Khamis, Ogos 04, 2011

maju selangkah dalam dunia wanita

aku pre-order benda ni tadi. dan tak pernah seumur hidup aku membelanja sekian banyak wang untuk benda ni. nasib baik boleh bayar dua kali.

ya, aku semakin serius menjadi seorang wanita. atau mungkin kerana aku semakin seronok bermain warna. atau mungkin aku dah terlalu muak dengan kerja aku sekarang dan cuba mengujakan jiwa dengan pilihan warna untuk ditenyeh pada muka dan perasan socialite.

apa-apalah.

sebenarnya aku pun tak tau kenapa aku beli benda ni. ya, untuk keseronokan, mungkin. ah, ya. reward. aku selalu reward diri dengan perfume, apa salah sekali ni reward diri dengan benda ni. lagipun bukan selalu aku beli. ada tahan sampai setahun ni rasanya.

ah, apa entah yang tak kena dengan aku. kadang-kadang aku rasa nak buka tempurung kepala aku ni dan cuci bersih-bersih otak dari segala fikiran negatif, biar terang fikiran. biar senang aku memula langkah tanpa takut-takut.

good night.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan