Jumaat, Mac 12, 2010

My Yiddishe Mama

lagu klasik, atau lebih kurang lagu rakyat Israel. ya, aku tau ini adalah lagu orang yahudi (macamlah tak ada artis-artis terkenal dunia yang kita puja-puja berbangsa yahudi, jadi jangan cakap banyak). lagu asal aku tak pasti siapa yang mula-mula nyanyi tapi rasanya yosef rosenblatt. tapi yang itu bahasa hebrew, aku pun tak faham sepatah haram. jadi lebih baik dengar bahasa yang kita faham. versi ni dinyanyikan oleh leo fuld. lagu ini berkisarkan tentang ibu. memang menyentuh gila dengar lirik dia. yahudi tak yahudi, yang penting lagu ni memang untuk menghargai seorang ibu.



notakakiayam: nama-nama yang aku sebut tadi tu pandai-pandailah korang google kan. malas aku nak tarok link.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan