tatkala berjalan dari meja ke meja untuk meminta sedikit wang ehsan dari pelanggan-pelanggan sombong yang asyik melayan tekak haloba masing-masing.
aku ketika itu sedang duduk termenung menantikan menu pesanan aku tiba. tiba-tiba seorang lelaki cina yang tua, berpakaian ala apek zaman perang dulu, datang ke meja dan menghulurkan cawan plastik berisi tiga keping wang syiling, aku kira dalam 25 sen, dan sekeping duit kertas seringgit dalam genggaman. wajahnya tua, tapi masih menguntum senyum tatkala memohon belas ehsan agar dihulurkan sekeping dua rezeki untuknya hari itu. tidak memaksa-maksa seperti segolongan peminta sedekah lain. aku menolak sambil senyum, tapi dalam masa sama seperti ingin memberi, tapi kerana tiada wang kecil, aku terpaksa batalkan niat. dan dia berlalu dengan senyuman, seperti mengucap terima kasih, walaupun tiada hasil yang diperoleh dari aku.
dia ke meja yang diduduki tiga perempuan yang sedang asyik melahap makanan tengahari masing-masing. mereka terkejut, dan seakan takut melihat kehadiran lelaki cina tua itu. kenapa takut? dia bukan orang gila yang datang mengancam keselamatan kalian, dia cuma mengharapkan rezeki agar dapat mengalas perutnya hari itu. kerana tidak berjaya memperoleh hasil dari kumpulan perempuan itu, lelaki cina tua itu terus bergegas keluar dari kedai. dan ketika itu aku teringat aku mempunyai wang sepuluh ringgit, itupun dikira duit kecil. ah, kenapa aku sangat mementingkan diri sendiri? sekurang-kurangnya, aku masih punya makanan di rumah, kalau aku tak mampu membeli makanan tengahari di waktu pejabat.
menu pesanan sampai, dan aku makan dengan penuh rasa berdosa. kesal dihati teramat sangat, kerana mengabaikan seseorang yang sangat memerlukan.
keluar dari restoran itu, aku cuba melihat-lihat kiranya ada kelibat si lelaki cina tua itu di mana-mana. tiada kelibatnya. mungkin sudah jauh berjalan, mencari rezeki di tempat lain. harap-harap ada rezeki dia hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan