rumah kosong. tak ada orang. mak, abah dan adik ke kedah. selasa baru balik. adik-beradik lain bersama keluarga masing-masing.
aku bukan tak biasa tinggal seorang diri di rumah. malah aku suka. sebab aku boleh buat apa yang aku mahu tanpa memikirkan orang lain.
semalam, aku tak ada masalah, sebab abang aku sekeluarga ada. hinggalah petang tadi, bila mereka berangkat ke rumah sendiri.
masa terasa berlalu begitu lambat, walaupun sekarang sudah jam 10.30 malam dan dalam sejam dua lagi aku perlu tidur. dan aku merasa sangat sunyi. dan bila sunyi, "depression" aku kembali menyerang. dan aku rindukan "anak-anak" aku.
sekarang aku faham kenapa kawan-kawan semua menggesa supaya aku cepat-cepat dapatkan pasangan hidup. mungkin aku dah patut lupakan kenikmatan hidup sendirian.
aih, esok nak kena hantar magazine untuk dicetak, dan esok mesti kena panic attack lagi. macam biasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan