sepulangnya aku ke rumah jam hampir 11.30 malam tadi, selepas berjumpa rakan dan membeli barang sebungkus dua roti untuk sarapan esok, aku lihat di meja dapur tiba-tiba ada baaanyak makanan. antaranya daging rendang, daging masak apa entah dan daging paprik, dan yang paling seksi sekali tentulah kek gula hangus yang terlentang baik di atas meja. kakak aku sedang mencuci pinggan mangkuk. aku pun setelah meletakkan bungkusan roti secara sepah-sepah di meja, terus memotong kek gula hangus tadi, dan membelah dua pulak. kemudian aku berlalu ke bilik untuk menyimpan beg dan menukar uniform tidur dan membiarkan kek tadi terdedah, sebab nanti aku nak datang balik ambil yang lagi separuh. tiba-tiba...
"ZEHAN NI TAK RETI TAU!!!!!"
uik? apa ini? tiba-tiba saja. lalu selesai saja menukar pakaian, aku ke ruang tv mendapatkan mak. aku sempat menjeling ke arah dapur dan melihat kakak aku membawa piring-piring untuk menutup lauk-lauk di atas meja. dengan muka sememeh mencebik, aku mengadu, "tiba-tiba saja kena marah. entah apa pasal entah....." "alah..biarkan..buat tak tahu saja.." mak aku memujuk. peh, sejak berumur lewat 20-an ni, dah tak dengar dah mak aku menambah perisa kemarahan kakak aku terhadap aku. kalau tidak, selalu aku dapat pakej berganda. ehem..ah, kakak aku tu. baru basuh pinggan sikit dah nak angin-angin macam itu. jadi, sebagai melepas geram, aku bagi anak dia makan coklat. aku tau dia memang tak suka anak dia makan benda-benda macam itu, takut kotor baju. tapi tak kotor pulak baju budak tu tadi. cis!
napa xlap je baju dak tu ngn coklat..wehehehe
BalasPadamaaaa....biarla dia comot semula jadi..kalo lap, nampak sgt jenayah yang disengajakan....lg la teruk aku kene....hehheee...
BalasPadam