Khamis, Jun 18, 2009

berani hidup

hari ini aku rasa macam sampah. bangun tidur dengan kepala yang sakit, bahu kiri tegang, dada sesak. perasaan memberontak tiba-tiba muncul dalam hati. kenapa aku perlu bangun? kenapa aku kena pergi kerja? kenapa aku perlu ditimpakan ujian yang bermacam-macam? pilihan yang berbagai-bagai? sudahnya aku bersiap juga ke pejabat, dalam rasa letih-letih. nafsu yang rendah menghasut aku supaya kembali ke tempat tidur. "kau kan tak sihat," katanya. "ah, celaka!" balas aku dalam hati. kalau cakap kuat-kuat karang kena tepuk dengan mak pula. apa kejadah celik-celik mata saja sudah mencarut-carut. bukan tau mau bersyukur dipanjangkan umur, diberi peluang membetulkan yang salah.

sepanjang hari di pejabat, aku mulakan dengan menghadap siri "house", biar semangat sikit bekerja. sambil menonton sambil bekerja, dan sambil itu ini. kepala makin bertambah sakit. koordinasi tangan dan otak menjadi kucar kacir. perut lapar. dan tiba-tiba badan seperti mau demam.


dan hari ini juga aku diganggu dengan pelbagai peringatan. peringatan penting semuanya. kalau tidak sabar, habis semua aku carutkan. tapi tak eloklah begitu. itu adalah tugas aku. tugas sebagai manusia. kalau tidak mahu perbuat, baik diciptakan sebagai papan kekunci. papan kekunci pun ada tugas. kalau dia tak jalankan tugas, bermakna dia telah ingkar. mana boleh papan kekunci mau membuat kerja dvd burner? atau tak mau berfungsi sebagai papan kekunci. taip-taip, tapi tiada apa yang keluar, atau keluar pun, tunggang langgang hurufnya. bila sudah ingkar, dan sudah diberi baikpulih, pun tetap tak mau berfungsi juga, sudahnya dibinasakan. berpindahlah papan kekunci tadi dari elok-elok di atas meja, ke dalam tong sampah. kalau mau tambah tragis, dalam keadaan berkecai. tengok, jadilah apa pun, semua ada tugas masing-masing. jangan mimpilah untuk dilahirkan sebagai itu dan ini bila sudah bosan menjadi manusia.


benar. hidup memang susah. tapi, kalau mati pun, sama saja. kalau dalam kubur boleh baring tenang-tenang sambil hirup "fruit punch" lain cerita. ini, ditanya itu dan ini. gagal menjawab, sedas kena. tenggelam lebih dalam. dan masa itu, baru menyesal, menyesal yang bukan sikit-sikit, kerana tak menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebagai manusia, tak mau membetulkan diri walaupun diberi peringatan banyak kali.


jadi, sesusah manapun hidup di dunia, aku perlu kuat. kita perlu kuat. perlu berani hadapi dugaan dan cabaran, dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. sebab masa hidup inilah kita berpeluang membaiki keadaan, walaupun ada orang yang tak suka usaha itu. dan kalau ada yang fikir mati itu penyelesaian, fikirlah lagi, sebab bila dah mati, ada dua yang akan menyoal itu dan ini. tak tenang juga sudahnya. mau kembali semula ke dunia dan mulakan hidup baru? lupakan.

notakakiayam: jadi aku akan berubah menjadi orang yang berani hidup di bumi Tuhan ini. nasib baik tadi tengahari aku dapat makan ayam goreng. tak adalah rasa "loser" sangat.

1 ulasan:

  1. ^_^...
    i like this entry...
    make me think a lot....

    BalasPadam