Ahad, Jun 07, 2009

perut lapar, lagi ditimpa malang.

pagi tadi aku ke shah alam dengan mak. dia nak beli juga beg tangan yang dia tengok tempoh hari. hari ini aku keluar dengan pakaian yang sangat selebet sekali. lelaki tak kacak tengok pun tak terliur. siap pandang tempat lain. ya, selepas ke alam sentral, aku ingin ke tesco, sebab dapat sms dari tesco ada promosi itu ini, shokubutsu punya lah yang terbaik. beli dua isi semula cuma RM10.

selesai memilih krim mandian yang agak-agak boleh buat aku berangan jadi model iklan krim mandian, dan juga yang berwangian yang sangat-sangat berharmoni dengan jiwa aku, aku dan mak merantau ke lain-lain rak di tesco. kemudian kami ke rak marjerin dan jem. ada sekeluarga kaum cina di rak itu, sibuk-sibuk pilih mentega. mak aku mau beredar, pasal tak ada marjerin planta. tak mainlah marjerin jenama tesco. jenama tesco barang-barang tertentu saja yang sedap makan. itupun kalau nasib baik. "tu mak, buttercup tu!" aku menunjukkan buttercup tin pada mak aku. itu mentega kegemaran. mentega stail marjerin. duduk dalam suhu bilik pun tak cair.

"TANGGGGG!!!! KELETUNGG!!!"

aku berdiri kaku. aku lihat ada besi frame warna kuning jatuh tergolek di depan aku. keluarga cina tadi tiba-tiba kecoh-kecoh sambil angkat besi frame yang jatuh tadi dan cuba membetulkan kedudukan frame tadi. kepala aku tiba-tiba rasa pedih. aku masih kabur. sebab tadi aku tak nampak apa-apa pun kat rak marjerin tu. tiba-tiba saja kepala aku kena timpa besi. kena kat tepi dia pula tu. mak aku dah bising-bising. keluarga cina tadi cepat-cepat blah dari situ. aku gosok-gosok kepala. macam berdarah saja rasanya. kemudian mata aku rasa berair. serentak itu suara aku berubah, macam suara orang selsema. tak, aku tak menangis. "big girls don't cry, ok!!" kemudian datang staf tesco bising-bising sebab sepatutnya frame itu tak boleh diusik. mak aku apa lagi, komplen itu ini. mestilah, sebab tak pasal-pasal dia kena sekali, kat belakang badan. apatah lagi, kepala anak dia yang jelita ini turut jadi mangsa. karang kalau biol, kan dah susah. siapa nak jadi fesyen konsalten dia nanti?

nasib baik kelakuan aku normal sampai lah saat aku menaip entri ni. tapi ada rasa sakit-sakit juga dekat-dekat rongga mata dan hidung belah kiri. tak pasal-pasal benjol kepala aku. nasib baik tudung dan anak tudung bertindak jadi shock absorber.

6 ulasan:

  1. Assalamualaikum blogger hebat, saya memberi satu peluang terhebat tahun 2009 ini!

    Anda adalah perintis awal! Fikirkan rangkaian jaringan anda dalam tempoh 2 tahun akan datang! Hanya dengan 2 kaki infiniti..Potensi side income sehingga 4 angka sehari!
    Telah terbukti biasanya orang yang berjaya dalam bisnes networking kerana dia mendapat peluang lebih awal dari kita..Kini giliran anda dapat PELUANG AWAL!!

    BUKAN ORANG YANG TERLALU PINTAR,HEBAT ATAU KUAT YANG AKAN BERJAYA..TETAPI SIAPA YANG CEPAT SAMBAR PELUANG!!

    KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN KEJAYAAN,TAK USAH ANDA FIKIR LAGI, TUNGGU LAGI, MULAKAN LANGKAH KEJAYAAN ANDA DENGAN BERGABUNG BERSAMA KAMI.

    "Langkah Pertama Itu Pengharapan, Sedangkan Yang Tidak Melangkah Langsung, TIDAK ADA Harapan. Jom Mulakan Langkah Pertama Anda Sekarang"

    Ok ayuh lawati blog saya....!!!

    Katakan anda tak minat, passkan peluang baik ni kpd ibu,bapa,Abang,kakak,pakwe,pakcik, sdra-mara yg minat bisnes tu, yg ada impian jadi jutawan 2,3 tahun dari skrg...

    Produk TERLARIS STEVICO:
    1. CHOLEST CONTROL FIBRE-MENGURANGKAN paras kolestrol dalam darah, secara tak lansung mengubati DARAH TINGGI, JANTUNG dan MENGAWAL BERAT BADAN.

    2.Untuk yg sukakan kulit jadi cantik dan lembut EKTRAK TOMATO MERAH BRAZIL- 1 sachet bersamaan 28 biji epal...sangat BAIK utk KULIT.

    LAYARI BLOG SAYA YA....

    BalasPadam
  2. Hahaha ada iklan la.. gua rasa lu dah tersampuk dgn xpuasati, sbb tu lu ber"gua" "lu" skrg ni..

    BalasPadam
  3. ahahha!! agaknye la..tak pun pasal kene besi tu....

    BalasPadam
  4. cuba sebut no IC...




    kot2 dah terpadam ke memori tu..



    haha

    BalasPadam
  5. ish! igt lagi la....jalan pegi opis pun igt je...(-_-")

    BalasPadam