Sabtu, Julai 30, 2011

top 3 dari newermind

entri sebelum ni aku memuja-muji akan kebestan album ni kan? kali ni aku bagi lagu-lagu top 3 pilihan aku dalam album ni.

1. Lounge Act oleh Jessica Lea Mayfield
lagu ni memang lagu paling favourite dari album Nevermind. dan cover oleh Jessica ni pula bagi aku, terbaik antara semua cover dalam album Newermind ni.

2. Come As You Are oleh Midnight Juggernauts
lagu ni fresh sangat. aku kira lebih best dari yang Yuna cover. sebab aku tak terfikir lagu ni boleh berentak rancak macam ni sampai rasa boleh menari-nari.

3. In Bloom oleh Butch Walker & The Black Widows
macam lagu come as you are, lagu ni pun fresh juga. macam classy sikit. juga boleh bawa menari. pendek kata in bloom versi happy happy.

sebagai peminat Nirvana, atau peminat muzik secara umumnya, album ni aku rasa album tribute dengan cover-cover yang berjaya lari dari bunyi Nirvana atau secara tepatnya, Kurt Cobain. semua bawa lagu ni dengan cara mereka yang tersendiri, tak ada yang Nirvana atau Kurt Cobain wannabes. jadi, kalau dah dengar, dah suka, dah jatuh cinta berbaring-baring sambil berbantalkan belakang tangan, merintih betapa bestnya lagu-lagu ni, silalah ke entri sebelum ni untuk link download. yang ni tak kena blok punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan