Khamis, Jun 24, 2010

detox

selamba saja padahal dah berniat nak buat kerja, boleh tersinggah sini pula.

baru-baru ini aku beli kzanah detox and shape tea dari cosway, pasal aku rasa badan aku dah macam bertoksin banyak sangat. mana tahan, perut asyik rasa senak, kembung, rasa penuh tak selesa siap water retention semua. lalu isnin malam tu aku ajak abah pergi cosway (sebab beliau ahli). dah beli tu, tokey tu cadang supaya aku ambil fibre plus sekali, baru berkesan cepat katanya. mendengar penerangan dari tokey kedai yang berpengetahuan tinggi itu, aku pun tak ragu-ragu mencuba.

sekarang dah masuk dua hari aku tak berhenti berulang buang air. memang detox betul. rasa ringan sikit badan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan