Khamis, April 30, 2009

fobia

kalau kau lihat aku, kau akan rasa aku seorang yang berani. berani meluahkan kata-kata, berani bertindak. berani menegakkan pendapat. ah, itu kau cuma lihat di luar saja. tapi, ya, benar, sebetulnya aku seorang berani. tapi ada beberapa perkara yang boleh menyebabkan orang kata "ee..tak sangka kau selemah ini!" atau "ini benda kecil-kecilan saja! apa yang kau takut sangat?" atau mungkin juga kau akan menyangka aku mengada-ngada. tidak, aku ada masalah sebenarnya. tadi baru saja aku google masalah fobia aku, dan hasilnya aku jumpa istilah-istilah fobia yang aku alami. mari lihat.

arachnophobia - ketakutan melampau pada labah-labah.
aku sangat takutkan rupanya dan cara pergerakan dia. aku tak faham macammana sesetengah orang boleh kata labah-labah itu sangat cantik.

gamophobia - ketakutan melampau pada perkahwinan.
ya, orang kata kahwin itu sangat seronok. tapi pada aku, entahlah. banyak benda yang aku takut pada perkahwinan ni. aku nak merasa alam itu, tapi, ketakutan mengatasi keinginan itu lantas menyebabkan aku sengaja menolak banyak ajuan lelaki untuk berpacaran. tidak, bukan aku cuba berlaku cerewet atau sangat memilih (kadang perlu juga), tapi, ah, susahlah nak cakap. hanya orang yang mengalami perkara ini saja yang memahami. bagaimanapun aku sedang cuba melawan fobia yang ini.

dendrophobia - ketakutan melampau pada pokok.
ini juga satu hal yang orang boleh gelakkan aku. entahlah kenapa, aku takut pada pokok. tambah yang bentuk pelik-pelik dan besar tinggi. rasa macam pokok itu boleh tangkap dan makan aku.

nyctohylophobia - ketakutan melampau pada kawasan hutan yang gelap atau keadaan hutan pada waktu malam.
ini memang sangat-sangat. aku boleh terpaku tak bergerak kalau berdepan dengan kawasan macam ini. masalah lagi best bila aku nak lari pun aku tak berani, nak duduk diam-diam kat situ pun tak boleh. contoh kawasan, jalan ke puncak perdana. memang terbaik!

nyctophobia -ketakutan melampau pada gelap atau malam.
ini aku masih boleh hadapi lagi. tapi memang celaka kalau tiba-tiba rumah, pejabat atau mana-mana saja terputus bekalan elektrik, di waktu malam. tak kiralah masa itu ada orang atau tak.

xylophobia - ketakutan melampau pada objek-objek kayu atau hutan.
objek-objek kayu aku tak takut, cuma aku takut pada hutan. tengok dari luar saja dah seram, apatah lagi nak masuk berkhemah sukaria dalam itu. tolonglah!

semua ketakutan yang aku alami ini tidak berpunca dari pengalaman-pengalaman buruk. ya, mungkin ada, yang aku tak sedar. tapi yang aku tau, aku takut. itu saja. tak pernah sekalipun aku pergi dapatkan rawatan. cara merawat? elakkan semua perkara di atas. aku pun tak tahu macammana aku boleh mengalami begitu banyak fobia sekaligus. dan mungkin juga aku mengalami sarmassophobia, ketakutan melampau untuk "dating". oh, damn.

3 ulasan:

  1. Aaa..Aku rase aku fobia dalam tempat yg sempit kot. Lagi satu, aku fobia bile orang angkat kerusi tinggi2 dan aku imagine kerusi tu terkena kipas kat ceiling. Ngeri2..

    BalasPadam
  2. hah.orang mcm ni elok la kawen cepat. kadang2 pas kawen masalah2 gini akan selesai secara auto.


    tp, mslh len plak akan timbul...ahahahaha

    BalasPadam
  3. ah, ko ni jaisyul, lagi mau melunturkan semangat aku...

    ungu, masalah fobia nih mmg sgt menyusahkan..tp kalo berani memanjang org meluat plak...waahahhaha!!!!

    BalasPadam