Ahad, Februari 27, 2011

mungkinkah?

aku dah mula rasa tak puas hati dengan semua orang. aku dah mula rasa "irritated" dengan semua orang. aku dah mula rasa tak mahu jumpa dengan semua orang. aku dah mula nak bercakap kasar dengan orang tua aku.

semua di atas aku alami ketika aku sedang dalam keadaan depressed tahun lepas.

aku rasa aku bakal berada dalam keadaan itu kembali dalam masa terdekat ini.

shoot.

Khamis, Februari 24, 2011

lagi sekali

sejak kebelakangan ini, aku kembali mengalami masalah susah bangun pagi dan hilang mood untuk bekerja.

mengikut pengalaman dulu, aku mengalaminya ketika mengalami depresi yang boleh tahan teruk.

ah, takkan la jadi lagi sekali?

Ahad, Februari 20, 2011

selamat hari lahir yang ke-44, Kurt Cobain

Kurt Cobain.
test sketch, poster colour on drawing paper.
c. 2002. Jay Harun.

Sabtu, Februari 19, 2011

ya, aku sedar

.....yang tahun ni aku akan berusia 29 tahun. dan aku juga sedar tahun depan aku berusia 30 tahun. dan aku sangat sedar yang aku masih solo, tanpa kekasih atau suami. and seriously, i myself don't freak out over the fact, then why should you?

there's really no need to ask "bila aku dapat makan nasi minyak kau?" over and over again. and you would greet me online just to ask me that, and when i answered playfully, you put a full stop at the conversation right away? like, that's the only thing you REALLY want to know about me. and when the answer's negative, then that's it, i'm not gonna proceed with this conversation.

just what is really important about eating my nasi minyak? if you really feel like eating it, go ahead, the mamak restaurants also serve this dish. aku tak meraban mengidam nasi minyak kawan-kawan yang solo pun? so why should you? seriously, you're NOT going to die if you don't eat my nasi minyak.

so, friends, take it easy okay? none of us gonna have bad luck falling on to us if i don't get married. i don't know if you really excited for the news or just afraid that i might steal your husbands. it's not going to happen, that i can promise.

cuma, aku kadang-kadang rasa macam nak cakap: "those who keep asking me "when i can taste your nasi minyak" again and again, YOU ARE SO NOT GOING TO BE INVITED TO MY WEDDING! HA!"

balasan bermuka ketat

pagi tadi aku ke jusco bukit raja, sebab nak pos surat, disamping itu nak beli palette box untuk eyeshadow. ya, anda tak salah baca. okay, cut short. lepas dah beli box tu, lepas dah pusing seluruh jusco, aku ke pasaraya. beli sedikit sebanyak barang. tiba waktu nak bayar, tengok dalam dompet cuma tinggal duit seringgit-seringgit. yang aku ingat, kedai terakhir aku masuk adalah elianto. hari ini elianto dijaga oleh staf yang bermuka ketat. mungkin shift dia hari sabtu agaknya. asal pergi hari sabtu saja mesti dia yang jaga.

"boleh tak hold barang saya ni kejap?" aku berkata kepada juruwang pasaraya dan terus bergegas sambil ligat berfikir samada nak pergi cucuk duit dulu atau jumpa staf elianto dulu. tapi kaki ini memang bijak, terus membawa aku ke tingkat atas, menuju ke elianto.

apa sebenarnya yang terjadi?

"SHROOOOoooooooooo...." (kesan bunyi flashback)

semasa aku sedang memilih palette box itu, staf elianto bermuka ketat itu dengan muka ketat berdiri di sebelah aku menunggu aku memilih palette box yang aku mahu dengan muka yang ketat. setelah berpuas hati, aku memilih box yang boleh memuatkan 4 eyeshadow. dia meletakkan box tester dan dengan pantas mengambil box baru yang masih ditangan aku. okay, fine. sambil itu dia bertanya kalau-kalau aku mahu membeli beberapa barang lain sambil menerangkan tentang promosi yang masih berjalan dengan muka yang ketat. aku menolak, dan dia terus ke kaunter dengan muka yang ketat. aku membayar RM50 untuk box yang berharga RM14. kemudian dia meminta wang RM4 jika aku ada dan dia akan menyerahkan RM40 kepada aku sebagai baki. selepas dia mengira wang RM4 itu, dia menyerahkan box itu sambil menerangkan hari ini hari tanpa beg plastik dengan muka ketat sambil aku membalas "it's okay" dengan muka yang manis. kemudian aku keluar. dia lupa nak pulangkan baki RM40, dan aku pun langsung tak perasan.

okay, berbalik kepada cerita aku naik ke elianto selepas mendapati tiada duit besar dalam dompet. sampai di elianto, staf bermuka ketat sedang mengemas kabinet di bawah rak barang-barang. "excuse me, tadi i bayar RM50 tapi you tak bagi duit baki," aku memberitahu staf bermuka ketat itu. "muka dia bertambah ketat, tanda tak mahu mengaku salah. okay, at least assist la sikit kan, mana tahu kalau dia betul bersalah. jadi, dengan muka ketat dia ke kaunter dan berulangkali mengatakan dia telah memulangkan baki RM40 kepada aku. aku jawab, "tak ada, tadi i bagi RM50, lepas tu you minta Rm4, lepas tu you terus bagi barang kat i. resit pun i tak dapat." dengan muka ketat dia jawab, "sekejap." kemudian terus memeriksa kembali mesin wang dan mengira jumlah di dalamnya, dengan muka yang ketat. setelah puas mengira, akhirnya dia mengeluarkan wang RM40. dan kemudian menyerahkan pada aku dengan muka yang manis. "sorry, ya?" dia meminta maaf. ha, dah bersalah la tu. malu la tu. aku dengan muka yang sentiasa manis menjawab, "it's okay. bagi resit sekali ya?" staf bermuka ketat itu segera mencetak resit dan mengulang kata maafnya.

itulah. sia-sia saja buat muka ketat, akhirnya sendiri yang malu. ketatkan lagi la muka tu.

Khamis, Februari 10, 2011

hari ini

okay, jam sudah menunjukkan pukul 12.36 malam. pagi. malam. tengah malam. ah, whatever. tadi masa sedang pulun bekerja, sesuatu terlintas untuk aku kongsikan dalam blog ni. ah begitu mendesaknya hati ini dan gatalnya jari untuk menaip. tetapi kerana tugasan yang semakin menjadi "urgent", terus aku lupa pasal apa entah yang aku bersungguh hendak taip.

nananana. okay, aku rasa....aku rasa.........aku patut tidur sekarang.

Rabu, Februari 02, 2011

polka dot lagi

lagi satu karya aku. polka dot in black and white.

midnight poison, dior

oh ya, inilah commercial untuk midnight poison, dior arahan wong kar wai. sungguh biru! kelas, kan? ha, nak beli juga la tu! :D

anugerah untuk diri sendiri

pathetic sungguh bunyi, kan?

tapi itulah, kalau bukan diri sendiri yang bagi, siapa lagi? hadiah apa, ya? dah tentulah perfume. takkan hadiahkan diri sendiri ayam goreng. jadinya, kebetulan ada dua botol perfume yang dah tunggu masa saja nak pencen, dan kebetulan pula dapat bonus, apa lagi, cepat hadiahkan diri sendiri untuk segala kerja keras selama ini. dan perfume ini pula memang dah lama aku usha. aku peminat perfume vintage. padahal masa tengah in dulu, benci pula dengan baunya. ya lah, masa tu kecil lagi, mana tau erti sebotol perfume. so, perfume idaman adalah...........

midnight poison dan forever and ever oleh dior. kedua-duanya mempunyai notes yang memang aku suka. oleh itu, sebagai menghargai kerja keras aku sendiri selama ini, alah, bukan selalu pun, dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana bonus yang diberi bos, dan setelah segala bil-bil dah dilangsaikan, maka aku dengan penuh terharu akan memesan dua perfume ini dari the beautyholics sebab murah. ini akan menjadi pembelian kedua aku dari laman web ini. sebab? sebab aku sangat berpuas hati dengan produk dia.

okay, sekarang nak tidur, nak mimpi pakai minyak wangi ni jalan-jalan dengan jejaka kacak.