Khamis, Februari 26, 2009

tak bolehkah barang keperluan rumah habis serentak?

petang tadi pulang dari kerja, aku merayau ke carrefour. ada saja barang yang kena isi semula di rumah tu. syampu aku la, perapi la, itu memang aku dah periksa. kemudian jem, mentega kacang, roti lagi. hish, banyak pulak nak kena beli. sedangkan baru isnin lepas aku membelanja hampir RM80 untuk barang dapur, lagi sekali. itu belum kira hampir lebih RM100 aku belanja dua minggu lepas, untuk isi semula bulanan wajib. sekarang kena belanja lagi. lalu aku mulakan dengan bahagian penjagaan diri. aku pilih-pilih syampu. sunsilk botol oren pilihan aku, tapi tiada pulak yang 385ml, sedang promosi tu, kurang RM10 sebotol. lalu aku sambar yang saiz sederhana. bolehlah, lagipun cuma kurang RM6 saja. ah, dan perapi juga sedang promosi! sambar, jangan tak sambar. kemudian aku meneruskan ke bahagian makanan. misi mencari roti dan pasangan-pasangannya. sambil melayan sms dari seorang rakan.

susah juga layout carrefour nih. berpusing-pusing aku mencari bahagian roti. aku berkira-kira, mesti duduknya berhampiran kaunter donut, pastri dan makanan-makanan lain. sekali lalu pulak di kaunter menjual ayam goreng, panggang dan smoked. huish, macammana ni? aku dahlah penagih ayam goreng tegar. serta-merta lidah aku memberontak, melompat-lompat ingin menjamah daging ayam, dengan deruan air liur yang mengalir keluar masuk turut ingin membantu sesi kunyahan daging. mujur juga cuma lidah dan tembolok, kalau gigi juga memberontak menuntut supaya dibelikan ayam, habis rabak lah mulut aku. aku berjalan melintasi kaunter itu, tapi kepala dan mata aku melekat pada susunan ayam goreng di dulang. oh tuhan, kuatkan aku. ahah! jumpa pun. itupun setelah pusing sepusingan di bahagian beras dan makanan binatang pelihara. selepas mendapat roti yang aku nak, aku datang lagi ke kaunter ayam goreng. berkira-kira. walaupun bukanlah setaraf ayam goreng amerika yang terkenal, tapi tetap juga menyentap-nyentap selera aku. aku melihat seorang lelaki berbangsa apa entah sedang sibuk memilih ayam goreng untuk dibawa pulang. tidak, aku perlu kuat. jadi aku tinggalkan kaunter itu, dan mencari pulak rak jem dan para mentega dalam tin. huh, memang pening di carrefour. dan akhirnya aku berjumpa. dan terus membayar. oklah, tak lebih RM30.

sampai di stesen, aku lihat tren sudah pun sampai. dan aku terlepas. "hamlau!" getus aku dalam hati. bila aku tunggu, taknak pulak muncul cepat macam tu. mujur tak lama lepas itu dapat tren. dan sampai di rumah, aku naik radang (dalam hati) bila aku angkat botol pencuci pinggan, dia pun dah ringan jugak!!! poin aku di sini, bukan aku marah sebab kena keluar duit beli barang-barang dapur, tapi boleh tak kalau nak habis, habis serentak? letih betul lah nak kena keluar banyak kali terjah pasaraya. ni pun mak aku bagitau serbuk cuci baju pulak dah nak habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan