selepas habis menaip entri blog siri pertama tadi, aku pun dengan tekun dan gigih menyambung misi pembersihan bilik. wah, aku terpaksa menahan nafas demi menghalang serbuan habuk ke dalam hidung. itu pun tekak aku sudah ada tanda-tanda menggatal. meja komputer, rak buku semua hampir satu jam makan masa. kemudian aku masukkan bil-bil dan segala penyata dalam fail masing-masing, dan menyusun kembali segala sijil aktiviti di sekolah. dan tiba-tiba ada satu sijil yang tak cukup. sijil kelahiran. aiseh, ke mana pulak perginya ni. aku berdoa semoga aku tak terbuang sijil penting itu. pling! ya, aku tau sekarang. mungkin ada bersama sahabat aku, kerana aku meminta dia mensalinankannya 2 bulan yang lalu. berdoalah semoga sijil itu benar-benar ada bersama dia.
jam 6 petang, 90% telah siap. cadar sudah bertukar, meja solek semua terang dan teratur. meja komputer juga begitu. aku keluarkan tudung-tudung bawal yang aku cilok dari mak aku untuk dibasuh. dan menyediakan baldi dan mop, serta menyapu bilik tersebut. peh, tak boleh nak kata lah habuk serta sawang yang terlibat. boleh buat bola kecil lah pendek kata. selesai menyapu, aku segera mop bersih-bersih lantai bilik bercat biru (hasil kerja bapak aku dulu). barulah naik kembali seri lantai itu. dan dibentangkan semula karpet pemerangkap habuk. kemudian barulah hidung aku meleleh hingus.
siap semua, aku persembahkan pada mak. "hurmm...camni-lah! esok semak balik la tu," tenang dan yakin beliau mengeluarkan kata-kata. aku terdiam. itu belum aku persembahkan pada abah. pernah dulu, dan beliau dengan tenang juga, mengatakan "hurm, dua hari je tu.." wah, memang betul-betul mereka mengenali anak mereka ini. tidak, aku telah berusaha sedaya upaya. tapi, aku akan pastikan, kali ini bilik aku berada dalam keadaan kemas dan bebas habuk selama yang mungkin, yang pasti, lebih dari seminggu. ah, baiklah, dari tadi aku lalu lalang depan bilik, asyik mengintai kekemasan dengan perasaan bangga di hati. tak sabar rasanya nak merasmikan bilik itu. aku tidur dulu ya!
notakakiayam: aku tak pergi pejabat pun. tengok jam sudah 9 malam. esok pagi-pagilah aku gerak.
haha..tu le..smlm aku nk masok komen pn xleh..
BalasPadam