Isnin, Mac 30, 2009

bertenanglah hati

wah, banyak pulak post aku ini hari ya?

begini, sudah beberapa bulan, aku kuat semangat menonton filem-filem seram (pasal dah jarang ikut, atau mungkin dah terlampau disogokkan dengan cerita-cerita sebegitu di tv). kiranya ibarat menonton filem cinta yang standardlah. adalah terkejut-kejut tu, tapi taklah sampai aku terpelanting ke belakang macam dulu. dan malam tadi, astro kirana menayang filem pocong 2. aku menonton sambil menaip blog-blog untuk dipost ke laman maya. alah, filem itu dah aku tonton, dah tau pun jalan cerita. cuma mak dan abah aku saja yang belum pernah menonton. cis, agak goyang juga aku menonton cerita itu. mulalah rasa tak stabil nih. tapi buat-buat tabah, lagipun aku tidak fokus sepenuhnya pada filem itu, cuma bila ada adegan-adegan menarik saja baru aku tengok, sambil mempromosi pada mak dan abah. mereka pun boleh tahan goyang juga. jam 12 lebih filem itu tamat. abah telah pun tidur di depan tv (pasal cucu sulungnya tidur di bilik dengan neneknya). mak juga telah tidur. lampu semua telah dipadamkan. aku teruskan dengan blog-blog aku di laman maya dalam gelap hingga hampir 1.30 pagi, baru aku matikan komputer.

sedang aku menunggu komputer itu padam sepenuhnya, tiba-tiba terdengar lolongan yang sayup, bermula dari tona rendah, membawa ke tona tinggi dan berakhir dengan jeritan. aduhhh..jiwa sanubari aku kala itu.....memang goyang. jantung aku serta merta berdegup kencang, sehingga aku terpaksa memegang dinding supaya aku tak rebah di celah-celah meja komputer. kemudian abah bingkas bangun, dan bertanya "apa itu?" pada aku. aku menjawab dengan suara yang dipaksa bernada tenang, "mak mengigau kot!" maklumlah, orang tua itu baru menonton filem seram. tentulah sikit banyak mengganggu minda bawah sedar beliau. dan abah terus menerpa dalam bilik. aku pula terus ke dapur membasuh cawan dengan debaran masih bersisa. serta merta aku rasa seram yang semacam, yang dah lama aku tak rasa. masuk saja ke bilik, cepat-cepat aku capai mp3 player aku. aku tak ingin lagi dengar jeritan serupa tadi berulang lantas mengganggu tidur aku akibat degupan jantung yang terlampau laju.

ai, sudahlah gelap, dengar pulak jeritan semacam itu. walaupun aku tau dari mana punca jeritan itu, tapi gabungan jeritan itu dengan suasana malam benar-benar menjadi! letih rasanya sementara menunggu mata lelap tapi terpaksa tahan debaran di dada. oh, aku masih lemah semangat rupanya.

2 ulasan:

  1. kejadah apakah itu berseraman beramai2?

    BalasPadam
  2. biasalah, ikatan kekeluargaan yang kukuh...kita harus bersatu..

    BalasPadam