Isnin, April 13, 2009

makan tengahari yang puas semacam

ahah! kali ini aku mahu bercerita tentang makan tengahari aku. dalam jam 2 petang aku bergerak ke sebuah restoran di usj 9. hari ini mahu makan mi sup (lagi sekali). seperti biasa, tiada petak, maka terpaksa parkir berganda (double-park). aku pesan mi sup ayam beserta teh o limau suam, yang entah macammana boleh jadi teh o limau ais. sedang enak menikmati mi sup panas-panas itu, tiba-tiba ada kereta mahu keluar. aku pun alihkan kereta tua milik abah, tapi masih memilih parkir berganda, kembali menikmati mi sup ayam tersebut. habis makan, aku menikmati pula teh o limau ais yang dingin segar, berlawan-lawan dengan mi sup panas yang telah bertakung dalam perut.

"PIIIINNNNNN!!!!" aku terdengar bunyi hon kereta, bunyinya macam marah, dan tak mahu bersusah. aku toleh ke arah kereta aku, hurmm, ada sebuah honda accord model baru yang cuba keluar, tapi macam terhalang oleh kereta aku (yang terletak di barisan seberang). bunyi hon kedengaran lagi, kali ini lebih kuat, macam sakit hati sangat sebab susah mahu gostan. aku sekadar memandang saja, dan berlenggang-lenggang ke kaunter membayar harga makanan. sempat aku menjeling ke arah si honda accord tadi, masih berhempas pulas, sekejap undur, sekejap maju. aku sekadar tersenyum sinis. entah apa yang dikecohkan sangat. dua minggu lepas, di tempat sama, aku pun mengalami perkara sama. sudahlah ada kereta di belakang (barisan bertentangan) di barisan tempat aku parkir pon ada kereta parkir berganda di sebelah kanan kereta. kira-kira, undur pun susah, mahu belok ke kanan pun susah. aku tak boleh belok ke kiri, kerana itu jalan sehala. tapi aku berjaya keluar dari petak parkir tanpa sebarang bunyi hon pun. tambah lagi, kereta abah itu langsung tiada "sensor" di belakang. boleh saja. berbanding honda accord tadi yang sudah pasti ada "sensor". bising-bising mahu keluar. dan setelah berjaya keluar, dia terus berdesup laju meninggalkan tempat itu, sementara aku masih berlenggang-lenggang ke kereta.

entah kenapa, aku rasa puas semacam dapat bikin pemilik kereta mewah begitu bengang. kamon, kalau boleh bersusah-susah mendapatkan kereta mewah, takkan lah tak boleh bersusah-susah sekadar mahu keluar dari parkir? walaupun anda mungkin hendak cepat, tapi, belajarlah bersabar. nanti di jalan besar akan berdepan dengan kesesakan jugak.

4 ulasan:

  1. wehehehe....org idup mewah mmg nak sng...mana kenal erti susah...

    BalasPadam
  2. tau takpe..nak gostan pon bising2..tu belum kalo dia nak cepat2 kt highway....

    BalasPadam