Ahad, Disember 26, 2010

makan malam

hari ini mak tak ada. ke kuantan, rombongan pengantin. jadi, memandangkan di rumah cuma tinggal aku dan abah, dan adik, maka amatlah tidak bermakna kalau memasak nasi beserta lauk pauk dua tiga jenis.

jadi, lepas bangun tidur hampir tengahari tadi, aku mengikut kakak sekeluarga ke jusco. dalam kepala dah "setting" makan malam nak makan fish & chips. senang, tak renyah macam makan nasi.

agak bersungguh-sungguh juga aku sediakan makan malam ni.

sebenarnya aku terlupa pasal kentang goreng, tapi nasib baik kakak aku beli prosperity burger untuk abah, tapi sebab abah dah makan tengahari, makanya burger tu tak berusik. terus aku curi "curly fries" tu buat side dish fish fillet tu.

jadi, inilah dia. jumlah keseluruhan makan malam untuk malam ni, filet ikan tu beli jenama ramly pasal murah sikit, harga RM10.99 untuk 4 keping, salad beli yang genting garden punya, RM6.99 sepeket, mayonis beli yang paket jimat, RM1.00. bolehlah. tapi kalau hari-hari makan, boleh terus makan biskut kering untuk 3 minggu seterusnya. umm..biskut gula la sedap sikit. yang pentingnya, abah suka. abah memang suka makanan ringkas macam ni, tekak orang putih la senang cakap. nak sediakan pun tak leceh.

tapi, tak kiralah masak orang putih ke, masak orang melayu ke, cuma yang aku perasan, tak ada yang lebih gembira selain sediakan makanan untuk abah, dan dia sangat menyukainya.

sepatutnya aku jadi tukang masak kot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan