Ahad, April 26, 2009

lama tak jumpa

kunjungan aku dan mak ke jusco hari ini menemukan aku dengan dua rakan lama. satu dari fakulti, satu dari sekolah rendah dan menengah. ketika mak aku sedang menyoal siasat tentang beberapa jenis telefon bimbit (wah, mak aku sekarang hobi tukar-tukar telefon bimbit!), eh, masa itu dah selesai. aku terserempak dengan seorang rakan lama di fakulti dulu. bertanya khabar sekadar asal tahu perkembangan sekarang. aku tak pasti lah kalau dia dah kahwin, tapi nampaknya kekasihnya dulu sibuk memimpin kanak-kanak lelaki dalam lingkungan umur setahun lebih (ah, peduli apa pun), jadi mungkin sudah kahwin lah tu. aku pun malas mau tanya. dan soalan lazim bila rakan lama bertemu aku, "kau macam mana? dah kahwin?" dan aku dengan kembang dada menjawab, "aku biasalah! macam ni saja!" ahah! memang seronok juga jawab begitu. aku pun tak tahulah kenapa langsung tak ada rasa rendah diri bila orang tanya sudah kahwin atau belum, dengar berita perkahwinan rakan-rakan pun sama, sedikitpun tidak menggoyahkan perasaan. mungkin belum masa isyarat gelabah diaktifkan lagi agaknya.

pertemuan dengan rakan kedua pula di kaunter bayaran pasaraya jusco. alah, terserempak saja. sebab aku seperti pernah tengok perempuan ini. ah, dialah! tapi, sedikit pun aku tak menegur. bukan sombong, tapi kalau dia tak ingat aku, buat penat saja aku mengulang semula cerita-cerita lama sebagai petunjuk yang dia memang kenal aku. cuma aku agak kagum juga, betapa semakin menginjaknya usia, semakin berubah penampilan seseorang itu. perempuan itu dulu di sekolah bukan main ganas, suka membuli, walaupun aku rapat juga dengan dia. tapi tidaklah aku dibuli dia. dan pertemuan tadi memperlihatkan penampilannya seperti perempuan-perempuan selayaknya usia kami, dengan beg tangan, seluar skinny (bukan jenis jeans, tapi yang kapas itu) bersandal. tidaklah jenis yang lawa-lawa dan bling-bling, tapi cukuplah sekadar menampakkan dia itu perempuan. ah ya, dia sudah berkahwin juga. itu yang aku dengar dari kawan-kawan lama. patutlah pun.

dan perempuan ini juga yang cara pakaiannya masih tidak berubah. seluar perempuan yang aku beli habis kelihatan seperti seluar yang dipakai kaum-kaum indie. ahah! jadi saja diri sendiri. buat apa sibuk-sibuk ikut gaya-gaya yang dilaung-laungkan oleh majalah-majalah fesyen? (walaupun mengikut rakan aku, aku patut mengikut demi menarik lelaki. erk, apakah?)

5 ulasan:

  1. aku sungguh tidak bersetuju dgn saranan 'kwn' ko yg suruh berubah demi menarik perhatian lelaki tu.. be urself..

    kawin? bkn ke jwpn feberet ko bila org tanye bila nk kawin ko akan jwb "tgk la kalo ada ms lapang.." haha!

    masih belum ketemu yg sudi menerima diri ini apa adanya..

    BalasPadam
  2. mmg takde masa lapang pun. hari ni aku gi keje pakai high heels...cam setan rase dia....damn!

    BalasPadam
  3. setan pakai hi heels ke?

    what the heels..

    ck ck ck~

    **(ok apa "klu ada masa lapang" daripada "klu ada napsu")

    BalasPadam
  4. cik ungu: sebab tak pasal2 kaki cam bengkak plak, pastu pergerakan jd slow. jadi aku merumuskan high heels sesuai di pakai pade majlis2 saja.

    enche' ham: dah tentulah tidak. dan terima kasih kerana menyokong statement mase lapang aku..hehehe..

    BalasPadam