Khamis, Jun 04, 2009

ah, masih gabra lagi

hari ini, selesai tugas aku mengerjakan newsletter yang ditugaskan sejak dua bulan lepas. setelah memuaskan nafsu klien, menukar itu dan ini, bos aku memeriksa untuk kali terakhir segala teks yang ada. ambik, banyak pula yang tak betul. siap ada tertinggal maklumat juga. selesai pemeriksaan, aku dengan pantas dan teliti melebih-lebih membuat segala pembetulan.

bos keluar, tinggallah aku dengan pencetak (kawan-kawan bos juga). setelah CD dibakar, aku memeriksa untuk memastikan tiada sebarang masalah. celaka. ada juga. terlupa "adjust" kedudukan teks lepas ada pembetulan baru yang aku buat. baik, "package" semula dan bakar. ah, ada lagi. dasar sengal. ok, sudah dibetulkan, "package" kan semula dan bakar untuk kali ketiga. huh!

tapi aku masih berasa gementar (rujuk sini untuk sebab). walaupun sepatutnya aku berasa lega kerana kerja selesai, tapi aku tetap gementar, selagi tak tengok hasil. kemudian pembekal button badge telefon, kata tempahan dah siap. gementar tadi menjadi pakej berganda.

kemudian bos masuk. aku sampaikan pesan dari pembekal. kemudian dia duduk di meja sebelah aku. aku memandang "mock-up" yang terletak di meja itu. "kenapa?" bos tanya. aku diam. "ada silap? tu adalah yang silap tu kalau dah buat muka terkejut macam tu," heh, nampaknya bos dah kenal sangat muka-buat-silap-tapi-takut-nak-cakap aku. "bukan, tapi tak bolehlah nak tengok benda ("mock-up") ni depan mata. boleh sorok sikit tak?" aku menjawab jujur sambil menyumbatkan "mock-up" itu dalam laci berisi kertas kitar semula. padahal, aku juga masih risaukan hasil newsletter itu, walaupun dah periksa habis-habis. lagi sikit aku mau panggil polis, tentera dan pelbagai pertubuhan keselamatan lagi untuk memeriksa newsletter itu, jangan ada kesilapan lagi.

hish, dah jam 7 malam. apa kejadahnya tak balik lagi. dahlah awal gila aku sampai pejabat hari ni! ciao! nak beli abc makan kat rumah.

4 ulasan:

  1. kuat merepek kau mono.Aku ni tua dah sakit mata nak baca repekan kau bila kau tukar template pulak ni....sudahlah huruf tu kecil,,,,,,MENYAMPAH aku kalau kau donat aku dah tentu letakkan coklat keliling kau dan tabur gula halus... aku kunyah dan gigit engkau....

    BalasPadam
  2. hish! kanibal! ahahahha!!!

    sila bersabar ye, template ni akan dipakai selama 2 minggu, sblm tuka template lain plak...lalalaa!!!

    BalasPadam