petang tadi, lepas selesai segala urusan, bekas pensyarah aku ajak temani beliau ke majlis pelancaran DDEC (Design Development Center) di Jalan Kia Peng. Petang tadi pula, kebetulan aku sedang dilanda mengantuk sehingga aku menjadi kurang stabil. pulang saja ke rumah (beliau siap izinkan aku pandu pulang kereta beliau) aku pun cuci-cuci muka dan mengenakan mekap baru dan terus keluar mengambil beliau di rumah di shah alam.
dengan yakin aku pun memandu menghala ke kuala lumpur. alah, jalan ampang, bukannya aku tak tahu di mana. tapi entah macammana, betul-betul daerah ampang aku masuk, sampai dah masuk jalan ke jalan bukit belacan. ai, pusing balik. akhirnya jumpa kawasan yang berdekatan, tapi termasuk ke jalan changkat kia peng. peh, boleh tahan seram kawasan tu. keluar lagi, sampai muak aku memegang stereng, mujur akhirnya berjumpa.
selesai semua upacara, siap dah bergambar dengan tan sri jins shamsudin, kami pun pulang. aku juga yang kena memandu. ya, aku yakin kali ni aku takkan tersesat. hah, kan aku dah kata. sesat jugak! papan tanda sudah betul, tapi masuk sahaja, terus sesat. aku pun tak tahu apa masalah aku malam ni. serius, aku dah memandu dengan minda bawah sedar. mengantuknya tak usah dikatakan lagi. dengan kelajuan mencapai 130km/j (tak adalah laju sangat), aku belasah saja jalan yang aku rasa aku biasa tengok. dan akhirnya berjaya jumpa jalan pulang.
dan ketika aku menaip entri ini, mata aku sudah juling-juling menahan mengantuk. ini ada harapan aku tidur dengan pakaian korporat yang pertama kali aku pakai ni. ah baiklah, selamat malam. mata aku sudah meronta-ronta mahu dipejam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan