setiap kali dapat job baru, aku sangat teruja untuk membuatnya. mulalah macam-macam konsep terbayang-bayang di dalam otak. cari rujukan dari internet, buku, majalah. tak, aku tipu. internet saja. dah lama sangat aku tak beli buku rujukan untuk melihat rekaan terbaru. lepas itu, aku pun mula bermain-main dengan konsep yang telah aku fikirkan, serta menggunakan bermacam-macam stail design. kemudian, tunjuk pada bos. ah, ada yang kena betulkan sikit. kemudian bikin mock-up, cetak visual untuk dibentangkan pada klien. ah, dia tak berkenan? mahu tukar? boleeehhhh.........
"ok jack, sila bikin FA untuk artwork sekian-sekian. klien dah approve, mari hantar pada pencetak artwork yang sudah dibakar dalam cakera padat," arahan biasa dari bos.
di sinilah aku mula berasa gementar semacam. mulalah rasa macam ada yang tak siap, ada yang salah dan sebagainya. lagi besar projek, lagi teruk aku gementar. biasanya aku akan ambil masa yang agak lama untuk periksa semula artwork yang telah siap. dan mengambil masa selama lebih kurang lima minit untuk bertenang sebelum mula membakar artwork dalam cakera padat atau dvd. sudah bakar, mahu diserah pula pada pencetak. masa itu, tangan ini mahu tak mahu saja menghulur. berat semacam. dan setelah diserah, aku akan berasa tak tenteram sampailah artwork yang telah siap dicetak beratus-ratus atau beribu-ribu keping dihantar kepada klien.
kenapa aku pos entri macam ni? pasal tadi aku sudah kumpulkan gambar-gambar yang diguna untuk artwork yang lepas, atas arahan bos, pasal klien mintak. sudah bakar dalam dvd, sudah serah pada bos, tiba-tiba aku rasa gementar semacam jugak. padahal gambar saja tu! dan aku tak tahu mana mahu mengadu..............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan