Isnin, April 06, 2009

lelaki memang macam ni, atau aku tak pernah peduli?

lelaki. ya, walaupun aku boleh saja menjalani kehidupan tanpa mereka, tapi aku tetap memerlukan juga. ah, saling memerlukanlah pendek kata. sudah hampir tiga tahun aku hidup tanpa teman istimewa berjantina lelaki. wah, lapang juga rasanya. bebas sebebasnya. tapi 3 bulan lalu, datang dua lelaki dalam hidup aku.

lelaki pertama, kewangan boleh tahan. kami boleh dikatakan sekepala, sejiwa. trauma bermula apabila dia tiba-tiba mengasak aku dengan ajuan berpasangan dan lanjut kepada perkahwinan. wah, bagaimana ini? sedangkan bertemu muka pun tidak pernah, hanya berbual melalui pengutus yahoo! dan sms saja. mendesak aku supaya ada perasaan padanya seperti dia rasa terhadap aku. dan akhirnya dia mengaku dia merasa sangat sayang pada aku. malah memanggil aku dengan panggilan enak-enak didengar. ya, aku juga sayang padanya, tapi tidak sampai merasa cinta, kerana aku tidak pernah melihat wajahnya. jadi tidak adil bagi aku untuk mengikut kehendak dia, kerana, kalau keadaan fizikalnya tidak "indah", tentulah aku tidak boleh menarik balik kata-kata setuju aku. dan ini akan membunuh aku, dan melukakan dia. aku tak mahu ini terjadi. tapi aku mengaku dia itu sangat baik orangnya. cuma pendekatan yang diberikan itu sangat mendadak, dan memaksa-maksa, sehingga nyaris aku membuat keputusan yang silap, kerana hendak menjaga hati dia.

lelaki kedua pula datang setelah aku menolak baik hasrat lelaki pertama (kami masih berkawan sehingga sekarang, kerana aku sangat kagum dengan dia). tetapi lelaki kedua ini, aduh, entahlah. mula-mula berkenalan, sudah hendak merajuk itu ini dengan aku. setelah aku memerhatikan kondisi dia, dapatlah aku memahami perangai dia. dan tidak berapa lama selepas itu, mula menggelarkan aku dengan panggilan "sayang". what the...?? aku sampai terdiam, tak tahu hendak menyahut apa setiap kali dia memanggil aku dengan panggilan itu. ini pun satu hal juga, tak pernah berjumpa, tapi sudah begitu melayan aku bagai seorang permaisuri. dia tak tahukah aku ini perangai paling tak semenggah? lama-lama aku sudah lali dengan panggilan itu, kadang berbunga, kadang geli pulak. dan sekarang dia bertanya, adakah aku sayang pada dia. sudah kali kedua atau ketiga rasanya. oh Tuhan, perlukah aku jawab soalan itu?

lelaki-lelaki di atas, aku sangat berterima kasih dan terharu atas perasaan anda pada aku. ya, aku sangat menghargai kasih sayang anda. cuma yang aku hairan, bagaimana seseorang lelaki boleh merasa sayang pada orang yang dia tak pernah langsung jumpa, apatah lagi melihat perangai yang disayang itu di depan mata? dan mudah sekali mengungkap kata-kata itu, walaupun aku tidak pernah mengungkapkan perkataan sama pada anda. sekadar menilai dari cara layanan aku di alam maya, seakan telah cukup untuk meyakinkan mereka yang aku ini "pilihan tepat". aku tidak memandang harta, rupa adalah juga, kerana aku juga yang hendak mengadap pagi petang, siang dan malam. tapi kadang-kadang sifat dan sikap seseorang itu mampu mengatasi rupa seseorang, kan? jadi entahlah, berbanding lelaki kedua, walaupun rupa muka boleh tahan, tapi aku lebih selesa dengan lelaki pertama, bukan kerana kestabilan kewangannya, tapi kerana dia lebih cool (walaupun suka mendesak) dan lebih teratur emosinya, dan boleh dibawa berbincang, dan memberi pendapat yang bernas.

ya, aku sudah meleret. poin yang hendak aku ketengahkan sebenarnya adalah:-
"bagaimana lelaki boleh menyayangi orang yang dia tak pernah jumpa secara berdepan?"

apa maksudnya ini? pancingan atau keikhlasan? kalau ketika aku berumur belasan tahun dan awal 20-an dulu, mungkin juga lah aku bisa dipancing begitu. tapi, di usia lewat 20-an ini, bukan kata manis, sumpah setia yang aku cari. aku cuma mahukan kestabilan, dari setiap segi.

hah?? lewat 20-an???? haiseh..

7 ulasan:

  1. eh? ko lewat 20-an?? tidak mungkinnnn.. dh laa comel smue.. tidak mungkinn..

    BalasPadam
  2. sudah2la tu cik ungu....percaya saje la....tahun ni aku akan berusia 27...dah kira masuk lewat 20-an...lagi 3 taun umur da 30..tu ko tgk gamba saje mmg la.....3 taun tu pon bukannye jauh sgt jalannye...tau2 dah 30....wahh!!

    BalasPadam
  3. teros terang la aku katakan..aku sekarang 20% je pcaye pade perempuan...MUAHAHA~..based on exprience gak

    BalasPadam
  4. apsal komen korang tade kene mengene ngan persoalan di atas?? uhuhuu..

    ya, bgmanepon terima kasih kerana berkongsi....neo, up sket peratusan percaye ko tuh...weeheheee!!

    BalasPadam
  5. hebat la ko...senang je dapat org nak panggil sayang kat ko...terharu aku baca entry ni...

    (hahaha...first komen aku kat sini)

    BalasPadam
  6. ahah! mekasih sudi membace...itulah aku pon tak faham diorg nih! herrkk!!

    BalasPadam