ahah! sedang duduk-duduk ini tiba-tiba terkenang zaman belajar di peringkat diploma dulu. dahulu aku selalu menyibuk-nyibuk di rumah sewa rakan sekelas, yang terletak berdepan dengan pasaraya gergasi di seksyen 13, shah alam. pangsapuri apa entah, tak ingat namanya. ketika itu, seorang kekasih (perempuanlah!) kepada rakan sekelas kami, menumpang tidur sekali. ketika itu aku dan seorang rakan, zura (bukan nama sebenar sangat), sedang menonton tv. kedua-dua kami ketika itu telah pun siap mandi, lalu menghabiskan masa menghadap tv. kemudian kami rasa pelik, dengan keadaan rumah yang agak sunyi. rasanya macam ramai. lalu kami teringat pada kekasih rakan kami itu.
"eh, mana siti (bukan nama sebenar)?" kawan aku zura bertanya. "entah, mandi kot!" aku jawab sambil mata tak lepas dari skrin tv. "ish, apa lama benar dia dalam bilik air tu? mandi ke berendam?" zura memulakan bebelan kecil-kecilan. "berendam apa? ada sinki je dalam bilik air tu! macam muat!" aku menjawab sambil mula tertawa. luculah konon. "hahaha!! manalah tau. sekali seronok saja dia berendam sambil menguak-nguak air di sinki. ah! ah! ah!" zura membuat kesimpulan sendiri sambil membuat gaya menguak yang boleh tahan gedik. sambil aku pula menambah perisa. tapi, sebaik saja zura menamatkan kata-kata tadi, entah bagaimana dia menoleh ke belakang, dan nah, duduk di kerusi di belakang dia, ialah si siti, mangsa penceritaan kami itu. dan dengan spontan, zura berkata, dengan nada penuh mesra seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku, "eh, siti! dah mandi dah? senyap saja. ingatkan dah tidur! itulah kami hairan tu, senyap saja rumah ni! hehehhee.." aku masa itu sudah terkedu, tapi tak rasa bersalah sangat, sebab aku tak berlebih-lebih tadi. siti senyum saja. dan zura terus mempelawa siti menonton tv bersama, sambil menceritakan sedikit sebanyak rancangan yang sedang kami tonton.
kami pun tak tahu lah entah sudah berapa lama dia di kerusi itu. memang pergerakan dia senyap saja, ibarat perempuan melayu terakhir. dan aktiviti menonton tv pada malam itu diteruskan dengan perasaan malu-malu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan