haa..apakah itu? atau bahasa eksennya, "spring cleaning". hari ini aku mengemas bilik aku yang dah tahap stor sukan. stor sukan pun bersih lagi aku agak. mungkin gudang, mungkin rumah tinggal. (ala, mak aku suruh angkat kain di penyidai pulak. kejap ye..)................
kembali. hurm, ya, rumah tinggal. aku mulakan dengan kain baju yang tersadai di atas lantai. semuanya telah aku kembalikan ke tempat masing-masing, iaitu almari. aku bawa keluar apa-apa yang patut demi keselesaan ketika membersih. wahahaiii.....habuk......wah wah wah......sampai tak rasa lah pendek kata lantai yang aku pijak itu. aku sidai karpet kecil di pagar rumah, dan diketuk-ketuk. ah, berapa tan habuk daa dalam karpet ni? di dalam bilik, vakum, sembur, lap. itu baru bahagian meja komputer dan rak buku aku saja. kemudian aku berhenti untuk makan. cis, termakan ayam masak merah yang hampir basi pulak. dan kemudian merayau-rayau sekitar ruang dalam rumah, dan terus hinggap di komputer abah.
"nur! kau dah siap kemas bilik ke belum?" tiba-tiba kedengaran mak aku bersuara, tatkala aku sedang mula perenggan pertama entri ini. "err..belum.." aku menjawab konon-konon tak bersalah. "orang siapkan bilik tu dulu. buat kerja bagi habis baru la buat kerja lain! ni dah duduk situ (meja komputer abah) bila pulak nak siap tu? bla..bla..bla..!!" mak aku membebel. dan tiba-tiba hujan turun. itu yang aku pergi selamatkan kain baju dulu tu. aku bukan apa, aku tak bolehlah kemas bilik secara berterusan. nanti hidung aku gatal-gatal dan bersin-bersin sampai nak tercabut hidung, macam mana kan?
oklah, aku nak sambung kemas bilik. malam karang nak ke pejabat, ada kerja yang perlu diselesaikan. wah, sibuk benar kehidupan aku hari ini!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan