Sabtu, Jun 20, 2009

khosirin bahagian 2

sudah hampir sejam dia di perkampungan itu. khosirin meminta diri untuk beredar. perempuan-perempuan tadi merengek tak mau melepaskan khosirin. orang kacak memang macam tu lah. perempuan-perempuan itu mau ikut. "isk, tak bolehlah. apa kata kekasih abang nanti," khosirin cuba mengelak. "ala..boleh lah bang. lagipun kami dah lama tak berjalan-jalan. boleh lah.." seorang perempuan merengek manja. khosirin berfikir. dalam kepalanya, sudah terbayang keindahan pemanduan sebentar nanti. lagipun, sebelum sampai ke rumah sang kekasih, dia boleh menurunkan perempuan itu di mana-mana. tak adalah nanti dia disyaki yang bukan-bukan. khosirin tersenyum. "hurm, abang cuma boleh bawa seorang saja. tapi, abang yang akan pilih!" kata khosirin, tegas. tegas dalam gatal bernafsu. khosirin memilih perempuan yang paling tip top sebagai penemannya. perempuan itu tergedik-gedik keriangan. mereka pun berjalan ke kereta, dengan senyum dibibir, dengan gelora didada.

"eh, kau nak ke mana ni?" khosirin tersentak. eh, macammana pula kawannya si ruslan boleh ada di sini. macam cerita komik pula. "ruslan!! apa kau buat kat sini??" khosirin menjerit gembira. lama benar tak nampak ruslan. "hahahahah!! aku ada saja. kau nak ke mana ni?" tanya ruslan setelah bergelak ketawa. "aku mau ke rumah kekasih aku. ini, siap dia beri buku panduan. bukan calang-calang kekasih aku tu!" jawab khosirin bangga. ruslan meneliti buku panduan tersebut. "eh, kau ni dah salah jalan ni. sepatutnya kau tak ikut kampung ni," ruslan berkata. "eh, orang banyak cakap kena lalu kampung ni. lagi senang! dalam buku tu pun ada sebut pasal kampung ni," khosirin membela diri. "ya, memang ada sebut. tapi bukan suruh lalu kampung ni. kenapa kau tak ikut buku ni? kan kekasih kau yang beri?" ruslan bertanya. "ah, aku dah tanya bapa aku, dia kata ikut jalan ni. aku tanya orang-orang yang pernah ke tempat rumah kekasih aku tu, pun mereka guna jalan ni juga. lagipun, orang-orang itu dah pernah guna, mereka taulah. ala, bukan aku tak ikut langsung buku tu. aku ikut juga, walau sikit-sikit. ok lah tu!" khosirin membantah lembut. "isk, nanti tersesat jalan nanti. kau bukan biasa kat sini," ruslan meluahkan kerisauan. "alah, aku taulah macammana mau ke villa dar el salami tu. rumah kekasih aku kan. aku akan pastikan sampai, tak kira lah ikut jalan mana sekalipun! sudahlah, aku gerak dulu!" khosirin meninggalkan ruslan yang terkedu dengan sikapnya. perempuan tadi menjeling ke arah ruslan, dengan jelingan sinis. "macam bagos!" getus ruslan. dalam hati saja.


khosirin bersemangat memandu. maklumlah perempuan tip top di sebelah. siapa yang tak terkinja-kinja. kemudian khosirin melalui pula sebuah ladang tanaman. wah! subur benar! banyak hasil! eh, ada tawaran harta! "gilalah! biar benar ni?" khosirin terjerit. si perempuan menggedik-gedik memujuk supaya berhenti di situ, dia pun mau juga. tapi khosirin melihat jam. ada kurang 2 jam sebelum waktu temujanji. khosirin mula berbelah bagi. harta percuma tu. syaratnya, cuma perlu membantu seorang wakil rakyat memperoleh kepercayaan masyarakat di ladang. "ek eleh, senang gila!" khosirin mula bermegah. dia kan kacak, lagi manis berkata-kata. bukan susah sangat. selepas berjumpa wakil rakyat, dan menandatangani perjanjian itu ini, khosirin memulakan tugasnya. 45 minit, satu ladang itu berjaya diselesaikan. memang mudah, kalau mengambil kira keluasan ladang itu. leka dia menghasut, memujuk masyarakat ladang di situ. masa hampir ke jam 3 petang. tapi harta percuma yang diperolehnya berjaya melekakan lagi. sibuk pula mengira harta, siap melihat-lihat katalog kereta baru untuk dibeli. boleh lah ditunjukkan pada kekasihnya nanti. "mesti dia suka. bertambahlah sayang dia pada aku. macam-macam jugalah permintaan aku yang boleh dipenuhi nanti!" khosirin berkira-kira dalam hati. sebahagian kecil harta yang diperolehnya, diberikan pada perempuan tadi, sebagai tanda terima kasih kerana menemannya sepanjang perjalanan.


"oi, singgah kat sini pula. kata mau ke rumah kekasih!" ruslan menegur dari belakang. "cilakak, dari mana saja kau ni rus?" khosirin mula tak senang. apasal tiba-tiba saja ruslan ini berada di mana-mana? sebelum ni mau jumpa pun susah. macam mau jumpa tan sri. "wah, mana-mana saja kau dapat harta ni. eh, kira tu kira juga. apa cerita date kau dengan sang kekasih tu?" ruslan mengingatkan. "ala, kejap lagi aku geraklah. dah nak setel dah ni!" khosirin beralasan. "entahnya abang ruslan ni. dah nak dekat lagipun. kecoh benar!" si perempuan menyampuk tiba-tiba. khosirin memandang ke arah si perempuan sambil tersenyum. eii, rasa mau dicubit-cubit pipi mungil si perempuan. si perempuan menjeling manja. paling manjalah! khosirin rasa seperti di syurga sekejap. dengan harta di tangan, perempuan cantik di sisi. lupalah sekejap pada sang kekasih. dia tidak sedar, yang dia diperhatikan oleh pengintip-pengintip yang diupah kekasihnya. heh, orang kaya kan? mana boleh main "couple" saja! "tak adalah, aku cuma mengingatkan kau. kau ni dah jauh pusing ni. karang takut tak sampai pula. ikutlah panduan yang kekasih kau beri tu. itu tandanya dia sayang pada kau. sebab dia mau kau selamat sampai di rumahnya!" ruslan memberi peringatan lagi. khosirin mula rasa berbulu di dada. oh, patutlah. dia lupa mau bikin waxing di salun tempohari. "ya, ruslan. aku tau. aku sayang pada dia juga," khosirin menjawab perlahan. dan meninggalkan ruslan di situ.
tapi masih mengheret si perempuan bersama.

bersambung lagi...

1 ulasan:

  1. hurrrmmm...
    semakin mendebarkan....
    semakin bertambah keterujaan....

    BalasPadam