Ahad, Mac 29, 2009

echo park launching - kutuk dan puji

28 Mac, 2009. Sabtu

"nur, kau nak keluar petang kan? jaga budak-budak kejap. mak nak keluar lepas zohor karang," mak aku memerintah sambil mengejutkan aku dari tidur. "aaa...ok...ok....." aku jawab ala-ala mamai. sambung tidur balik barang seminit dua, lalu bangun semula dan mencapai telefon (tangan). "hello, dak....launching itu jam berapa? oh, jam 4. oo..mak aku suruh jaga budak-budak la...ye...aku nak join, tapi aku lambat sikit la..kau pergi la dengan haper dulu..aa..ok..ok.." tapi entah macammana hampir jam 2 mereka sudah tercongok di depan rumah. lalala!!! mujur kakak ipar aku sampai tepat pada masanya. servis (menjaga budak-budak) bertukar tangan. aku pun apa lagi, terus bungkus kain baju (sebab nak bermalam di rumah rakan di damansara, esok hendak ke melaka, menyibuk di persandingan rakan sekelas), dan bersegera mandi.

kemudian kami pun bertolak ke SACC Mall. aku dipelawa memandu kereta rakan aku. oh, sedap juga memandu viva ini. sampai saja di destinasi, kami pun terus ke tempat pelancaran. oh, sudah ramai juga. kami berdiri di luar pagar yang seperti tali pinggang keledar itu. apa entah namanya. kemudian dari jauh kelihatan kelibat seorang rakan yang tidak disukai, terus saja masuk ke dalam premis Echo Park (milik Azan Addin dan rakan kongsinya) tanpa segan silu lagi, dan terus bergaul mesra dengan para artis di dalam. kami bertiga sangat meluat ya! (cemburu? oh tolonglah!) sementara menunggu pelancaran bermula, seorang lelaki berbadan besar dan tinggi tiba-tiba merangkak di bawah pagar "tali pinggang keledar" itu. menyapa seorang kawan perempuan dan mempersilakan masuk. oh, rupanya beliau tak tahu bagaimana hendak menanggalkan "lock" pagar tersebut. lalu aku dengan murah hati (sebenarnya agak pelik juga beliau tak tahu menggunakan benda alah itu) menolong menanggalkan "lock" tersebut dan memasang kembali. berapa kali daa dia keluar masuk, dan tak pasal-pasal aku menjadi tukang buka pagar. kali terakhir dia tahu menanggalkan "lock", tapi tak tau nak pasang kembali. cit! apa punya jurugegas ni! dan kemudian pelancaran pun bermula dan diserikan dengan persembahan artis seperti Pot Radiostar, satu band baru entah apa entah namanya, Altimet (ketika persembahan beliau, rakan tak disukai bersungguh-sungguh menari bersama artis-artis di dalam. oh, poyo sekali! sudahlah tidak bertegur sapa dengan kami, rakan sekelas yang banyak membantu masa belajar dulu. tidak, bukan mengungkit, tapi sekurang-kurangnya kenanglah budi, kami tidak mengenakan bayaran pun!) dan ditutup oleh Ruffedge sendiri. kemudian kami semua dipersilakan masuk oleh tuan kedai.

tapi entah di mana silapnya, tiba-tiba kami dihalang oleh seorang perempuan ini, entahlah apa jawatannya dalam majlis itu. "untuk press saja dik! sila keluar. awak tak dibenarkan masuk!" sambil menolak kami keluar. mentang-mentanglah kami tak berpakaian lawa-lawa dan muka tak diwarnai dengan alat mekap setebal-tebalnya. aku tak dengar sangat, tapi aku fahamlah makhluk itu suruh kami keluar. padahal banyak juga makhluk bukan press sudah masuk dalam kedai itu. aku dah agak-agak malu, manakala rakan aku yang berdua itu sudah angin-angin. kami pun keluar dengan rasa tak puas hati, dan memujuk hati dengan berjalan-jalan sekitar pusat beli belah tersebut. dan kembali semula ke echo park, dan masuk secara seludup. hah! dan di dalam itu, kami di sapa oleh rakan yang tidak disukai, "kau orang hendak bergambar dengan siapa ni?" ceh, mentang-mentanglah dia bergaul baik punya dengan artis-artis tersebut, mahu jadi kabel pula! tolonglah! kami hendak melihat-lihat barangan di kedai itu! (ya, memang rakan aku berdua itu mahu bergambar, tapi yang seorang itu memang sudah kenal baik dengan pemilik kedai, jadi, apa nerakanya? (terjemah dari "so, what the hell?")

ketika rakan aku yang seorang sedang mengisi borang keahlian, aku disapa oleh jurugegas yang aku tolong bukakan pagar tadi. bersungguh-sungguh dia mengucap terima kasih, dan menghadiahi aku sebiji kek cawan. ah, terharu dan segan juga aku jadinya. dan rakan lagi seorang selamba meminta lagi satu (apa nerakanya? dari terbuang begitu saja!) dan akhirnya kami bertiga mendapat kek cawan tersebut. sedap! dan lelaki itu bertanya kami soalan standard, kerja atau masih belajar? di mana kerja dan umur. ketika ditanya soal umur, kami sudah tersengih-sengih. lalu aku menjawab, "tahun ini kami berusia 27." "oh, 23?" tanya lelaki itu pula. "27!" aku tegaskan. malaslah lah nak rahsia-rahsia umur, macam artis wanita yang poyo (walhal kami juga artis, jadi, apa nerakanya?). dan lelaki itu berkerut. dan meminta kad pengenalan sebagai bukti. kami dengan senang hati menghulurkan kad pengenalan masing-masing. tapi..eh? mana kad pengenalan aku? lalu aku katakan pada lelaki itu, "IC tak adalah, lesen boleh?" (padahal aku dah mula rasa menggelupur, cuba mengingat di mana aku letakkan kad tersebut) dan dia jawab, "boleh, boleh!" setelah mendapat bukti, dia akhirnya menerima kenyataan. dari raut wajahnya, jelas dia tidak percaya. tapi, aku sangat berterima kasih pada dia, kalau tak kerana dia, dah tentu aku ke melaka tanpa membawa dokumen pengenalan diri! (oh, terima kasih abang!) maksudnya juga, sudah seminggu aku bekerja tanpa kad pengenalan dibawa bersama! peh, mujur belum berlepas ke damansara. lalu aku pun pulang ke rumah dan mengambil kad pengenalan. oh, malu benar rasanya!

buat perempuan yang menjaga tetamu (kononnya) dan rakan tak disukai, kami ucapkan "blah la!" dan pada lelaki yang aku tolong bukakan pagar tali pinggang keledar itu, betapa anda sudah membalas pertolongan saya dengan lebih bermakna lagi! terima kasih!

8 ulasan:

  1. yang 27 tu bila nak kawen...dah ada calon ke blom?wehehe..kalu ada kekosongan iklan2 kan la

    BalasPadam
  2. belum ade masa lapang la.....ade kekosongan....tiga lagi......mau yang mana abang???

    BalasPadam
  3. er...bkn abang la..adik je ni..kekosongn utk akk angkat bole?akk angkat say da kene agkt kawen la


    -->mencari akk angkat baru..PM ME ASAP

    BalasPadam
  4. akak angkat..jiran angkat pon bole........sila beri butiran2 mengenai tujuan pengambilan akak angkat ye......kami tak cukup kaya utk membela anak ikan..waahahhahahaha!!!

    BalasPadam
  5. lalalalala....anak dara sape la ni da 27 xkawen2....isk...hukhuk

    BalasPadam
  6. lebih baik begini..dari kawen muda2 tp tak bersedia, dan akhirnye membawa kpd penceraian..kasihan anak2..(kalo sempat bikin)..

    BalasPadam
  7. ahahaha..kalo smpat bikin...siutan..xpe..ku setia menanti....ececece

    BalasPadam
  8. nantilah dengan sabar, aku akan tolong bersihkan sawang yang melekat-lekat nnti.

    BalasPadam