Jumaat, Jun 05, 2009

serangan si hitam kuning

"eh ewahh pempuan ni selamba ayam saja langgar
kumpulan kita! mau mati ka??!!" - lebah (gambar dicilok dari
sini)

aku berjalan laju keluar dari bangunan pejabat. hampir sampai di pagar, berhampiran pokok-pokok palma tinggi, kelihatan sekumpulan serangga berterbangan. luas juga kawasan liputan dia. membawa ke tembok. walaupun aku bercermin mata, aku tetap tak dapat mengenal pasti jenis serangga yang berterbangan ganas itu. dengan tenang aku berjalan melanggar kumpulan serangga tersebut, sebab kebetulan di atas jalan itu terdapat kumpulan semut pula berkeliaran, aku ajaib melihat pergerakan semut-semut itu sangat pantas dan cergas. baik, aku terasa badan aku dilanggar-langgar oleh serangga kecil tapi kelihatan padat dan kuat itu. di atas jalan, terdapat juga beberapa ekor yang merangkak-rangkak. aku memperlahankan langkah, dan mengamati serangga tersebut. hurm, badannya berbelang hitam kuning. "comel," aku memuji, sedang sekumpulan yang sedang terbang rakus melanggar-langgar badan aku. jenis terbang huru hara.

belang hitam kuning, hurmm....belang hitam kuning. huh! lebah rupanya! cepat-cepat aku berpaling dan keluar dari kawasan tawanan mereka. mujur tak kena sengat barang secucuk dua. aku bergegas keluar dari kawasan pejabat dan mengadu pada pengawal. "ada kena sengat ka?" pengawal berbangsa india itu bertanya. "takde. nasib baik tak kena," aku menjawab tenang-tenang panik. sesampai saja di kereta, aku terus masuk. dan tiba-tiba kelihatan bayang-bayang lebah-lebah tadi berterbangan di atas kereta. ramai. aku mula rasa cuak. rasa macam lebah-lebah itu berterbangan dalam kereta, padahal bayang mereka saja. lepas beberapa saat berlegar di sekeliling kereta, lebah-lebah itu kembali ke tempat mula-mula mereka berlegar. lega.

lepas tu baru perasan rupanya aku tak bawa dompet sekali.

4 ulasan:

  1. heh...terimalah kenyataan..prmpuan suka meninggalkan dompet, ic, lesen dsbg

    BalasPadam
  2. bukan suke la...kalo suke dianye dialog camni, "eh, nak tinggal dompet lah!! bestnye!!!"

    kalo tak sengaja, dialog dia camni, "shit! dompet tertinggal..kusut betulla!!

    beza bukan?

    BalasPadam
  3. nak kasi tau satu je... kita lebih berisiko di sengat lebah pada hari cuaca berangin dari cuaca tenang!!!

    BalasPadam
  4. oh! tapi hari tu...ok2 je la angin dia...tp guard india tu kene sengat skali...nasib baik aku yg langgar kumpulan lebah tu tak diapa2kan...

    BalasPadam