petang tadi aku pulang dengan menaiki teksi (sampai ke stesen komuter saja!). niat asal nak naik bas (dan berjimat pasal semalam pun aku ke stesen dengan teksi juga), tapi hari ni badan rasa semacam. mata, mulut rasa kering, di samping leher, bahu (depan dan belakang) gatal-gatal. ah, alahan apa pula ini? ada sedikit seperti beruk keadaan aku di perhentian bas tadi. huru hara tudung aku jadinya. aku menahan teksi, tapi hati masih berharap adalah kelibat bas, sebab pemandu teksi tu mahu caj aku sebanyak RM10! cilakak betul! ada meter tak mahu pakai, tapi sibuk pasang kenapa? alasan, jalan sesak, nanti dia balik susah. wah, perasaan ingin mencarut membuak-buak dalam dada, dan bergentayangan di hujung lidah minta diucapkan. tapi memikirkan keadaan aku yang dah hampir tak tentu arah di situ, aku setujukan saja. cit! sepanjang perjalanan ke stesen komuter lancar sahaja. hatta depan the summit yang terkenal sesak itu pun, tenang saja. sesak memang sesak, tapi tak adalah sampai bikin panas, tapi pemandu itu yang bikin panas. rasa mahu saja aku jerut leher dia dengan tali beg aku ini. tapi kira ok juga, dia hantar sampai depan pintu stesen.
hari ini komuter tak berapa sesak. walaupun tak dapat duduk (kalau ada pun, aku tak mahu pasal sehari suntuk duduk di pejabat), tapi sekurang-kurangnya ada ruang udara untuk aku bernafas lega.
ah, kenapa aku rasa hidup aku tidak bermotif dua, tiga hari ni? entah apa motif aku menaip entri ini malam ini pun aku tak tahu. ah! serabut!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan