Rabu, Ogos 11, 2010

hari pertama berbuka

dan aku sudah mula dibebel oleh mak. setiap kali pun macam tu. aku pun tak dapat ingat apa yang bestnya bulan puasa.

kisahnya, mak masak nasi. atas dapur. nasi sahur mak panaskan guna bekas pengukus plastik yang khas untuk periuk nasi elektrik. lepas tu aku nak cedok nasi untuk hidang. tapi bau plastik tu kuat gila sampai aku rasa nak muntah. aku boleh rasa kadar keracunan pada nasi tu memang tinggi juga. bahaya kalau makan. aku suruh mak bau. memang busuk la. mak kata mungkin yang dalam penapis saja. tapi masalahnya seluruh isi periuk bau plastik. lepas tu mak nak makan nasi tu. aku dan abah tak bagi sebab bahaya, nanti sakit kan susah. mak tak puas hati, sebab dia rasa membazir dan dia rasa takkan matinya kalau makan nasi tu. "takla mati, tapi kan bahaya makan nasi tu. sebab bahan kimia dalam plastik tu dah masuk dalam nasi," kata aku dengan penuh kesedaran bahaya bahan kimia. abah pun warning macam tu juga. mak tak puas hati. "kalau mak, mak makan saja. mati pun mati lah," katanya masih berkeras. lepas tu mak bebel-bebel suruh aku masak nasi sebab nasi tadi bahaya sangat. lepas tu aku ambil periuk lain. periuk tu kurang ajar sikit kena sentiasa perhati kalau tak nasi cepat hangit. lepas tu mak pertikaikan pengetahuan aku tentang ilmu dapur sebab ambil periuk yang bahaya. lepas dah ambil periuk yang selamat sikit, lepas mak dah solat maghrib, mak datang dapur dan lihat api tak cukup besar. pada aku api tu dah besar dah. mak kata macam tu bila nak masak nasi tu. masak nasi pun tak reti macam mana ni. dipertikaikan lagi pengetahuan aku tentang hal ehwal masak nasi padahal aku lah "chef ganti" kalau dia tak larat nak masak.

kemudian mak bersuara lagi tentang nasi "beracun" tadi. "siti khadijah tu makan daun kering je sebab dah bankrap membelanjakan harta membantu nabi muhammad. tak jadi apa pun!" aku terdiam sekejap mengenang kedegilan mak. "tu daun mak, ni bahan kimia. sikit lagi kalau kena kanser kan susah. duit nak merawat tu dah la beribu-ribu. baik rugi beberapa ringgit ni dari terpaksa belanja beribu-ribu nak rawat penyakit yang dicari sendiri," aku akhirnya membetah mak. mak diam. "huh, kalau mak, makan saja nasi tu!"

degil betul mak ni. tapi akhirnya tak makan juga. tak heran mati konon.

2 ulasan:

  1. 2 lwn 1, cnfirm la mak ko x mkn, sbab majoriti kata jgn mkn :)

    BalasPadam
  2. masalah degil tu yg tak tahan tu...takut jgk nak makan...

    BalasPadam