Jumaat, April 17, 2009

sudah, aku tak boleh

kau, aku minta maaf. aku hargai perasaan kau pada aku. tapi, aku rasa aku tak boleh. kenapa? sebab, aku dah tak boleh nak terima perangai merajuk kau, panas baran kau, dan desakan-desakan kau. kau tau tak, sepanjang kita berbual dalam pengutus yahoo!, aku susah sekali merasa senang, apatah lagi menikmati perbualan itu. sebab setiap saat, aku terpaksa tapis kata-kata aku, yang sudah terkarang dalam kepala, dan bila ditaip, terpaksa sunting lagi, semuanya demi mengelakkan kau melenting, atau paling tidak pun, merajuk. tapi tetap juga berlaku. lagipula, aku dah tak terdaya lagi untuk memujuk kau atau cuba menyejukkan kau bila kau merajuk atau marah. aku minta maaf, lelaki pada aku seharusnya bersifat melindungi, dan memberi rasa selamat pada wanita. tapi, dengan kau, dada aku merasa ketat, sakit, jantung berdegup laju dan aku susah bernafas. tidak, ini bukan debaran cinta. tapi lebih kepada tekanan hebat yang aku tak mampu lagi berpura-pura mampu menanggung. ya, memang kau dah kurang buat semua tu, tapi, aku trauma. oh ya, jangan panggil aku dengan panggilan "sayang" lagi. aku bukan kekasih kau, dan aku tak pernah jadi kekasih kau.


arrghhhhh!!!! bestnya kalau aku dapat ucapkan kata-kata di atas pada dia!! damn!!

4 ulasan:

  1. Aha. Ni mesti rase takot nk sakitkn hati org.

    BalasPadam
  2. tau takpe!! tapi aku sendiri dah rasa sakit gile......peluang kene sakit jantung makin meningkat...

    BalasPadam
  3. woh. kritikal tu. baik amik langkah dari sekarang. sblm sakit btol2.

    BalasPadam
  4. uh..uh..itulah...kenape ade makhluk sebegini susah...

    BalasPadam