Ahad, April 12, 2009

lelaki bergelar bapa itu memang hero sejati

ingat tak dalam entri bertajuk "pembersihan spring siri akhir", aku ada sebut tentang surat beranak yang hilang? sekitar pukul 9.30 malam tadi, selesai mandi, tiba-tiba aku diganggu ingatan tentang mana letaknya surat beranak itu, atau bahasa sedapnya, sijil kelahiran, kerana mendapat balasan sms dari rakan aku, mengatakan sijil itu tiada dengannya. lantas, aku dengan pantas memunggah kembali laci-laci yang berkaitan, termasuklah bakul sampah yang memuatkan sampah-sampah semasa sesi mengemas ahad lepas. saja aku simpan mana tahu betul-betul terbuang. puas memunggah, sambil mengadu nasib pada seorang sahabat, kerana aku betul-betul tak mampu mengingat kali terakhir aku pegang sijil tersebut. akhirnya aku seperti diilhamkan, mungkin sijil itu ada dalam folder yang aku pinjam dari abah, ketika hendak mensalinankan sijil itu. dan ilham itu mendorong aku serta merta ke bilik abah, dan terus memunggah laci beliau pulak. belum punggah lagi, sebaik laci yang menyimpan pelbagai dokumen dibuka, nah, terpampang satu fail yang aku memang kenal, yang memang dari kecil aku selalu belek demi melihat dokumen kelahiran kami adik-beradik. pantas tangan aku menyelak setiap muka fail itu. ahah!! di muka keberapa entah, tersimpan sijil kelahiran aku, sekali dengan gambar pasport untuk kad pengenalan pertama dan beberapa dokumen lain termasuk kad suntikan ketika aku masih bayi. terus aku melompat-lompat tanpa kompromi demi meluahkan kegembiraan dan kesyukuran atas pertemuan semula itu.

sungguh, bapa itu memang hero, tak kira dari segi apa pun. ah, memang anak yang lengai seperti aku memerlukan bapa yang teliti seperti itu. kalau tidak, berdarah menanahlah telinga aku dileteri sekalian adik beradik, terutamanya kakak-kakak aku. oh, abah, terima kasih! muahmuah!! you're the man!!!

2 ulasan:

  1. mbak, aslinya dari mana?wehehee...yakarta atau bandung?

    BalasPadam
  2. cisss!!! aku da jumpe balik tau surat beranak aku tuh!! hahah!! mungkin dr brazil....

    BalasPadam