Khamis, Mac 05, 2009

kereta

"abah tu sebenarnya dah malas nak hantar zehan pegi ofis tuh," aku bersuara sebaik melangkah ke dapur untuk menyiapkan bekal ke pejabat (cuma sandwich mentega kacang dan jem saja!), sementara menunggu seterika panas. "kau dah kena beli kereta sendiri la nur.." jawab mak pulak, sambil membasuh pinggan mangkuk. eh, basuh pinggan ke siang ikan entah tadi. "zehan nak beli kereta yang macam abah tu, entah ada jual lagi ke tak sekarang, harga boleh tahan, takla seksa azab nak bayar bulan-bulan.." aku membalas. sebenarnya aku dah serasi sangat dengan kereta iswara aeroback abah tu. sebab tu la. "tapi nanti siapa yang nak isi minyak kereta abah tu pulak? seminggu mau tiga kali isi tu," saja je bagi alasan. ya, sejak dapat lesen memandu ni, perbelanjaan untuk kereta tu dah jatuh atas poket aku. lagipun aku juga berjawatan sebagai pemandu untuk orang tua aku, selain menjadi fotografer keluarga. tambah pula, bila aku yang isi minyak, tentulah senang-senang saja aku dapat pakai kereta tu. amacam, licik tak? "alah, pakai duit dialah!" hurmmm...aku diam, sambil tangan gigih menyapu mentega kacang.

"alah, tak apa lah nur, beli kereta kok kak sekarang. nanti dah kahwin dapat suami berduit tukarlah yang elok sikit!" selamba saja kata-kata itu keluar dari mulut beliau. peh, mujur menyapu mentega guna pisau mentega tuh, kalau pakai pisau potong sayur, dah terkulai agaknya tangan aku nih terhiris pisau. ai, mak ni. macam dah bosan saja tengok muka aku kat rumah tu. tapi entah kenapa kali ni aku senyum saja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan