Sabtu, April 11, 2009

kau cabar? aku sahut!

ya, itulah dia. cabaran yang aku rasa, pada orang lain, mungkin senang-senang saja. tapi, pada aku, agak susah juga mahu laksanakan. ini kerana ia mengingatkan tatkala aku terlantar di sebuah hospital kerajaan di klang, akibat dihinggapi denggi yang hampir berdarah. entah berapa gelen air yang aku kena telan, belum masuk IV drip lagi. dan pulih saja, aku kembali kepada kehidupan dulu, menelan air kurang dari 800ml sehari, sehingga kebelakangan ini aku rasa badan aku kering dan lemah semacam. lalu seorang sahabat menyuruh aku minum 2 liter air sehari. macam-macam alasan aku bagi, tapi memikirkan ini untuk kebaikan, aku cuba juga, itupun dua hari lewat dari tarikh cabaran.

ya, dan semalam (10 April) bermulalah cabaran itu. ahah, ada juga yang memandang rendah akan kemampuan aku, dan tak kurang juga yang memberi galakan. tapi, aku tetap menyahut cabaran itu. dan menjelang 6.30 petang, aku berjaya habiskan 1.5 liter (huh, senak dada aku!) sehingga terbatuk-batuk. aku rancang, lagi 500ml aku selesaikan di gelanggang badminton (setiap jumaat malam aku bermain badminton, aktiviti pejabat). tak berapa sampai lah rasanya. tapi agak terasa lah kesannya. rasa bersih semacam badan aku, kepala pun rasa ringan, otak aku pun tak berapa nak merepek sangat, walaupun agak berat juga aku mahu bergerak, penuh air lah katakan.

dan untuk hari ini!! errrr......aku.....aku.........errr.......cubalah ye....??? eheh..

4 ulasan:

  1. huhhu..badminton..arwah zol antare pencabar badminton aku terhebat..jarang ade org leh cabar aku badminton..

    BalasPadam
  2. umm...aku faham rasa kehilangan ko...aku pon penah rasa....walopun aku tak penah kenal arwah kan....kalo ko mau menghilangkan rindu cabaran itu, silelah join team bos aku..aku sendri pon tak brani mau lawan dia....

    BalasPadam
  3. macam bagus2 je "jarang ada org leh cabar aku"


    aku tgk aritu ko tegeliat lawan sorg mamat tu...siap ko smash dak tu petik selamba jer...

    BalasPadam
  4. haha....ini aku da tamau campur......

    BalasPadam