sebab hari-hari sarapan dan makan tengah hari aku adalah sandwich itu. jem tukar-tukar, tapi padanan terbaik untuk mentega kacang adalah jem strawberi. ya, aku tak kisah walau dipadankan dengan jem buah-buahan campuran atau raspberi, tapi tidak kalau dipadankan dengan marmalad oren. oh, langsung tak masuk! masuklah juga dalam perut, tapi dari segi keserasian rasanya, tidak begitu menggiurkan, ibarat memakan ubi rebus pekena dengan air sirap. ya, mentega kacang "chunky" pun boleh tahan juga, walaupun menambahkan kerja-kerja mengunyah, dan menyusahkan kerja-kerja menyapu pada roti, tapi ia menambah keterujaan, kerana bunyi krup krap yang terhasil tatkala makan. bosan? tidak juga. kerana sandwich ini paling mudah disediakan, dan tahap kekenyangan pun boleh tahan juga. dan boleh dimakan tanpa perhatian, dan secara main-main, seperti memakan ayam goreng. tidak seperti nasi campur atau kueytiaw tomyam, mereka memerlukan fokus dan komitmen untuk dihabiskan. kalau tidak, bersepah berjejeran di sana-sini.
notakakiayam: aku sekarang sudah kembali pada tomyam (yang menjadi ketagihan aku suatu masa dulu). tapi tak bermakna ketagihan pada ayam goreng telah pulih. cuma sekarang ia dapat dikawal.
sy setuju! padanan mentega kacang dengan jem strawberi. tp sy peminat mentega kacang chunky. Layannnn..
BalasPadamaha!! tak kira la chunky atau creamy, yang penting ia mentega kacang yang sedap!
BalasPadam