pagi ini aku bangun macam terawal sikit.dalam 20 minit sebelum jam 8 pagi. letih benar aku rasa. ya, macammana tak letih? malam tadi aku mimpi aku diserang sakit jantung. bukan betul-betul kena, tapi macam sakit-sakit dada dan sesak nafas. entahlah mimpi ke betul-betul aku pun tak pasti. tapi yang penting aku masih dapat bangun untuk meneruskan kehidupan di hari jumaat ini.
selesai urusan bersiap dan sarapan serba sikit (pisang dengan nescafe), aku pun berangkat ke pejabat. entah apa huru hara sangat kepala otak aku pagi ini. undur kereta, lagi sikit mau seret di pagar. masuk balik, dan undur. hah, berjaya. di atas jalan, di depan aku ada sebiji motor ditunggang dua orang anak muda. wah, tenang sekali mereka menunggang. aku dahlah lambat ni, jam 9, tapi belum masuk lebuhraya lagi. masih terkedek-kedek di belakang motor yang menjadi punca keterkedekan itu. masuk saja di lebuhraya, aku berhenti di stesen minyak kulit kerang, demi mengisi minyak yang semakin kurang, dan kemudian meneruskan perjalanan. "HAH!! MAIYAMAAA!!!" aiseh, tertinggal kunci pejabat pulak. lalu aku mensusur masuk ke simpang pusat bandar bandar anggerik, dan berpatah semula ke rumah. ah, sialan, boleh tahan jauh juga kena pusing. hampir sampai di rumah, nyaris saja aku kemalangan disebabkan kesengalan seorang pemandu kereta jenama yang diambil sempena nama anak perempuan Karl Benz. mahu masuk ke jalan tak reti beri signal. nasib baik aku ini jenis pemandu yang boleh tahan cekap (syukur, setakat ini). akhirnya selamat sampai di rumah, dan mengambil kunci, lalu kembali semula ke pejabat.
tapi, di kawasan sama, jalan di situ memang agak sesak pagi-pagi begini. masuk saja ke jalan menuju ke lebuhraya, sekali lagi aku dibakar oleh seorang penunggang motor ini. wah, kalau mamat berdua yang menunggang tadi tu dah dikira tenang, yang ini lagi tenang, malah damai sekali gaya tunggangannya, siap gigit-gigit kuku (atau korek hidung agaknya) sambil motor bergerak perlahan. mau potong, tak boleh pulak, di kiri ada saja kereta yang lalu. "WOI! TEPI!!!" aku menjerit dalam kereta. ah, bukan dia dengar pun. tau-tau sudah sampai di lampu isyarat. aiii....apa punya pagi daaa pagi ni...
dan dada aku masih berasa berdebar-debar lagi. apa pasal pulak ni..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan