dah lama aku tak menulis dalam ni kan? kalau aku tulis pun gaya menulis aku dah lain, tak macam dalam entri-entri terdahulu. aku pun dah tak tau macam mana nak tulis macam dulu.
okay. ummm....hurm. aku pun tak tau mana nak mula.
pernah tak korang rasa macam nak "escape", maksud aku macam, ummm...ada sesuatu dalam korang, yang buat korang rasa macam tertekan, sedih, macam dah bosan dengan semua perkara. korang nak buang semua tu, tapi tak tau macammana. macammana nak cakap ye, okay, senang cerita depressed, atau murung.
aku dah mengalami benda ni sejak berbulan lalu. aku tak tau macammana nak buang perasaan ni. aku mudah rasa tertekan, sikit lagi aku benci dengan semua orang, lepas tu benci dengan semua yang ada kat sekeliling aku. lepas tu aku mula hidup dalam dunia aku sendiri, yang aku cipta, bertemankan teman-teman imaginasi yang, oh well, memang takkan ada kat alam realiti. cuba mereka suatu keadaan yang sepatutnya aku berada dalamnya, keadaan yang tak mungkin berlaku, kerana muaknya aku dengan keadaan sekeliling aku sekarang. (ye, tempoh ini telah menyebabkan aku mengabaikan blog ni. entahlah berapa lama aku tinggal.)
kemudian, aku akan mudah merasa sedih, kadang-kadang menangis tanpa sebab. lalu bertambah aku mengasingkan diri dari orang. tapi taklah sampai tak keluar rumah. keluar juga, tapi aku mengelak dari bercakap dengan orang, atau berkenalan dengan orang.
aku tak suka semua ni.
aku dapat kerja di tempat baru. aku ingat aku akan lebih gembira. ya, sehari dua. tiba-tiba hari ni aku jadi depressed balik. macam, "aku taknak buat ni lagi!" aku rasa marah, bosan dan aku tak nak bekerja lagi. aku taknak buat apa-apa. aku cuma nak tidur dan tidur dan tidur. tak ada benda yang mengujakan aku lagi. tidak anak-anak saudara aku yang comel lagi keletah. tidak lagi tv. tidak lagi internet. aku juga semakin menjauhkan diri dari kawan-kawan, kecuali yang betul-betul rapat.
aku cuba menulis. tapi, naaahhh..tak jalan. aku tak faham kenapa aku masih berahsia dalam jurnal peribadi aku sendiri. bodoh gila. oh ya, hari tu aku jalan-jalan di the curve. aku sangat amazed, yang ia tidak mengujakan aku juga.
so hari ni, aku cuba menulis dalam blog ni. mana tau boleh lega sikit. okaylah, lega la sikit. tapi aku tau perasaan bongok ni akan kembali lagi sepertimana mana kembalinya Tora dengan permainan baru.
dammit, i hate myself, i hate my life.
plan aku ialah nak berhenti kerja, dan berhuha-huha selama sebulan sebelum mencari kerja baru. tapi duit untuk menampung hidup sepanjang tempoh tu tak ada pula.
ah, mungkin aku ni terlampau merungut. atau mungkin aku patut mendapat bantuan perubatan. i tell you, this depression thing really sucks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan