kalo ada org msk..

    BalasPadam
  2. tuh la..dua kali aku mimpi tmpt yg same...kalo dh shampu masuk mate tu, kalo ade org nak masuk kene ckp "jap2!" hahahha!! tp mmg bongok mimpi tu...kalo ade org naik lif tu pon, ko sambung je la mandi smpi abes...ahahhaha!!

    BalasPadam
  3. seb beik x mmpi kat sunway legun, puas hati main air :)

    BalasPadam
  4. bahaya mimpi kt sunway lagoon...tu maknenye dah ngompol plak...

    BalasPadam