Isnin, Mac 30, 2009

alah

apa ada dengan lauk kenduri kahwin? begitu juga dengan lauk pauk di hari raya? kedua-dua masakan di kedua-dua upacara ini, selalu menyerang sistem penghadaman aku. sebab itu aku malas benar bila tiba hari raya (biasanya pagi raya aku makan roti, kalau nak "grand" sikit makan bijirin sarapan, tengahari baru lauk raya, dan malam, mungkin roti, mungkin mi segera), dan juga ke kenduri kahwin (nak makan pun takut-takut. sudahlah kena berbaju kurung, panas lagi, berair-air ketiak dibuatnya!). sebabnya, lauk pauk yang disediakan itu, biasa membuat aku diserang sakit perut dan terus membawa ke cirit birit. pernah beberapa bulan lepas, aku ke kenduri seorang rakan sekolah, sedang makan-makan itu, tiba-tiba ada sedikit "shot" dalam perut. terus aku berhenti makan. dan esoknya, terlantar aku. seminggu jugalah nak hilang sakit. ah, bahan apa yang aku alah dalam masakan-masakan terbabit? dan akibat makan kenduri semalam, hari ini aku diserang sakit perut lagi, padahal aku telah mengambil dalam kuantiti yang sedikit, kira kalau orang tengok, tak padanlah dengan badan aku ni. pasti dituduh diet untuk kurus kononnya. tidak! saya menjaga keselamatan sistem penghadaman saya!

dan sekarang di pejabat, aku rasa perut aku sangat tak selesa. mungkin lain kali aku perlu membawa bekal bila ke kenduri perkahwinan saudara mara dan rakan taulan.......huh!

8 ulasan:

  1. ikuti tips penjagaan perut ini; sila ambil 1 atau plg kuat 2 lauk jela...lauk utama yg berat diikuti kekuahan atau sesayuran.

    kebarangkalian untuk keracunan dlm usus mgkin berlaku disebabkan perut anda gagal menerima pakai pelbagai mknn yg disumbat secara paksa apatah lagi ibu pengantin berdialog "eh tambah la lagi..jln jauh tu..."

    maka anda disaran utk mengurangkan percampuran mknan..sy bkn bermakusd mkn asing2...nnti dlm perut betemu jua...huhuhuh

    BalasPadam
  2. mmg selalu saya amek dua lauk sahaja,kuantiti mmg minimum....kalo ada acar buah lagi terbaik....

    tidak, saya tak makan secara paksa. saya makan dengan tenang sbb taknak perut terkejut. mak pengantin tidak melayan kami ketika makan.

    tak pasal2 smlm tgh drive pulang, tibe2 rasa lapar mencengkam. demi menjaga perut, tp gagal juak!

    rasa2 kalo time aku kawen, makan beradab leh tak mintak kasik makan western? bifstik ke...ciken cop ke....baru la slmt! yeehaaa!!!

    BalasPadam
  3. aku pastikan kenduri aku nanti (ntah bile2) akan dipantau tahap kebersihan , kualiti makanan itu...wehheeh

    BalasPadam
  4. mana bleh western..bkn budaya kite tuh..mkn pulut jela...

    BalasPadam
  5. ahah!! neo!! lauk kenduri kawen tu masih boleh dipantau..tp ape kes lauk raya yg dimasak di rumah tu pun aku leh elergik?? dah bape taun raye kedua dan seterusnye aku makan megi..takpun nasik ngan telur goreng atopun roti semate.....

    BalasPadam
  6. pulut lagi la....nnti mengantuk dan mengalami kesesakan nafas....

    BalasPadam
  7. meh sini nak tgk perut tu..aiya...mayak caceng lah akak~~~

    BalasPadam
  8. hoh! lu ini sungguh kulang sopan! mana muleh mau suka2 tingok pelut olang meh??? wa pelut cacing talak dudookkk....wa sentiasa berkasut maaa ketika berjalan jalaannn...wa juga memakan makanan yang berlseh maaa!!!

    BalasPadam