sebelum sahur:
mimpi berjalan-jalan dengan anak buah paling rapat dan seorang lagi yang masih bayi. keadaan stesen lrt dalam mimpi tadi sungguh futuristik. ketika itu hendak pulang. turun lif, tetapi anak buah aku tertinggal. aku beri isyarat supaya turun satu tingkat. dia jawab okay. kemudian, entah bagaimana aku dan si bayi terus menaiki tren ke kl sentral. dapat panggilan dari anak buah aku, katanya terlajak stesen. ah, sepatutnya dia cuma turun lif, kenapa dia naik tren pula? dengan kucar kacir aku pergi minta bantuan pegawai stesen. lapor itu ini dan mereka berjanji akan tolong carikan anak buah aku itu. aku risau serisaunya. sampai di rumah, aku tidur sebentar dan awal pagi esoknya aku bangun lekas-lekas kerana hendak mencari anak buah aku itu. selesai bersiap, pintu bilik aku dibuka. itu dia, tersenyum di muka pintu dan terus aku peluk dia erat-erat.
kemudian aku terjaga dengan rasa berat di dada.
lepas sahur:
macam biasa tidur balik. mimpi berjumpa dengan seorang kawan, macam baru jumpa tapi macam pernah kenal. bercerita tentang masalah panic attack. masa bercerita, aku termengah-mengah.
terjaga dengan kesukaran menarik nafas. mungkin aku tidur meniarap terlalu lama.
Memang boleh terbitkan novel koleksi-koleksi mimpi ko nih... Seronok dibaca.. Aku orang pertama membelinya..
BalasPadam