Ahad, Jun 21, 2009

khosirin bahagian 4

ruslan menggeleng kepala. sudah habis ikhtiarnya. tidak, bukan dia cuba mengugut untuk merampas kekasih khosirin itu. tapi, dia tidak mau khosirin mensia-siakan sang kekasih. "by the way, kau nak ke mana ni?" ruslan cuba mengalih cerita. "aku mau ke hujung bandar ni. mau melihat bandar yang bakal aku pegang!" jelas khosirin. eksen. "baik-baik memandu khos! jangan lama sangat di hujung bandar tu. dah nak pukul 3 ni! cepat-cepat pulang sebelum tersesat jauh. kau tak familiar jalan tu! jalan tu bahaya, ada gaung dalam. masuk tak boleh keluar balik!" ruslan berpesan. untuk kali terakhir. "AKU TAU LAAA!!!!" jerit khosirin di kejauhan, sayup-sayup tenggelam dalam deruman enjin kereta ford mustang shelby cobra GT500KR yang baru diperolehinya tadi. (cilakak, senang benar hidup khosirin ni!)

buku panduan sang kekasih dibaca oleh si perempuan. khosirin memandu laju ford mustang itu. terasa rangsangan adrenalin yang memuncak. jiwanya puas. jantungnya laju. si perempuan itu tekun membelek setiap muka surat dalam buku panduan itu. dia menemukan suatu pesan dari sang kekasih kepada khosirin, lalu membacanya kuat-kuat. "khosirin sayang, buku ini adalah satu panduan penuh informasi berguna, supaya mereka memerhatikan petunjuk-petunjuk yang terdapat dalamnya, dan supaya dapat dijadikan pelajaran bagi orang-orang yang berfikir." si perempuan terdiam. khosirin memandang ke arah si perempuan. si perempuan menyelak lagi, dan menjumpai satu lagi pesan. "khosirin sayang, adakah kau ingat aku memilih kau untuk bermain-main saja?" khosirin mula memperlahankan kereta. si perempuan membaca lagi, "buku ini dari aku untuk kau, khosirin. aku mau kau cepat sampai ke rumah ku. aku tak mau kau mengalami kesusahan dalam perjalanan. sebab itu aku beri kau buku ini. adakah kau menganggap buku ini tidak bermakna pada kau?" ketika ini, khosirin mula terbayangkan wajah ruslan, dan setiap kata-katanya. si perempuan menyambung lagi, "khosirin sayang, kekasihku yang terdahulu, juga telah mengabaikan pesananku. mereka juga seperti kau. lalu aku hapuskan mereka dari mukabumi ini! (jenis kekasih ganas ni) dan kau tau itu! tapi adakah kau mengambil itu sebagai pelajaran?" dan akhir sekali perempuan itu membaca satu pertanyaan. "khosirin sayangku, aku telah meminta ruslan untuk membantu kau mencari jalan ke rumah ku. dengan buku ku. buku itulah panduan yang benar. tapi kau tak mau ikut. habis, kau mau aku cakap apa lagi baru kau akan percaya?" ah! memang sah sang kekasih bukan calang-calang. "bagaimana dia tau setiap pergerakan aku?" khosirin tidak mampu berkata apa. fikirannya sudah kucar kacir. perempuan disebelahnya sudah tidak dihiraukan. yang nampak di kepalanya cuma ruslan, ruslan dan ruslan. masa juga sudah tinggal beberapa saat lagi ke pukul 3 petang.

"KHOSIRIIINNNN!!!!" si perempuan menjerit nyaring. lupa dia yang sebelum itu dia memanggil khosirin "abang". kereta khosirin yang gah itu telah terbabas. khosirin gagal mengawal kenderaannya. GEDEGANGGG!!! BOOMM!!! KELETUNG!! PRAPPP!!! VROOSHHH!!!! bunyi kereta itu berhentam-hentam dengan pokok-pokok di sekeliling. eh, kejap. sebenarnya itu bunyi kereta itu tergolek ke dalam gaung. gaung yang dalam, lagi gelap, kotor dan dingin. khosirin dan perempuan itu sudah pengsan.


khosirin membuka mata. oh oh gelapnya! dia mula merasa cuak. perempuan tadi telah hilang ke mana. mestilah tercampak kat mana-mana. eksiden masuk gaunglah katakan. dia mengelip-ngelip mata. dapatlah sedikit cahaya, lepas matanya dapat menyesuaikan diri dengan keadaan gelap. kemudian terdengar bunyi orang menghampiri. dari suara yang khosirin dengar, ada 2 orang. khosirin membatukan diri. nampak cahaya terang semakin menghampiri. 2 orang tadi berdiri dekat dengan dia.

"bangun!" jerkah satu suara. khosirin terpaksa juga berhenti berlakon pengsan. dia buka mata. seperti mau meletup jantungnya melihat 2 manusia...makhluk...ah apa entah di depannya. rupa ada macam orang. tapi rupanya sangat seram. bukan, bukan hantu. khosirin tau hantu rupa dia macammana. "errr..saya kat mana ni?" khosirin beranikan diri bertanya. "heh! kau dalam gaung. gaung yang dalam gila!" seseorang yang membahasakan dirinya cik m berkata. "macammana kau boleh sampai sini?" cik n pula bersuara. isk, khosirin pelik. makhluk apa ni nama macam vogue-vogue saja. "aku dalam perjalanan ke hujung bandar. melihat tempat yang bakal aku pimpin," khosirin menjawab dalam sakit-sakit. "kau ini, mesti main ikut hati saja kan? kau tau tak kami ni makan orang? sebelum tu kami akan menyeksa mangsa-mangsa puas-puas, baru sedap makan!" cik m bersuara garang. "tapi, aku tak sengaja. aku eksiden!" khosirin cuba meminta belas. "eksiden meksiden! heh! taukah kau jalan yang kau ikut tadi tu merbahaya? kau tak sepatutnya ikut jalan tu!" cik n pula bersuara sambil menyeringai tanda tak sabar mau makan daging manusia. khosirin semakin kecut perut. dia mesti selamatkan diri. "tolonglah, lepaskan aku. naikkan aku kembali ke atas. aku janji, aku takkan beritahu orang pasal kau berdua! aku takkan lalu jalan yang aku lalu tadi!" khosirin sungguh-sungguh menyesal. menyesal kerana mengendahkan buku itu, dan memperlekehkan ruslan. cik m dan cik n malas cakap banyak. "heh! baru sibuk nak minta tolong. tak pernah ada seorang manusia pun yang terselamat dari gaung ni. apa dulu tak ada orang yang cakap kat kau ke pasal tempat merbahaya ni, hah??? tak ada orang bagi amaran??? sekarang dah terlambat. kau akan jadi makan malam kami!!!!" cik n bersuara garang dan tegas. tak faham dia dengan perangai manusia yang suka hidup ikut suka hati. sombong pula tu. "ambillah harta aku. kalau itu boleh selamatkan aku! ambil lah! aku tak perlukan lagi!" khosirin terus-terusan merayu. "in your dream laaa.." cik m pula membalas acuh tak acuh. dan sejurus itu, raungan khosirin kedengaran, memanggil kekasihnya, bergema di seluruh gaung.


sementara itu di villa dar el salami, sang kekasih disampaikan berita kecelakaan yang menimpa khosirin, sehingga dia mati. "aku dah agak dah! janji saja lebih! padan muka! celaka punya orang!" sang kekasih menyumpah.

Tamat.

10 ulasan:

  1. sape khisirin..? ko nak buat novel ke ape jack? atau ko sedang mengadaptasi siri tv..???

    BalasPadam
  2. aku jadi malas nak baca khosirin kau ni....

    BalasPadam
  3. abu muaz: haaa..itula...dalam citer ni ada sesuatu....jika kamu mengetahui....

    BalasPadam
  4. huhuhuhuh....
    akhirnya.....
    berkesudahan jua nuvel pendek nie...
    kalau fikir fikir balik.....si khosirin ni kire bodoh sombong la...
    dah terang lagi bersuluh....nak jugak ikutkan hati....tak ingat ke kata peribahasa....ikut hati mati...
    kan mati betul....huhuhu....
    way to go to chicken addict...makes me think a lot....^_^

    BalasPadam
  5. sis, ending dia kurang kick....ada ayat2 tertinggal...

    Kata cik m "ko tak tahu ke, kalau dah masuk gaung ni, memang takkan keluar balik".
    Jawab koshirin "Aku pernah dengan pembantu Tan Sri Wakil Rakyat ada cerita. Pernah ada orang keluar balik dari sini. Tapi aku tak tahu."
    "Ha, padan muka ko. Janji siapa yang ko pegang. Siapa yang janjikan bahawa ko bleh keluar balik" Sergah cik n.

    BalasPadam
  6. satu lagi...episod awal pengunaan bahasa yang lembut. Tapi part ending ni keras sikit. Mungkin orang susah nak paham. Kena ada orang bacakan.

    Kesan citer ni: Kena ada matlamat. Kalu tak tahu, ikut pedoman dan petunjuk baru boleh dapat ilmu nak berjalan.

    Pesan : JJ, ko bila nak tulis citer pendek mcm ni.

    BalasPadam
  7. nerv: mekasih..

    nickname: komen pertama: masa tu aku da tak larat nak taip lagi...hehehe...

    komen ke dua: wah, ada kesan dan pesan plak...

    terima kasih komen anda berdua. aku akan perbaiki lagi.

    BalasPadam
  8. peh, wat komik besiri menarik gak ni.. sad ending, ngeeee... go go ayam goreng go, we want more, lesson learned :)

    BalasPadam
  9. mgkn leh tolong org faham..bgs idea tu..

    BalasPadam