Rabu, Februari 02, 2011

anugerah untuk diri sendiri

pathetic sungguh bunyi, kan?

tapi itulah, kalau bukan diri sendiri yang bagi, siapa lagi? hadiah apa, ya? dah tentulah perfume. takkan hadiahkan diri sendiri ayam goreng. jadinya, kebetulan ada dua botol perfume yang dah tunggu masa saja nak pencen, dan kebetulan pula dapat bonus, apa lagi, cepat hadiahkan diri sendiri untuk segala kerja keras selama ini. dan perfume ini pula memang dah lama aku usha. aku peminat perfume vintage. padahal masa tengah in dulu, benci pula dengan baunya. ya lah, masa tu kecil lagi, mana tau erti sebotol perfume. so, perfume idaman adalah...........

midnight poison dan forever and ever oleh dior. kedua-duanya mempunyai notes yang memang aku suka. oleh itu, sebagai menghargai kerja keras aku sendiri selama ini, alah, bukan selalu pun, dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana bonus yang diberi bos, dan setelah segala bil-bil dah dilangsaikan, maka aku dengan penuh terharu akan memesan dua perfume ini dari the beautyholics sebab murah. ini akan menjadi pembelian kedua aku dari laman web ini. sebab? sebab aku sangat berpuas hati dengan produk dia.

okay, sekarang nak tidur, nak mimpi pakai minyak wangi ni jalan-jalan dengan jejaka kacak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan