okaylah, sementelah tak boleh tidur ni, angkara cik semah yang tak mau balik-balik lagi, aku pos la sikit entri untuk tatapan yang boleh membawa kepada perbincangan.
tadi makan tengahari bersama seorang kawan yang kerap kali berdepan insiden perkauman kerana memakai tudung. lalu tadi dia bercerita yang terbaru ada satu syarikat tidak mahu mengambil dia bekerja kerana pada pendapat empunya syarikat, dia akan menjejaskan reputasi syarikat dan dia dianggap radikal kerana memakai tudung.
lalu, dia menyuarakan pendapatnya pada aku. iaitu kita boleh buktikan pada tokeh-tokeh kompeni besar itu yang kita tidak radikal dengan membuka tudung pada permulaannya, kemudian baru mula pakai sedikit demi sedikit, kerana ketika itu mereka telah mula melihat betapa kita tidak radikal sebenarnya.
i say it's a foolish idea. kalau kita sampai membuka tudung demi membuktikan betapa kita tidak radikal, itu adalah bodoh. itu menunjukkan mereka itu telah menang, dan membiarkan kita diketawakan kerana kebodohan mengikut kata mereka sehingga mengingkari Pencipta kita, iaitu yang berhak kita taat dan patuh. sepatutnya, dengan kepala yang bertudung itulah, kita buktikan yang itu bukan petanda radikal, tapi kita biaskan sangkaan radikal itu kepada mereka, yang mereka itulah sebenarnya radikal kerana berfikiran sempit.
ini soal pendirian, soal fahaman, soal kepatuhan dan ketaatan. soal akal itu berfungsi atau tidak. bukan menuruti mereka demi mendapatkan peluang pekerjaan yang belum tentu membahagiakan.
beginilah, sifat syaitan itu menghasut kita supaya mengingkari perintah Yang Maha Kuasa. disalurkan pula melalui tokeh-tokeh besar yang menganggap wanita bertudung itu radikal dan menyuruhnya menanggalkan tudung jika mahukan diberi pekerjaan. dan kita sebagai hamba Allah, yang faham benar selok-belok permainan syaitan, seharusnya dapat mengelak tipu daya syaitan itu, yang kemudian memberi idea bodoh yang telah disebutkan di atas tadi.
aku percaya, keradikalan seseorang manusia itu bukan pada pakaiannya, tetapi pada pemikiran dan fahamannya. dan sanggup mengingkari perintah-Nya demi membuktikan diri pada si kafir yang memang tidak setuju dengan Islam, itu adalah kebodohan yang nyata dan membuktikan kepada mereka betapa orang Islam ini memang mudah kena kencing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan