Isnin, April 20, 2009

mungkin status ibu bekerjaya belum layak aku sandang

pulang dari bertemu rakan-rakan malam tadi, sambil membeli belah sedikit barang dapur, aku lihat anak saudara aku yang berusia 2 tahun lebih itu belum tidur-tidur lagi. wah, sudah jam 12 tengah malam lebih ini! lalu setelah menukar pakaian, aku umpan si kecil itu ke bilik, dan memaksa dia menutup mata. lama juga mau bagi dia lelap betul-betul. dan akhirnya dia pun tertidur. aku pulak terkebil-kebil tak boleh lelap. entah jam berapa aku tertidur. kemudian, dalam jam entah berapa pagi, si kecil itu merengek. aku pun memujuk-mujuk dia supaya diam. "kenapa tu nur?" tiba-tiba mak aku terjengul di muka pintu. "entah, merengek nak apa entah ini.." aku menjawab mamai-mamai. "dia panas kot tu. kau halang kipas. letaklah dia kat ruang tamu, dengan kakak-kakak dia," mak aku bagi arahan. ahah, bukan sengaja aku menghalang kipas. aku cuma nak elak dia dari terjatuh dari katil. karang kalau dia jatuh, aku jugak yang kena marah. padahal budak itu yang tidur lasak sangat. setelah alihkan dia, aku pujuk-pujuk lagi supaya dia diam. elok dia diam, aku kembali terjun ke katil aku.

"zehan, mana kunci kereta?" aiyak, bapak aku pulak kacau. aku menggelupur capai kunci dan hulur ke bapak aku dari tingkap bilik. jam ketika itu jam 7.05 pagi. aku sambung tidur. sekali bangun jam 8.15. aiiii....baju tak gosok lagi ni. panas pulak cuaca pagi ini. dengan mata yang sangat berat aku menggosok baju menggunakan seterika phillips yang baru mak beli. peh, kerja keras betul! sudah dipulas hingga nombor 3 pun masih tidak licin! melainkan dibantu dengan semburan-semburan air. (aku lagi suka seterika nasional, terbaik!) peluh mengalir laju mengiringi kegigihan aku menggosok blaus yang memang ikutkan aku nak buang saja. selesai semua, dalam 8.45 aku mandi. cilakak, gosok baju makan hampir setengah jam! peh, sudah mandi pun berpeluh lagi. pakai pulak blaus yang...tak tau la aku nak cakap apa. memang rimas! tudung pulak tak menjadi sangat, menambah kerimasan yang sedia ada. aku ke dapur untuk sarapan pantas, mengisi air untuk bekal di pejabat. blaus aku kala itu sudah serupa dipakai sehari suntuk. kedut teruk! melekat-lekat lagi di badan. shit! stokin tak ambil lagi! dengan peluh yang meleleh laju, aku pakai kasut dan hidupkan enjin kereta. walaupun sudah dipasang penghawa dingin, peluh tetap tegar membasahi badan. sesampai saja di lampu isyarat berhampiran simpang ke lebuhraya, masa itulah teringat kunci pejabat tertinggal. lalu aku membuat pusingan U dan kembali ke rumah. sampai di rumah, bukan kunci saja yang aku ambil, sekali aku tanggalkan blaus dan terus mencapai t-shirt. mau gosok tudung dah tak sempat, pakai sajalah tudung yang aku pakai dengan blaus tadi. ahhhhhh.......serta merta aku rasa sangat lega, selesa dan damai. dan terus bergegas ke pejabat.

sesampai di pejabat, oy, kereta bos sudah siap parkir. jam menunjukkan jam 10 pagi. aii..masuk dan ucapkan selamat pagi. aku sudah rasa malu yang teramat kerana sampai selewat itu.

peh, baru semalam tidur dengan anak kecil, pagi aku dah jadi huru hara. itu belum ada anak sendiri, suami sendiri. mau gempa bumi rumah dibuatnya!

4 ulasan:

  1. wahahahaha.......sape nk PAG ni.....pat2...

    BalasPadam
  2. wehehehe...promosi kulit ayam garing berempah...

    BalasPadam
  3. shoot....aaa..mari!! marii!!!

    esok jemput kari nak?? tumit jawab "kay ADUN!!"

    BalasPadam