Sabtu, Julai 30, 2011

top 3 dari newermind

entri sebelum ni aku memuja-muji akan kebestan album ni kan? kali ni aku bagi lagu-lagu top 3 pilihan aku dalam album ni.

1. Lounge Act oleh Jessica Lea Mayfield
lagu ni memang lagu paling favourite dari album Nevermind. dan cover oleh Jessica ni pula bagi aku, terbaik antara semua cover dalam album Newermind ni.

2. Come As You Are oleh Midnight Juggernauts
lagu ni fresh sangat. aku kira lebih best dari yang Yuna cover. sebab aku tak terfikir lagu ni boleh berentak rancak macam ni sampai rasa boleh menari-nari.

3. In Bloom oleh Butch Walker & The Black Widows
macam lagu come as you are, lagu ni pun fresh juga. macam classy sikit. juga boleh bawa menari. pendek kata in bloom versi happy happy.

sebagai peminat Nirvana, atau peminat muzik secara umumnya, album ni aku rasa album tribute dengan cover-cover yang berjaya lari dari bunyi Nirvana atau secara tepatnya, Kurt Cobain. semua bawa lagu ni dengan cara mereka yang tersendiri, tak ada yang Nirvana atau Kurt Cobain wannabes. jadi, kalau dah dengar, dah suka, dah jatuh cinta berbaring-baring sambil berbantalkan belakang tangan, merintih betapa bestnya lagu-lagu ni, silalah ke entri sebelum ni untuk link download. yang ni tak kena blok punya.

Khamis, Julai 28, 2011

Nevermind's Newermind

album ni dihasilkan sempena ulangtahun ke 20 album Nevermind oleh Kings of Grunge, Nirvana. aku agak skeptikal pasal album ni sebab macam, "eee...mesti tak best. Nirvana ori jugak yang best." lalu kawan aku hantar album ni kat aku dan aku cuba dengar, okay, best. rasa macam fresh. tribute dari 13 artis termasuklah dari orang-orang terdahulu seperti The Vaselines, Meat Puppets sampai la yang baru-baru yang aku tak kenal pun siapa tapi......... masing-masing bawa stail tersendiri dan memberi nafas baru yang memang fresh pada lagu-lagu tersebut. 

bagaimanapun, ini hasil review dari telinga dan jiwa aku. kalau nak dengar sendiri, boleh download kat sini ataupun kat sini. Enjoy!