Isnin, Mac 30, 2009

ah, dah lama tak begini

sebenarnya sudah hendak tidur, tapi, ah, apalah salahnya membuang barang seminit dua untuk menulis sesuatu buat sahabat aku yang seorang ini. kami bersahabat sudah 9 tahun. dia sudah faham aku, aku juga sudah faham dia, tapi cuma dia seorang yang boleh membaca aku, sampai sudah aku tak berjaya membaca dia. malam kelmarin (28 Mac) aku bermalam di rumahnya. rumah sewa saja, tapi, rasanya sudah lama aku tak merepek-repek bersama dia begitu. dan malam itu, kami berpeluang merepek-repek sebelum tidur, seperti di zaman memeras otak, mengancing gigi dulu. cuma rasanya tidak lengkap ahli-ahli merepek ini. tapi tak apalah.

aku bermalam di rumah dia sebab kami akan bergerak ke melaka dari daerah damansara itu. setelah puas merepek, entah bila masa kami tertidur. jam 7 pagi esoknya, jam penggera aku (dari henfon saja) menjerit-jerit. "oh, berilah masa lagi lima minit!" lantas aku lengahkan masa penggera itu. sebaik sahaja aku melelapkan mata, tiba-tiba, "krongg!! krongg!! prangg!!" bunyi seperti sesuatu roboh dan pecah. "oh, cepat benar aku bermimpi!" lantas aku membuka mata. dan aku melihat kosong sahaja di dinding yang aku hadap itu. dan sahabat aku ini bingkas bangun. "ah, roboh pula "stand" penyangkut baju aku ini! aii.." seraya membetulkan kembali kedudukan "stand" itu. oh, roboh rupanya. ingatkan aku bermimpi. dan aku pun bingkas membantu apa yang patut. yang penting selamatkan dulu baju kurung dan tudung yang telah aku gosok semalamnya. dan sahabat aku menyuruh aku mandi dahulu sementara dia cuba membetulkan "stand" tersebut. gagal. sebab terpaksa alihkan pakaian semua ke tempat lain.

jam 8.30 pagi, setelah siap bersolek lawa-lawa (bolehlah) kami segera ke kedai minyak berdekatan, mengisi minyak dan angin. ah, mujur keluar awal, macam-macam hal ketika mengisi minyak dan angin tayar. selesai semua, kami ke rumah rakan lagi seorang, untuk berkonvoi bersama. selesai sarapan, kami pun bergerak. aku memandu sepanjang jalan ke melaka. sepanjang perjalanan, kami menceritakan keperitan dan kesengalan serta kelucuan hidup masing-masing. dan itulah pertama kali aku bersua dengan anak lelaki sulung geng merepek kami yang lagi seorang, ah, comel benar. tak puas bermain dengan si kecil itu tadi. sampai di rumah pengantin, biasalah, makan, bergambar, bersalam dengan pengantin, kami pun pulang. rakan konvoi kami ingin berjalan-jalan sekitar melaka. tapi kami memutuskan untuk pulang. tak apalah, redah saja. bukannya kami buta huruf tak tahu membaca tanda jalan.

pulang ke kuala lumpur pun masih aku yang memandu. di RnR ayer keroh, kami mengisi minyak. eh, macam nampak cik didot! tapi seperti terkocoh-kocoh benar. tak apalah. aku pun teruskan misi mengisi minyak. dan sepanjang jalan itu, kami merepek-repek lagi. walaupun aku dah mula mengantuk (sehingga tersalah jalan selepas tol sungai besi), tapi aku rasa puas dan seronok kerana dapat meluangkan banyak masa dengan sahabat aku yang seorang ini. dan ini pertama kali aku memandu sejauh ini berdua dengan dia. tidak, bukan begitu, kami adalah sahabat baik. janganlah fikir yang bukan-bukan!

terima kasih dak sebab percaya aku memandu kereta kau sejauh ini, walaupun hampir kemalangan sebab aku terkhayal kejap di selekoh yang tak berapa tajam. lain kali kita berkereta dengan kereta aku ya! (entahlah bila..) je t'adore, ma amie!

notakakiayam: terbaik punya anak aku ini langsung tak lapor pada mak abah bila bertolak pergi dan balik. lupa pulak!

3 ulasan:

  1. err...yg berumur 27 an tu bile nak kawen erk?ade kekosongan x?iklan da kua ke apa?

    BalasPadam
  2. apesal la susah sgt nak anta komen nih..adoi..

    BalasPadam
  3. soklan pertama sudah dijawab dlm EPL-kutuk dan puji.

    soklan kedua, td pun aku kene camtu gak...igt ade limit..siots skali...

    BalasPadam