Sabtu, Jun 06, 2009

kita pun ada. kecoh betul.

membaca cadangan basuh baju tentang stadium sultan mizan, aku bersetuju juga. sekurang-kurangnya bertambah lagi monumen sejarah negara, memento kepada "kecekapan" pihak yang terlibat dalam pembinaan stadium itu. biar semua mengambil pelajaran dari musibah yang melanda stadium yang mahal berdentum gila-gila itu. janji dapat nama, janji boleh eksen-eksen, kualiti belakang kira. mujur runtuhan tak berlaku masa pasukan bola sepak luar negara (konon-kononlah, contoh saja) datang menyejukkan hati atas kekalahan dalam perlawanan baru-baru ini dengan berlawan dengan pasukan manja kita. kalau tidak, berganda pakej malu kita dapat. siap ada "goodies" lagi. meriah. memang meriah.

sekurang-kurangnya kalau stadium sultan mizan itu dibiarkan saja begitu, kita boleh jadi macam rome. best kan?

"eleh, ingat rome saja yang ada "stadium" runtuh separuh? kita pun ada laaa!! eksen!"
-orang kita

7 ulasan:

  1. la... mesti makin berdesup2 pelancong pegi ganu ni... boleh le buat kpok lekor, tepung banyak ikang sikit, pastu taruk banyak2 ajinomoto...

    apa2 pun tahniah ahmad said, MB berjiwa rakyat...

    lain kali runtuhkan pulak masjid kristal!!!

    Ha Ha Ha...

    ada can la orang lain pulak nak jadi MB

    BalasPadam
  2. Aku dulu penah jadi peminat setia bola sepak malaysia.. nasib baik tak menimpa kat stadium bola negeri aku.. tapi gua memang anti gila orang yang menyelewengkan duit sampai runtuhnya stadium tu.. patut blacklist terus seumur hidup syarikat kontraktor..

    BalasPadam
  3. hahaha..
    aku bru cadng nk g rome..
    pasni bole la jimat duit..
    pergi terengganu sudh..
    same jer..
    ekonomi gawat ni kne bajet sket..

    BalasPadam
  4. hahahha!! kita kene sokong "barangan buatan malaysia".....ahaha!!

    BalasPadam