Khamis, Mac 26, 2009

rindu

hurmmmm.....dah hampir dua minggu. tak sangka aku dapat bertahan selama itu. bukannya aku tak nampak kelibat dia di mana-mana. aku nampak. tapi entah kenapa tangan ini tak tercapai. hati ini bagai mati. sikit pun tiada usaha mendekati dia. tapi tanpa dia, aku jadi tak keruan. hari-hari aku tak lagi ceria dan bertenaga. tapi hari ini, aku sangat merindui dia. aku ingin merasa nikmatnya pada setiap urat nadi aku. dan kali ini aku tak dapat menafikannya lagi. aku tak dapat menahan lagi. ya, aku nekad, pulang nanti, akan aku gapai dia. tapi, aku masih dalam dilema....


NAK BELI AYAM PANGGANG KE AYAM GORENG?? tekak ini berat ke ayam panggang. tapi ayam goreng pun aku dah lama tak makan. hurmm....cuba ayam panggang pulaklah! tapi tak salah rasanya kalau aku beli dua-dua.

tidak, aku belum sembuh dari ketagihan ini.

6 ulasan:

  1. nyum-nyum...


    disoderingingchickinimophobia-satu keadaan dimana penggila ayam akn terkinje2 dan terhegeh2 smbil membelek ayam mati

    BalasPadam
  2. shit! mane ko tau??? (cepat2 amek beg kertas sarong kt kpale)

    BalasPadam
  3. penyakit kronik ni boleh dirawat melalui upacara menyembelih ayam...weheehehe

    BalasPadam
  4. begitukah? haiyak, nnti dah tgk, tak smpi ati lak nak makan......hey! main kasar nampak!!

    BalasPadam
  5. hukhuk...itula jln terbayek utk mengelakkan konflik antara manusia dan ayam...dahla nasi ayam manusia selalu mkn..dah tu ay nk mkn apa??isk

    BalasPadam
  6. ayam kan pandai mencari makan....bukanlah ayam namanya kalau tak pandai mengais...

    BalasPadam